Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14, senario politik negara pernah dihiburkan dengan aksi-aksi menarik daripada tokoh politik negara. Sebut sahaja, Ibrahim Ali, Rani Kulop dan Ali Tinju ramai yang tersenyum tatkala mengimbas kembali aksi-aksi yang pernah dilakukan oleh mereka. Tidak ketinggalan, tokoh penting yang mewarnai aksi jenaka utama politik iaitu Datuk Jamal Md Yunos.

Sumber: Astro Awani

Hilang selepas PRU 14

Malangnya, selepas PRU 14, tokoh-tokoh ini lenyap ibarat dipukul ombak perubahan, susulan rejim yang memerintah selama lebih daripada 60 tahun ditumbangkan. Ia perkara yang amat menyedihkan.

Sama ada mereka sudah hilang projek, hilang keyakinan atau tidak lagi dibayar bagi melakukan aksi, tidaklah dapat dipastikan. Yang pasti, permohonan Ali Tinju menghantar borang menyertai parti Bersatu telah pun dilarang.

Sumber: Malay Mail

Bukan aksi jenaka yang kita mahukan, tetapi keberanian sebagai seorang pemimpin, karisma dan kemampuan dalam mewujudkan aksi penentangan terhadap kelemahan kerajaan hari ini. Watak itu yang sepatutnya ditonjolkan dalam era Malaysia Baru.

Melihat kepada aksi yang lebih agresif, Jamal merupakan tokoh yang wajar diteliti. Banyak gimik luar biasa yang dilakukan olehnya dianggap tidak sesuai dan kasar oleh sebahagian rakyat Malaysia. Beliau pernah ditahan oleh polis susulan beberapa aksi yang sangat terlarang dan samseng dengan memecahkan botol arak di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dan pelbagai lagi.

Sumber: Mole.my

Sentuhan Genius Dari Orang Yang Gila

Nama Jamal sememangnya menjadi sensasi dalam kancah politik negara. Bagi pemerhati politik biasa, mungkin mereka melihat Jamal seoarang yang gila.

Tetapi, Aristotle pernah berkata, sentuhan genius lahir dari orang yang gila. Sisi positif wajar dilihat dalam dirinya. Beliau seorang yang komited dan bermotivasi dalam melaksanakan suatu perkara.

Keberanian beliau pernah dipuji oleh Rafizi Ramli kerana layak menggantikan Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO beberapa tahun yang lalu. Keberanian Jamal bukan sekadar demo dengan bertuala di hadapan bangunan SUK Selangor tetapi berani menyahut seruan berdepat dengan pihak pembangkang pada ketika itu.

Tidak Perlu Isu Yang Sukar

Sekiranya keberanian aksi yang dilakukan oleh beliau disusuli dengan isu yang waras dan masuk akal, hari ini berkemungkinan dia akan diangkat menjadi wira. Tidak perlu isu yang terlalu rumit dan memecahkan kepala seperti kleptokrasi, kronisme atau definisi yang terlalu akademik, cukap sekadar isu bebanan kos sara hidup, penurunan harga sawit dan getah yang amat mudah dihadam oleh masyarakat biasa.

Sumber: Mat Bawang

Kalau Najib boleh kembali popular dengan fenomena ‘Malu Apa Bossku’ kenapa tidak Jamal? Najib tidak memerlukan jawatan sebagai Ketua Pembangkang bagi meraih populariti, cukup sekadar memberi komentar sinis janji-janji manifesto kerajaan yang tidak terlaksana ditambah dengan dasar-dasar kerajaan yang mudah ‘u-turn’ serta ‘troll’ sindiran yang berbisa bagi menghasut rakyat mengkritik kerajaan bersama dengannya.

Hakikatnya, kerajaan sekarang dilihat terlalu selesa, memandangkan peranan pembangkang yang semakin kurang menyengat, ditambah dengan para YB UMNO yang melompat masuk ke parti kerajaan bagi merebut ghanimah politik. Sekiranya isu yang dibawa pembangkang pun hanyalah bernaratifkan Melayu-Islam sebagai survival politik kepartian.

Sumber: Peraktoday

Sudah Tiba Masa Yang Sesuai

Justeru, inilah masa sesuai untuk bangkit dan menjadi pengkritik utama kerajaan.

Bukan berani ketika menjadi sang penguasa, tetapi beranilah ketika sudah kehilangan kuasa. Begitulah nilai yang perlu ada dalam diri setiap pejuang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Jamal Kembali Beraksi
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN