Selepas sekian lama menyepi dalam dunia hiburan, penyanyi Adira Suhaimi baru-baru ini telah melancarkan single lagu terbaru yang bertajuk Pujaan Hati.

Walaupun klip video lagu tersebut rata-ratanya mendapat pujian ramai terutama di kalangan peminat Adira, namun timbul pula isu di mana suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red mahu pihak pengurusan iaitu Nova Music supaya menyelesaikan isu muzik video itu yang mengandungi adegan bersentuhan isterinya.

Dalam video tersebut, Adira dilihat bersentuhan tangan dengan seorang pelakon lelaki yang sedang terbaring di atas katil di sebuah hospital.

Sumber: Blog Mazeer

Disebabkan aksi itu, suaminya memuat naik status menerusi laman sosial Instagramnya yang jelas sekali kecewa dengan Adira kerana tidak mengendahkan tegurannya untuk tidak melakukan babak bersentuhan dengan lelaki lain walaupun hanya sekadar muzik video.

 

Tidak Hormati Suami?

Sumber: http://kucinghitamm.com

Umum kita tahu, dunia hiburan ini merupakan satu dunia yang berbeza dengan pekerjaan lain memandangkan cara mereka bersosial juga tidak sama seperti orang biasa.

Bagi artis wanita yang sudah mendirikan rumah tangga, kegiatan seni mereka pastinya sedikit terbatas kerana apa sahaja aktiviti serta keputusan yang hendak dibuat, perlu mendapat keizinan daripada suami terlebih dahulu.

Sebagai contoh, artis seperti Scha Al-Yahya dan juga Hanis Zalikha yang dahulunya dilihat aktif dalam bidang lakonan tetapi kini lebih menumpu kepada perniagaan dan aktif sebagai pengacara berbanding dahulu.

Itu semua bergantung kepada pasangan masing-masing sama ada mahu membenarkan pasangannya untuk terus berlakon di dalam filem mahupun drama.

Sumber: mStar

Namun, dalam kes Adira ini, walaupun suaminya sudah memberi amaran untuk tidak menyentuh tangan lelaki lain yang bukan suaminya, tetapi arahan tersebut diendahkan isterinya dan juga pihak produksi sehingga menimbulkan kontroversi.

 

Pihak Produksi Hanya Ikut Arahan Adira

Sumber: mStar

Walaupun suami Adira menggesa pihak produksi agar memotong babak bersentuhan isterinya namun Adira tidak mahu bersikap mementingkan diri sendiri.

Mana tidaknya, selepas dua tahun berehat dalam kerjaya seni kini Adira pastinya mahu membuat sedikit kelainan berbanding lagu-lagu sebelum ini yang mana beliau mahu merancakkan kembali karier seni yang sudah ditinggal lama.

Apabila difikirkan semula, muzik video tersebut sudah dilancarkan dan ia melibatkan banyak pihak di dalam pembikinan video itu dan sekiranya babak tersebut dipadam, ia pastinya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Namun sehingga kini, pihak produksi dikatakan masih tidak menerima sebarang permintaan daripada Adira untuk memotong babak bersentuhan mahu pun memadam video muzik Pujaan Hati seperti digesa oleh suaminya itu.

 

Perlu Jaga Batas Pergaulan

Dalam hal ini, meskipun ada yang menyalahkan Adira kerana tidak mendengar kata suaminya dan hanya untuk meraih publisiti sahaja namun babak tersebut berlaku di luar jangkaan.

Memang tidak dinafikan dalam Islam, wanita yang sudah berkahwin perlu taat kepada suami yang mana perkara itu merupakan satu perkara wajib.

Namun, sekiranya arahan tersebut diendahkan oleh isteri, si isteri perlu meminta maaf kepada suami supaya perkara tersebut tidak terbawa-bawa sehingga boleh menjejaskan rumah tangga.

Apa yang diperkatakan oleh Datuk Red itu memang tiada salahnya malah teguran yang dibuat itu jelas sekali mencerminkan bahawa dirinya sangat mengambil berat akan apa yang dilakukan oleh isterinya lebih-lebih lagi selepas Adira berhijab.

Untuk menjaga aib isterinya, ada eloknya juga suaminya itu membuat teguran kerana sudah menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik dan menegur isteri daripada melakukan perkara yang boleh menambah dosa serta fitnah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah babak pegang tangan yang dilakukan Adira dalam muzik video tersebut menjadi satu kesalahan seperti yang didakwa suaminya itu?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN