Berkenaan dengan tiga orang nelayan yang diculik di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan pada bulan Disember lepas, kumpulan militan Abu Sayyaf telah memuat naik sebuah video di Facebook yang mengancam untuk memenggal kepala mangsa jika mereka tidak menerima wang tebusan. 

sumber: star tv

3 orang mangsa culik yang dijadikan tebusan merupakan warga Indonesia dan juga warga Malaysia. Mereka dipercayai diculik dari kapal pukat yang berlabuh di Sandakan berhampiran gugusan kepulauan Tawi Tawi milik negara Filipina pada 5 Disember yang lalu.

Pergerakan dan kumpulan pengganas ini ada di mana-mana sahaja. Antara kumpulan pengganas yang pernah muncul di Malaysia ialah gerakan komunis, kumpulan al-maunah, dan pencerobohan dan serangan di Lahad Datu kumpulan pengganas Sulu.

Penculikan yang dilakukan oleh kumpulan militan Abu Sayyaf bukanlah kali pertama berlaku di Sabah, sebelum ini mereka telah melakukan penculikan dan menenahan 21 orang pelancong di sebuah pusat peranginan di Pulau Sipadan, Sabah pada tahun 2000.

Kesan Kepada Penduduk Setempat

Kejadian penculikan oleh pengganas ini telah memberi kesan terutamanya kepada masyarakat yang tinggal di pulau- pulau dan persisiran pantai terutamanya di Sabah.

sumber: fishdept.sabah.gov

Keadaan ini memberi kesan kepada ekonomi mereka kerana berlakunya kenaikan harga ikan. Hal ini kerana nelayan takut untuk keluar menangkap ikan dan juga kapal-kapal dagang berasa ragu-ragu untuk memasuki perairan negeri Sabah. 

Semakin lama isu penculikan tidak diselesaikan dan pengganas tidak ditangkap, selagi itulah penduduk tempatan akan hidup dalam ketakutan serta kegiatan ekonomi mereka juga akan terjejas.

Kawalan Perairan Perlu Lebih Ketat

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merupakan kawasan pemantauan keselamatan meliputi 1400 kilometer kawasan pantai timur Sabah dan ditubuhkan untuk perkukuhkan keselamatan maritim di sebelah Timur Sabah berikutan pencerobohan musuh di negara ini. 

sumber: awani

Selain itu, ESSCOM bermatlamat memelihara negara daripada aktiviti penyeludupan, menjamin dan melindungi keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang pencerobohan musuh serta mengekang kegiatan pengganas yang berkemungkinan berlaku di kawasan pantai Sabah.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu membuat kawalan yang lebih ketat di pintu masuk perairan negeri Sabah, kerana sering terjadi penculikan dan jenayah rentas.

Sekiranya kawalan tidak dipertingkatkan atau tidak menambah keperluan logistik keselamatan, sudah pasti akan menampakkan kelemahan dari sudut ruang penculikan dan mudah dibolosi oleh pihak penceroboh.

Kerjasama Antara Negara Jiran

Kawasan yang paling sukar dikawal ialah di perairan Sabah yang berdekatan dengan Filipina. Masalah yang berlaku di sana ialah penyeludupan, kegiatan lanun dan rompakan laut, kemasukkan pendatang tanpa izin dan serangan dari kumpulan bersenjata. 

sumber: katamedia.co

Bagi merelisasikan usaha untuk mewujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. 

Sehubungan dengan itu, pihak PDRM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memastikan 3 mangsa culik dapat dibebaskan dengan selamat. 

sumber: the star

Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, tindakan kumpulan penculik memuat naik video mengacukan parang ke leher mangsa culik ke laman Facebook ialah perang psikologi bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa.

Semoga mereka yang diculik dapat diselamatkan oleh pihak berkuasa dan pengganas dapat ditangkap dan dikenakan tindakan yang keras.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perlu jika Malaysia bersama pihak berkuasa Filipina memperketatkan lagi tahap keselamatan di perairan Sabah memandangkan kawasan tersebut berisiko tinggi?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN