Sumber : Karangkraf

Anzalna Nasir yang mula dikenali melalui lakonan hebatnya dalam drama berjudul ‘ Memori Cinta Suraya’ telah melonjak naik nama beliau dalam dunia seni Malaysia.

Lakonannya yang menjadi dan mantap membuat Anzalna mula diminati dan dikenalli ramai.

 

Selepas perkenalan selama 10 tahun, akhirnya pada tanggal 21 Februari 2016, pelakon jelitawan ini telah mendirikan rumahtangga bersama pasangnya, Muhammad Hanif Mohammad Zaki yang dinikahkan sendiri oleh bapa Anzalna.

 

‘Pregnancy Announcement’ Pada Hari Lahir

Dalam sambutan hari lahir yang ke 31 tahun, Anzalna Nasir sekaligus mengumumkan kehamilan sulungnya yang sudah berusia 4 bulan kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Dalam majlis santai yang disambut di kediaman mereka, Anzalna menyampaikan berita gembira tersebut dengan memberi setiap tetamu yang hadir sebuah kotak yang didalamnya terdapat gambar berbentuk 2D kandungannya.

 Pasangan ini yang bakal menyambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga pada Februari 2019 ini bersyukur penantian mereka untuk menimang cahaya mata sendiri akhirnya dikabulkan oleh Yang Maha Esa.

Anzalna melalui gambar video pengumuman kehamilannya ini yang dimuatnaik di Instagramnya menulis,

Sumber : Instagram (Aznalna Nasir)

 

Sifat Keibuan Anzalna

Dapat dilihat karakter Anzalna yang sopan yang lembut terutamanya apabila begaul dan bermain dengan anak-anak suadara kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena anak kepada kakak beliau Diana Nasir.

Melihat telatah dan ragam kedua-dua puteri comel ini pastinya menimbulkan keinginan untuk Anzalna menimang cahaya mata sendiri.

Pastinya pengalaman melihat anak-anak saudara kembarnya membesar dapat memebri gambaran selain secara tak langsung melatih Anzalna dalam membesarkan anaknya sendiri kelak.

 

Kecaman Netizen Berkaitan Kes Adiknya Dan Alif Aziz

Sumber : Facebook (Asmaa Athirah Suhaidi)

Dalam kegembiraan Anzalna dan keluarganya menyambut baik berita tentang kehamilan sulungnya itu, ada netizen yang mengaitkan berita tersebut dengan kes antara adiknya, Afifah Nasir dan Alif Aziz yang berlaku pada 2017 ketika isteri kepada Aliff Aziz dalam pantang selepas melahirkan putera sulung mereka.

Susulan dari peristiwa tersebut, Anzalna pernah mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan isteri Aliff Aziz meroyan namun sempat meminta maaf melaui temu bual dengan Astro Gempak.

Sumber : Facebook (Ayu Rizak)

Betapa hebatnya penangan kontroversi yang melibatkan artis, terutamanya apabila cerita-cerita tersebut bersifat kekal dan boleh dicari melalui platfrom-paltform digital yang ada sekarang.

Mentaliti masyarakat yang mudah menghukum seseorang untuk kesalahan lepas sangat tidak wajar.

Terutamanya apabila mereka mengeluarkan kata-kata seolah-olah mendoakan perkara-perkara yang tidak baik untuk Anzalna dan kandungannya.

 

Sokongan Dan Doa Peminat

Namun begitu, masih terdapat ramai peminat dan netizen yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Anzalna dan kandungannya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja and tumpang gembira untuk kurniaan Allah ni, malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka dalam menunggu kehadiran cahaya mata yang lama dinantikan.

 

Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menanti Selama 11 Tahun

Selain Anzalna, ada juga beberapa selebriti tempatan yang menunggu agak lama sebelum dikurniakan dengan cahaya mata.

Contohnya Dato’ Seri Siti Nur Haliza yang menunggu hampir 11 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata sulungnya hasil perkahwinan bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang diberi nama Siti Aafiyah.

Beliau yang turut berkongsi kisah suka dan duka dalam usahanya cuba memiliki cahaya mata yang diidamkan menceritakan bahawa pernah melakukan prosedur IVF beberapa kali namun tidak berjaya, katanya ketika temubual bersama Ustaz Ebit Lew di dalam rancangan ‘ A Bit with Ebit’ terbitan TV Al Hijrah.

Ajal , Maut, Jodoh, Rezeki adalah ditangan tuhan. Kita tidak boleh untuk mempertikaikannya. Allah akan memberi apa yang diperlukan umatnya bukannya apa yang umatnya mahu.

 

Kehidupan Sebagai Artis dan Selebriti

Menjalani kehidupan sebagai seorang yang mempunyai nama dan populariti pastinya sukar apabila setiap tindak-tanduk dan tindakan kita pasti diperhatikan dan berpotensi untuk dikritik samada dari aspek positif mahupun negatif.

Melihat dari cara Anzalna berinteraksi dengan peminat dan juga kritikan, pastinya beliau sudah faham rentak dan gaya kehidupan yang dihadapi apabila seorang bergelar artis dan selebriti.

Masyarakat juga perlu lebih prihatin dalam memberi komen dan kritikan terutamanya dengan kondisi Anzalna yang sedang hamil.

Kesalahan dan kesilapan yang telah lalu tidak perlulah dijadikan bahan kecaman dan diungkit kerana secara tidak langsung boleh menguris hati beberapa pihak.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Anzalna dan pasangan. Selamat menjalani fasa kehamilan dan semoga Anzalna dan kandungan diberi kesihatan yang baik.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah Anzalna dikecam begitu mengenai kehamilan sulungnya yang sudah lama dinantikan?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN