Pengenalan perkhidmatan basikal berkod QR atau oBike pada tahun 2017 merupakan inisiatif yang baik. Malah, ia merupakan satu usaha murni untuk menjadikan basikal sebagai perkhidmatan mesra alam seterusnya mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan kenderaan dan pengangkutan awam yang tidak mesra alam.
Inisiatif Baik Tetapi Gagal
Ternyata usaha tersebut gagal. Dapat dilihat basikal oBike terbiar merata seperti besi buruk. Hal ini menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan merampas basikal-basikal tersebut dan dilonggokkan di depot DBKL Cheras. Β Β
Ramai yang menyalahkan orang ramai kerana menggunakan perkhidmatan tersebut secara tidak bertanggungjawab. Ini kerana kebanyakan basikal tersebut menjadi mangsa vandalisme pihak yang tidak bertanggungjawab.
Terdapat bahagian yang ditanggalkan seperti roda dan kerusi, malah ada bahagian kuncinya dirosakkan oleh pengguna untuk kegunaan sendiri.
Tindakan tidak bersivik dan bertanggungjawab ini dikecam ramai pihak. Ada juga yang membandingkan mentaliti pengguna Malaysia seperti mentaliti kelas ketiga dengan memandingkan negara luar.
Benarkah Pengguna Malaysia Bermasalah?
Sebelum kita bersetuju atau tidak bersetuju, mari kita teliti masalah perkhidmatan oBike yang berada di hampir seluruh dunia. Berdasarkan artikel di kapital.my, perkara seumpama ini bukan hanya terjadi di Malaysia, malah hampir seluruh dunia.
Di negara maju seperti Jerman misalnya, basikal-basikal oBike banyak yang dirosakkan dan bersepah di merata tempat. Hal ini menyebabkan oBike menarik diri daripada Munich. Perkara sama turut berlaku di Switzerland.
Masalah vandalisme dan respond orang ramai berkenaan kualiti basikal yang rendah menyebabkan oBike tidak lagi membayar operator untuk membaik pulih basikal-basikal di sana. Akhirnya oBike Tarik diri daripada Zurich.
Di London, terdapat beberapa syarikat lain lagi seperti oBike yang telah menghentikan perkhidmatan. Secara jelas, masalah utama bukan masalah vandalisme semata-mata atau mentaliti kelas ketiga. Ini kerana hampir kesemua negara-negara maju juga tetap mempunyai isu yang sama.
Kegagalan Pengurusan oBike
Maka yang jelas, kegagalan utama ialah kegagalan pihak syarikat yang menyelia oBike. Ini kerana, sebelum ini ramai pihak yang kerap mempersoalkan kegagalan oBike dalam mengawal selia kemudahan tersebut baik dari segi keadaan basikal sehingga kepada kegagalan aplikasi oBike.
Syarikat oBike tidak mempunyai perancangan dan perlaksanaan yang teratur mengenai perkhidmatan sewa basikal. Mereka terlalu agresif untuk mengembangkan pasaran ke kawasan-kawasan lain selepas menjana keuntungan hasil pendaftaran pengguna dan penggunaan perkhidmatan oBike tanpa membaik pulih atau menyelenggara basikal.
Tiada Stesen Khas Letak Basikal?
Berdasarkan pemerhatian penulis memang ada stesen khas untuk meletakkan basikal oBike selepas digunakan. Pemberitahuan juga turut dimaklumkan. Namun, mungkin tidak terlalu banyak dan ditambah dengan stesen khas yang jauh dari kawasan yang ingin dituju.
Dalam masa yang sama tidak ada penguatkuasa oBike untuk melakukan tinjauan atau melihat masalah yang berlaku.
Hal ini menyebabkan basikal bersepah-sepah merata tempat dan tidak terurus. Itu baru satu basikal. Bayangkan pula 100 basikal, 200 basikal atau 1,000 basikal. Sememangnya akan dilihat βsemakβ dan menyakitkan mata.
Ditambah pula sekiranya terdapat basikal yangΒ tunggang-langgang. Sudah tentu akan dilihat sebagai kategori sampah di mata orang lain. Kalau ada yang ingin menyelamatkan pun tidak tahu untuk hantar ke mana kerana tidak ada bilik operasi oBike.Β
Malah, HQ oBike di Singapura sendiri pun sudah ditutup. Begitu juga dengan sistem aplikasi oBike. Difahamkan ramai pengguna tidak mendapat balik pulangan deposit yang dibayar. Butang pemulangan baki pula hilang dari aplikasi.
Dalam masa yang sama tidak dapat dinafikan sikap vandalisme memburukkan keadaan. Hakikatnya sikap vandalisme tetap berada di mana-mana negara. Tetapi faktor penyeliaan perkhidmatan basikal yang tidak terurus dan bersepah-sepah menjadi faktor pemangkin vandalisme.
Maka jelas, masalah utama ialah pengurusan oBike yang tidak terurus. Tidak hairan sekiranya projek ini menjadi projek gagal terbesar bagi syarikat perkhidmatan sewa basikal.
KATA ORANG
oBike kini berdepan tindakan undang2 di Singapore dan beberapa negara atas tuduhan scam & fraud.
— πππππΏππΌ π₯ (@ohtweet) February 5, 2019
Ini kerana pengguna gagal dapatkan semula refund duit deposit mereka dari dalam app.
Idea yang hebat akhirnya menjadi masalah besar untuk mereka. Kesian.
Bye #oBike.
banyak kali dah highlight ini bukan masalah mentaliti, masalah mentaliti malaysian adalah sering menganggap malaysian mempunyai masalah mentaliti, maka muncul suara pessimistic secara kolektif
— Orca (@fauzihjrahim) October 19, 2018
kegagalan obike adalah dari segi business model yg tak praktikal kpd variasi pengguna https://t.co/pbMmb7eveo
Rupanya basikal Obike di negara lain pun lingkup. Masalah Vandalisme seluruh dunia bukan di Malaysia saja.
— Kah!! Hau!! (@Kah11Hau11) September 27, 2018
Lain kali jangan terjah jika tak selidik dasarnya. Apa boleh buat adat bisnes. Ada timbul, ada tenggelam.
Kah!! https://t.co/qN2Ygwmlhe
Singapura pun ada masalah monyet buang basikal obike dalam longkang, ingat sini basikal obike buang dalam tong sampah.
— Sauffie mansor (@Sauffie_84) April 24, 2018