Kejadian kanak-kanak maut akibat dilanggar kereta bukan satu kejadian kali pertama berlaku di dalam negara kita malah sebelum ini, banyak kes kematian akibat perkara sama dilaporkan.

Sumber: Astro Awani

Semalam, kejadian menyayat hati itu berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 17 bulan yang maut selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, Gua Musang.

Dalam kejadian, ketika pengasuh tersebut dikatakan cuba mengalih kedudukan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang berada di kawasan luar garaj, beliau tidak menyedari mangsa, Aamina Inayah Mohd Hafezul berjalan keluar dari kawasan rumah.

Akibat terkejut dengan pelanggaran tersebut, pengasuh terbabit segera membawa mangsa untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang namun kanak-kanak perempuan itu tidak dapat diselamatkan akibat mengalami kecederaan dalaman dan telah disahkan meninggal dunia selepas setengah jam mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

 

Pengasuh Cuai Perlu Dikenakan Hukuman Berat?

Sumber: Perak Today

Melihat kepada kes ini, memang tidak dinafikan penjaga kanak-kanak itu cuai ketika beliau sedang mengalihkan kenderaannya.

Sebelum ini, memang sudah banyak direkodkan kes kemalangan melibatkan kanak-kanak ketika ibu bapa mahupun pengasuh sedang mengalihkan kenderaannya.

Jika kesalahan tersebut dilakukan sendiri oleh penjaga, malah di dalam undang-undang negara kita sendiri sudah menjelaskan bahawa sekiranya kanak-kanak itu berada dalam jagaan pengasuhnya, maka pengasuh perlu bertanggungjawab ke atas mereka meskipun insiden yang berlaku itu mungkin kesilapan yang tidak disengajakan dan mempunyai niat untuk membunuh.

Namun, sesuatu kecuaian yang dilakukan oleh pengasuh juga sebenarnya merupakan suatu bentuk kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh mahkamah.

Sumber: Apakes.com

Mungkin ramai yang tidak bersetuju jika ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dikenakan dakwaan atau hukuman mahkamah sama ada denda atau penjara atau kedua-duanya sekali, namun, faktor kecuaian, kelekaan, pengabaian yang menyumbang kepada insiden-insiden menyayat hati ini juga perlu diambil-kira.

Mereka yang lalai, leka dan cuai hingga menyebabkan kanak-kanak cedera malah terkorban perlu bertanggungjawab, dan kemungkinan juga perlu dihukum oleh undang-undang supaya ia menjadi iktibar kepada pihak lain.

Bagi kes di mana pengasuh yang melakukan apa-apa tindakan secara terburu-buru atau cuai (yang tidak terjumlah kepada pembunuhan tanpa niat) sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak, tindakan boleh diambil di bawah seksyen 304A Kanun Keseksaan [Akta 574].

Sabit kesalahan pesalah boleh dihukum dengan hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

 

Kanak-Kanak Berisiko Tinggi Mendapat Kemalangan Di Rumah

Sumber: http://hambaliabdullah.blogspot.com

Berdasarkan satu analisis yang dilakukan oleh Persatuan Diraja Pencegahan Kemalangan United Kingdom (UK), kanak-kanak yang berumur sekitar dua hingga empat tahun sememangnya mudah untuk mendapat kemalangan di rumah memandangkan tingkah laku mereka aktif dan mula bergerak dengan pantas.

Baik di dalam rumah mahupun di luar rumah, kanak-kanak di usia ini perlu sentiasa diawasi sebaik-baiknya di mana ibu bapa serta pengasuh itu sendiri perlu peka terhadap sebarang jenis kemungkinan kemalangan yang boleh menimpa diri mereka.

Melihat kepada kejadian yang berlaku ini, penjagaan rapi amatlah diperlukan agar kanak-kanak ini tidak berlari ke arah jalan raya tanpa menyedari kenderaan yang lalu lalang.

Bagi ibu bapa serta penjaga yang mahu keluar rumah, sebaiknya sebelum mengundurkan kenderaan, mereka perlu pastikan anak atau kanak-kanak lain tidak berada di laluan undur kenderaan walaupun kita merasakan bahawa kanak-kanak itu sedang berada di dalam rumah.

Daripada menyesal di kemudian hari, sebaiknya kita periksa keadaan sekitar terlebih dahulu bagi memastikan kejadian seumpama ini dapat dielakkan daripada terus berulang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kemalangan yang menimpa arwah Aamina Inayah Mohd Hafezul adalah disebabkan kecuaian pengasuh?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN