Lebih setahun bergelar pembangkang, tidak ada apa yang boleh diperkatakan mengenai parti UMNO. Dari presiden sehinggalah kepada puteri UMNO. Figura-figura politik utama seperti tenggelam-timbul.

Jika ada pun hanya mengharapkan isu Melayu-Islam untuk terus berpaut. Langsung tidak kedengaran sebarang kenyataan berkaitan dengan dasar negara mahupun ekonomi.

Makna kata, boleh dilabelkan bahawa parti UMNO sudah menjadi parti ‘kekampungan’. Dalam mengulas sesuatu isu mereka lebih menggunakan emosi daripada akal.

Misalnya, baru-baru ini Puteri UMNO mengisytiharkan penyerang yang terlibat dalam kes tembakan di Pulau Pinang sebagai seorang sheikh yang syahid.

Sumber: Malaysiakini

Kenyataan Ketika Ceramah PAS-UMNO

Kenyataan itu dikeluarkan dengan yakin oleh Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi sewaktu berceramah di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan beliau berpaksikan kepada bukti yang sahih atau tidak, atau mungkin sekadar mewujudkan sentimen kemarahan di kalangan orang Melayu. Ini kerana kes terbabit masih dalam siasatan polis.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun ditembak mati oleh pihak polis selepas menetak penyeliannya yang berusia 47 tahun sehingga dan menyebabkan seorang pengurus yang berusia 53 tahun cedera.

Di pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), polis telah memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tembakan yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. Ia susulan tular artikel-artikel yang tidak tepat yang dimuat naik di laman media sosial oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: Malay Mail

Apa yang menjadi kehairanan ialah bagaimana Puteri UMNO begitu berani membuat kenyataan sebegitu rupa. Adakah dihasut oleh pihak-pihak tertentu atau beliau membuat kenyataan dalam keadaan separuh sedar? Sedangkan beliau tahu kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Hasil Perpaduan Ummah

Yang pasti sejak ‘bermadu kasih’ bersama Pas, UMNO sudah mengorak langkah sehingga mampu mengeluarkan fatwa dalam menentukan seseorang itu mati syahid atau pun tidak. Sejauh mana pengajian agama puteri UMNO dalami tidaklah dapat dipastikan. Sedangkan tok mufti pun memerlukan ilmu yang luas sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber: Berita Harian

Apa yang menjadi kehairanan, langsung tidak ada teguran daripada pemimpin-pemimpin Pas ketika ceramah dilangsungkan.

Adakah disebabkan rakan partinya sudah tidak bergelar kafir maka segala ucapan dari UMNO dihalalkan?

Syahid Martabat Kematian Yang Suci Di Sisi Islam

Bukan mudah untuk mati dalam keadaan syahid, kerana kematian sebegitu hanya ditentukan oleh Allah. Hanya orang tertentu sahaja yang dipilih untuk mati dalam keadaan tersebut.

Ini kerana syahid merupakan martabat kematian yang begitu tinggi dalam ajaran Islam. Barang siapa yang mati dalam keadaan syahid jaminan syurga menanti mereka.

Bagi negara kita yang mempunyai undang-undang, penghinaan terhadap sebarang agama adalah tidak dibenarkan. Malah, hukuman telah pun diperuntukkan.

Menjadi tanggungjawab sebagai masyarakat yang prihatin untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya benar berlaku penghinaan terhadap agama. Bukannya membuat hukuman secara sendiri.

Sebagai pemimpin, sepatutnya Nurul mengeluarkan kenyataan untuk mengharmonikan keadaan, bukan mengeruhkannya. Jika inilah kenyataan yang dikeluarkan, maka kenyataan Naib Puteri UMNO boleh dianggap sebagai kebodohan tidak bertebing!

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN