Sebelum ini, negara kita pernah dikejutkan dengan kehadiran 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingnya yang ditemui dalam selut di pesisir pantai selepas ditinggalkan tekong bot di pantai berdekatan Kampung Belati, Kuala Sungai Baru, Simpang Empat pada 1 Mac lalu.
Mereka dipercayai dibawa masuk sindiket pemerdagangan manusia menerusi perairan Thailand.
Namun semalam, kejadian sama berulang lagi tetapi dengan kehadiran 40 pelarian Rohingnya di lokasi yang sama.
Apa yang mengejutkan, kejadian itu disedari penduduk yang melihat mereka berada di dalam selut dan di kawasan batu tepi pantai dalam keadaan lesu.
Kejadian yang berlaku itu bagaimanapun telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia yang dilihat mulai menyalahi pihak berkuasa disebabkan kegagalan mereka mengawal pintu masuk sempadan negara dan juga laluan tikus.
Mana tidaknya, kejadian yang berlaku ini bukanlah kejadian pertama malah tahun-tahun sebelumnya juga, kes sebegini sudah banyak dilaporkan bagai tiada kesudahannya.
Â
Hantar Pelarian Demi Kaut Untung!
Setakat 2012 hingga 2015, seramai 170,000 pelarian etnik Rohingnya serta warga Bangladesh dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui sindiket yang membabitkan urus niaga haram antara AS$50 juta (RM174.5 juta) hingga AS$100 juta (RM349 juta) setahun.
Statistik itu didedahkan dalam laporan bertajuk Sold Like Fish setebal 121 muka surat yang dikeluarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Fortify Rights.
Menurut laporan, sindiket itu turut mengenakan bayaran lebih AS$2,000 (RM6,800) kepada pelarian sebelum mereka dibebaskan.
Ditambah pula dengan jaminan pekerjaan dalam pelbagai sektor serta perlindungan yang dijanjikan di Malaysia, tidak hairanlah mereka ini berpusu-pusu menaiki kapal laut tanpa dokumen perjalanan yang sah untuk melarikan diri dari belenggu kemiskinan dan mendapatkan perlindungan di negara kita.
Â
Apa-Apa Pun, Kawasan Keselamatan Di Sempadan Negara Perlu Dipertingkat!
Dalam isu ini, selagi mana kerajaan Myanmar lepas tangan dan tidak mahu memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap etnik Rohingya, selagi itulah sindiket seperti ini sukar untuk dibanteras.
Apa yang kerajaan Myanmar lakukan ketika ini dengan hanya membiarkan negara jiran seperti Malaysia untuk memikul tanggungjawab itu sedangkan mereka adalah penduduk asal Myanmar yang dinafikan hak kerakyatan.
Walaupun kerajaan Malaysia ketika ini menjaga kebajikan etnik Rohingnya supaya berada dalam keadaan baik dengan memberikan rawatan di hospital dan klinik kerajaan, akses pendidikan di sekolah swasta, serta dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal namun tahap kawalan keselamatan di pintu masuk negara, sememangnya perlu dipertingkatkan lagi!
Negara kita sekarang ini sudah banyak PATI yang terdiri dari warga Myanmar, Bangladesh, Indonesia kemudian ditambah pula dengan kemasukan etnik Rohingnya.
Dalam hal ini, jelas sekali kerajaan perlu membuat penambahbaikan terhadap kawalan keselamatan di sempadan negara dengan mempertingkatkan rondaan di kawasan ‘panas’ serta di laluan tikus bagi mengelak perairan negara kita terus dibolosi pihak luar.
Sedangkan PATI pun boleh membolosi negara kita sebegitu sahaja, tidak hairanlah senang sahaja pihak tidak bertanggungjawab membawa masuk bahan terlarang seperti dadah menggunakan laluan tikus yang membolehkan rakyat Malaysia dan Thailand keluar masuk.
Bukan itu sahaja, soal integriti pihak berkuasa juga perlu ditingkatkan lagi dalam menjalankan tugas dengan ikhlas dan amanah.
KATA ORANG
Tak setuju dgn mereka2 tp sekadar cadangan, kerajaan perlu lebih bijak utk handle pelarian Rohingya. Tak boleh biarkan mereka bebas bergerak dlm negara. Assign satu tmpt khas, konflik habis wajib hantar balik ke Myanmar. Belajar dr Turki, Jordan etc. https://t.co/eOqfytg6V9
— Tengku M. (@nomadicmarul) April 9, 2019
Ha bela lagi bawak masuk... nanti bila dah meniaga kat pasar selayang baru terhegeh-hegeh nak cekup balik
— Hahaha (@foxtrot_007_) April 9, 2019
Sedih dgn tahap kawalan perairan negara.
— park lee pan (@lee_pan) April 8, 2019
Mengapa agaknya Malaysia menjadi destinasi pelarian ini? Kita perlu mencari jawapannya. Selain nilai kemanusiaan dan prihatin, kita perlu mengambil kira hak dan keselamatan rakyat Malaysia. Kita perlu utamakan hak rakyat negara ini.
— sukriazizan (@AzizanSukri) April 8, 2019