Baru-baru ini, kenyataan yang dibuat Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengenai isu minyak kelapa sawit menjadi perbualan hangat masyarakat.

Beliau mencadangkan supaya pekebun kecil yang selama ini bergantung kepada tanaman kelapa sawit agar menamam buluh, nanas dan kelapa sebagai alternatif untuk menjana pendapatan bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia.

Bagaimanapun, apa yang diperkatakan oleh Teresa itu tidak disenangi ramai pihak yang mengatakan tindakannya itu seolah-olah mahu lari dari tanggungjawab untuk memulihkan industri sawit negara.

Sumber: johorpress.com

Pun begitu, dakwaan seperti itu tidak wajar untuk dilontarkan memandangkan kerajaan kini sedang berusaha melawan sentimen anti-minyak sawit yang dijalankan oleh Eropah sekali gus menjejaskan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran global.

Jika kita perasan sekarang ini, banyak sahaja iklan yang dipaparkan di media serta radio mengenai khasiat minyak sawit yang selamat dan sihat bagi menepis persepsi negatif mengenai industri tersebut.

 

Fakta Utama Mengenai Minyak Sawit Malaysia

Sumber: KLXpress

Untuk pengetahuan umum, minyak sawit adalah penyumbang utama kepada ekonomi, masyarakat dan kemakmuran Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) pula merancang untuk mengharamkan tanaman penting ini.

Kini, lebih 112,635 pekebun kecil bergantung kepada tanaman sawit dan jumlah ini mencecah 2.3 juta rakyat Malaysia sekiranya bilangan kanak-kanak daripada keluarga yang terbabit juga diambil kira

 

Di Mana Puncanya?

Umum kita tahu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri minyak sawit negara terjejas teruk disebabkan propaganda barat yang terus mencari kelemahan mengenai minyak sawit tempatan.

Sumber: haaretz.com

Bukan itu sahaja, kempen anti-minyak sawit juga sering dipaparkan di media Eropah hingga menggugat persepsi negatif dalam kalangan masyarakat Eropah.

Mereka mengaitkan minyak sawit kepada isu kesihatan serta penebangan hutan.

EU yang dianggotai 28 negara, berpendapat bahawa penanaman kelapa sawit telah membawa kepada pemusnahan hutan serta perubahan iklim.

Namun Malaysia dan negara pengeksport lain berpendapat bahawa penentangan terhadap minyak sawit lebih mempunyai kaitan terhadap ekonomi berbanding kesan terhadap alam sekitar seperti yang didakwa.

Atas sebab itu, EU mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan bakar biosawit bermula 2021 yang turut menjejaskan pembangunan sosio-ekonomi negara kita.

 

Jejaskan Pekebun Kecil

Keputusan EU itu bukan sahaja boleh menjejaskan pembangunan sosio-ekonomi, tetapi juga turut memberi kesan besar terhadap nasib pekebun-pekebun kecil yang mana sumber utama pendapatan mereka adalah melalui hasil industri sawit.

Sumber: Malay Mail

Di Malaysia sahaja, terdapat sejumlah lebih 112,635 pekebun kecil Felda yang dilihat terjejas teruk disebabkan pengharaman yang dilakukan oleh EU ini.

Pengharaman bahan bakar bio sawit itu bukan sahaja menjejaskan pekebun kecil tetapi turut sama menjejaskan pendapatan cukai dan pertumbuhan ekonomi memandangkan hasil pendapatan yang berbillion ringgit akan berkurangan.

Lebih memburukkan lagi, ia akan memberi kesan kepada pendapatan keluarga pekebun kecil itu sendiri sekaligus memberi tempias kepada rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri ini.

Sumber: Malaysian Update

Sebelum ini juga, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar satu surat bantahan kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron sebagai membantah keputusan negara itu yang tidak mengiktiraf minyak sawit sebagai sumber penghasilan biodiesel.

Namun, bantahan yang dibuat itu dikatakan akan lebih memburukkan lagi keadaan memandangkan kebanyakan pihak mendesak supaya kerajaan serta seluruh syarikat berkaitan melabur di dalam iklan serta menjelaskan kepada orang ramai mengenai manfaat minyak sawit berbanding tampil menunjukkan bantahan terhadap EU bagi menyelesaikan kemelut ini.

 

Manfaat Minyak Kelapa Sawit Yang Perlu Diketahui Umum 

Sumber: fazlisyam.com

Penggunaan minyak kelapa sawit ini sememangnya banyak memberi kelebihan dalam kehidupan seharian kita.

Mana tidaknya, sekitar 40% minyak sawit banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan seperti marjerin, santan sawit, ais krim, produk kosmetik, komponen penting di dalam sabun mandi serta syampu rambut yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Sumber: https://www.smart-tbk.com

Jika dalam pembuatan makanan pula, minyak sawit yang digunakan di dalam ais krim mampu menjadikan ais krim itu lebih lembut, gebu, tahan lama serta tidak mudah rosak.

Selain itu, kajian juga turut menunjukkan bahawa minyak kelapa sawit mampu mengembalikan pengerasan arteri dengan pembuangan plak di samping dapat mengurangkan kolesterol darah berbanding sumber tradisional yang lain seperti minyak kelapa, tenusu dan lemak haiwan.

Walaupun penggunaan minyak ini sering dikait dengan lemak tepu namun ia mempunyai kesan yang baik terhadap tahap kolesterol seseorang serta turut berupaya menguatkan jantung pengguna.

Jadi, tanggapan serta persepsi negatif mengenai minyak kelapa sawit ini wajar dihentikan bagi mengembalikan semula kepercayaan EU terhadapi industri ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, wajarkah pekebun kecil menamam buluh, nanas dan kelapa sebagai alternatif untuk menjana pendapatan bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN