Dari sebuah negara miskin di Amerika Selatan, tidak lama lagi akan bertukar menjadi antara negara kaya di dunia. Begitulah situasi gembira yang boleh digambarkan kepada negara Guyana setelah penemuan simpanan minyak petroleum berjumlah lebih daripada 5.5 bilion tong di perairan negara terbabit.

Sumber: Root Of Science

Simpanan minyak tersebut ditemui oleh ExxonMobil iaitu sebuah syarikat cari gali petroleum terkemuka dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Boleh Melonjakkan Ekonomi 300 Peratus!

Memetik laporan daripada Harian Metro, bermula tahun hadapan, syarikat ExxonMobil bakal menyedut minyak dari tujuh telaga dalam laut Guyana. Dijangkakan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Guyana akan melonjak sehingga 300 peratus menjadi 1,000 peratus menjelang tahun 2025 dan ini akan memberi manfaat kepada 800,000 rakyat.

Melalui kerjasama dengan ExxonMobil, pendapatan kasar bulanan Guyana akan meningkat daripada AS$3.4 bilion (RM14.1 bilion) pada tahun 2016 kepada AS$13 bilion (RM54 bilion) menjelang 2025, selepas ditolak separuh hasil minyak disedut ExxonMobil dan kos cari gali yang dilakukan.

Sumber: Guyanatimesgy

Menghapuskan Kemiskinan

Ketika ini, hampir 40 peratus daripada masyarakat Guyana hidup dalam kancah kemiskinan dengan tidak menerima bekalan air dan elektrik dengan sempurna.

Negara kecil bersebelahan dengan Venezuela ini bergantung kepada hasil pertanian seperti beras dan gula. Industri gula merupakan industri cukup penting kerana mencukupi 28 peratus daripada semua pendapatan eksport yang dikendalikan oleh syarikat GuySuCo.

Selain pertanian, Guyana juga bergantung kepada hasil perlombongan seperti bauksit dan emas dalam memberikan sumber pendapatan kepada negara. Syarikat Reynolds Metals daripada Amerika Syarikat dan Syarikat Rio Tinto Alcan dari Rio Tinto British-Australia menjadi pelabur utama kebanyakan projek perlombongan di Guyana.

Sumber: Robert Kimbell

Dengan adanya hasil sumber petroleum yang tinggi, ekonomi negara Guyana dijangka bakal melonjak naik, sekaligus memberi faedah kepada pembangunan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam.

Jadikan Qatar Sebagai Contoh

Memetik laporan Kompas.com, beberapa dekad yang lalu, Qatar hanyalah sebuah wilayah nelayan yang terpencil. Penemuan sumber gas alam cecair (LNG) telah mengubah nasib negara tersebut menjadi sebuah negara yang mengeluarkan hasil LNG ketiga terbesar di dunia setelah Rusian dan Iran.

Pengeluaran hasil LNG Qatar yang berjaya mencapai 900 triliun kaki Kubik, Qatar menjadikan negara tersebut sebagai negara pengeluar LNG terbesar di dunia. Hasil minyak dan gas menjadikan pendapatan per kapita Qatar melebihi US$ 100,000.

Sumber: Pinterest

Sungguh pun begitu, Qatar tidak bergantung kepada sumber gas dan petroleum. Mereka turut terlibat dalam perniagaan dan pelaburan hartanah di luar negara seperti pusat perniagaan Harrods, memegang saham pemilihan Shard di London dan pelbagai lagi.

Ambil Iktibar Dari Venezuela

Guyana perlu mengambil iktibar di sebalik krisis yang berlaku di Venezuela dengan menguruskan limpahan kekayaan petroleum negara secara berhati-hati. Mereka perlu mengikuti langkah Qatar dengan melibatkan diri dalam pelbagai sektor. Ini kerana kebergantungan terus terhadap hasil petroleum semata-mata telah menyebabkan Venezuela muflis akibat kemelesetan ekonomi menerusi penurunan harga minyak dunia.

Sumber: Elpais

Dalam masa yang sama jumpaan petroleum juga boleh dianggap sebagai satu bentuk ‘sumpahan’ bagi mereka. Ini kerana bibit krisis politik sedang merebak sejak beberapa bulan yang lalu yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni kepada penduduk. Apapun, segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan negara menguruskan krisis dalaman negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kekayaan negara ini tidak akan diganggu oleh Amerika Syarikat?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN