Pada 23 Mac lalu, kita dikejutkan dengan berita mengenai kehilangan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Sumber: Astro Awani

Walaupun operasi mencari dan menyelamat sudah dijalankan oleh pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), rela, Pasukan Gerakan Am (PGA), Rejimen Renjer DiRaja, penduduk kampung dan kumpulan pendaki, Mohammad Ashraf masih belum ditemui.

Terdapat juga desas desus mengatakan kehilangan Mohammad Ashraf itu ada kaitan dengan unsur mistik memandangkan lokasi larian yang dianjurkan itu dijalankan di dalam hutan yang tidak dinafikan lagi dengan kewujudan alam ghaib.

Mana tidaknya, sudahlah lokasi larian itu dijalankan di Gua Tempurung yang mana lokasi tersebut dikatakan agak ‘keras’.

 

Ada Kaitan Dengan Unsur Mistik?

Meskipun belum ada sebarang petunjuk setakat ini mengenai keadaan dan lokasi Ashraf namun ada kemungkinan kehilangannya itu berkait rapat dengan unsur mistik kerana selalunya jika ada peserta yang sesat, ia pasti dapat ditemui sekurang-kurangnya dalam masa sehari.

Tetapi, sudah berminggu, kehilangan Ashraf masih lagi mengundang tanda tanya semua pihak.

Sumber: http://edisimedia.com

Kenyataan tersebut dikukuhkan lagi dengan dakwaan penduduk yang mengatakan kawasan di atas bukit tersebut berkemungkinan menempatkan ‘perkampungan makhluk ghaib’ berikutan ada penduduk yang pernah terlihat sekumpulan lelaki dan wanita sedang membawa obor naik ke bukit tersebut.

Tidak dapat dipastikan benar atau tidak namun sebagai umat Islam, kewujudan alam ghaib itu sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Sumber: CariGold

Lebih-lebih lagi kawasan tersebut melibatkan kawasan sungai dan hutan.

Jadi tidak hairanlah, orang dulu-dulu kerap kali mengingatkan kita mengenai petua dan pantang larang yang perlu kita ketahui sebelum memasuki kawasan hutan baik untuk perkelahan, latihan bina semangat atau menyertai lawatan anjuran badan tertentu sekalipun.

 

Adab Masuk Dalam Hutan Tidak Boleh Dipandang Enteng

Masuk hutan pun perlu ada adab dan pantang larang juga ke?

Mungkin ada di antara kita yang menganggap perkara tersebut sebagai mengarut, tetapi petua masuk hutan itu seharusnya tidak boleh dipandang enteng.

Sumber: OhBulan

Biarpun tiada manusia yang dilihat di dalam hutan, namun kita harus menghormati hutan, dan tidak boleh celupar, menjerit tidak tentu pasal atau ketawa berlebihan, buang air kencing atau meludah kerana setiap tempat itu pasti ada pemilik dan tuannya yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.

Selain itu, gurau secara sembarangan dengan menyebut perkara yang negatif, tidak boleh memanggil nama kawan (dikhuatiri ada makhluk lain akan menyahut ataupun memanggil nama kawan kita), elak menyuluh lampu ke muka untuk mengejutkan kawan, elak daripada meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan kerana makhluk yang berada dalam hutan akan marah kerana kita seolah-olah memperli atau ‘mengejek’ rupa mereka.

Dan yang paling penting sekali, sekiranya terjumpa benda atau perkara pelik seperti bunga cantik, batu berwarna-warni dan berkilau, pokok aneh dan macam-macam lagi, jangan diambil dan bawa balik.

 

Wajarkah Sekat Acara Larian Dalam Hutan?

Dalam perkara ini, tidak ada salahnya sekiranya mana-mana penganjur mahu melakukan aktiviti larian di dalam hutan atau lebih dikenali sebagai ‘larian trail’.

Tidak wajar sekiranya kita menuding jari pada sebelah pihak sahaja memandangkan acara larian ini juga sudah memasuki penganjuran kali ketiga sejak 2017 dan laluannya juga pernah digunakan pada penganjuran program sebelum-sebelum ini.

Dan sekiranya hendak menyalahkan peserta larian itu juga sama sekali tidak patut memandangkan acara larian seperti ini kebiasaanya membabitkan peserta larian yang lebih berpengalaman dalam larian profesional atau berilmu dalam mengendali setiap cabaran untuk berdepan jalan berbatu, berbukit, cerun atau berlumpur.

Untuk mengukuhkan lagi kenyataan ini, Pengarah Acara Gopeng Ultra Trail 2019, Muhammad Irwan Yusuf turut mengatakan laluan untuk peserta lari itu juga di kawasan kampung yang terdapat banyak rumah serta kebun.

Manakala laluan sebelum ke Gua Tempurung juga merupakan laluan berbatu yang aktif digunakan untuk penduduk kampung serta sama sekali tidak berbahaya untuk pelari.

Difahamkan, banyak juga pengamal perubatan Islam menawarkan diri untuk mencari Ashraf malah ada yang mengatakan Ashraf masih berada di dalam hutan tersebut.

Sumber: Siakap Keli

Apa-apa pun, marilah sama-sama kita doakan semoga Ashraf dijumpai dan dipermudahkan urusan operasi pencarian yang sedang dilakukan ahli keluarga dengan dibantu pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung ketika ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sebelum menganjurkan acara larian trail, perlukah penganjur program memaklumkan sebarang penganjuran aktiviti reaksi di Gopeng dimaklumkan terlebih dahulu kepada komuniti setempat?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN