Satu perkongsian video di Instagram milik pelakon, Datin Diana Danielle telah menyentuh hati orang ramai apabila beliau menceritakan pengalamannya mengalami sesak nafas yang berulang kali.

Dalam video berkenaan, Diana menceritakan sambil mengalirkan air mata dimana dia mengalami ‘mental breakdown’ dan masalah kebimbangan melampau (anxiety) sejak beberapa hari lalu.

Video itu mendapat lebih 500,000 tontonan dan mendapat hampir 5000 komen sejak kelmarin di Instagram tersebut. Rata-ratanya meninggalkan komen yang mana mereka juga pernah mengalami sakit serta pengalaman yang sama dialami isteri kepada pelakon, Datuk Farid Kamil.

Diana Mahu Orang Ramai Peka

Perkongsian Diana itu bukan sahaja untuk menceritakan tentang penyakit dialaminya semata-mata, malah dia mahu orang ramai mempunyai kesedaran akan penyakit kebimbangan ini.

Sumber: OhBulan

Ramai yang cuba berdiam diri dan menafikan tentang penyakit ini. Ramai yang masih belum tahu secara terperinci sindrom risau terlampau ini.

Diana juga menceritakan bahawa dia telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan nafas yang penuh tetapi usahanya itu tidak berhasil.

Riak muka Diana seolah-olah menceritakan betapa peritnya mereka yang mengalami sindrom ini.

Ada Anggap Mengada-Ngada

Berhubung perkongsian Diana itu , ada juga orang ramai yang tidak peka malah menyalahkan Diana yang seolah-olah hanya ‘mengada-ngada’ sahaja. Mereka menyifatkan artis suka mencari perhatian orang ramai semata-mata.

Sumber: Media Viral

Namun, ada sebilangan besar mereka membidas kenyataan pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab itu dan mengatakan sakit ini bukan semua orang alami. Dan mereka yang pernah merasainya sahaja tahu betapa peritnya untuk mendapatkan nafas yang sempurna.

Mereka menyokong tindakan Diana yang berkongsi serta memberi kesedaran terhadap orang ramai betapa beratnya penyakit ini walaupun mereka yang alaminya kelihatan normal.

Apa Itu Kebimbangan Terlampau (Anxiety)?

Merasa kecelaruan, keresahan ialah keadaan psikik dalam ketakutan dan kebimbangan yang kronik, sungguhpun tidak ada rangsangan yang khusus.

Sumber: Hello Sehat

Akan timbul perasaan yang takut dan cemas secara tiba-tiba.Misalnya takut kalau mati, takut jadi gila dan macam-macam ketakutan serta kecemasan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori fobia.

Emosi pesakit tidak stabil, cepat tersinggung dan marah, sering dalam keadaan gelisah. Namun juga cepat menjadi tertekan.

Boleh juga diklasifikasikan sebagai penyakit mental. Dimana seseorang itu mengalami gangguan kebimbangan terlampau yang menyebabkan kehidupan seharian terganggu.

Adakah Ia Berkait Dengan Mental?

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Khaidir Ismail berkata, masalah mental bermula dengan tiga tahap iaitu tekanan, kemurungan dan kebimbangan melampau.

Kebimbangan melampau boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga mengganggu fungsi organ dalaman dan ingin membunuh diri.

Sumber: Hello Sehat

Pada 2018, berdasarkan Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan, tiga dalam setiap 10 orang dewasa berusia lebih 16 tahun menderita pelbagai isu kesihatan mental. Malah, ia dijangka masalah kesihatan kedua terbesar menjejaskan rakyat Malaysia menjelang 2020 selepas penyakit jantung.

Usia 12 Tahun Paling Awal Hidapi Anxiety

Dikatakan masalah kebimbangan melampau tidak hanya berlaku pada golongan tertentu seperti pekerja yang dikatakan mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi.

Perkara itu boleh menimpa mereka berusia seawal 12 tahun. Di negara asing, isu kebimbangan melampau dalam kalangan usia yang sangat muda ini bukan perkara baru.

Memetik kenyataan Dr Khaidir di Harian Metro, di Malaysia ramai tidak mengendahkan masalah tekanan mental peringkat awal kerana anggapnya sebagai isu remeh dan tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Sumber: Utusan

Tambahnya, golongan pekerja juga perlu mempunyai pengurusan waktu yang baik untuk memastikan tugasan diberikan oleh ketua pasukan atau majikan disiapkan tanpa tertekan.

Ini bermakna masalah kebimbangan melampau tidak boleh dipandang remeh dan apa yang dinyatakan Diana adalah betul.

Antara Tanda-Tandanya:

>Bimbang Sepanjang Masa

> Sukar Tidur

>Ketegangan Otot

>Masalah Penghadaman Yang Kronik

>Hanya Fokus Pada Komen Negatif

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah sakit ini berkaitan dengan sakit mental?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN