20 Julai lalu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut berwarna hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.

Katanya, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang diterima Kementerian Pendidikan selain mahu meningkatkan kecerian pelajar.

Walaubagaimapun, isu pemakaian kasut hitam ke sekolah ini terus menjadi bualan hangat netizen dengan ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantahnya.

 

Apa Beza Kasut Hitam Dan Putih?

Ramai beranggapan isu warna kasut ini adalah isu remeh malah banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan oleh kerajaan seperti soal disiplin pelajar.

Namun pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, walaupun keputusan terhadap warna kasut sekolah dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun implikasinya adalah besar khususnya kepada pelajar dan ibu bapa.

Sumber: World of Buzz

Bagi para pelajar, kasut sekolah berwarna hitam lebih mudah diurus terutamanya dalam aspek kebersihan kerana sesuai dengan status pelajar yang aktif dalam aktiviti pembelajaran dan bersukan.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom juga turut menyokong perlaksanaan tersebut.

Katanya, pemakaian kasut warna hitam akan menampakkan pelajar lebih kemas selain ia juga lebih memudahkan pelajar dalam hal menjaga kekemasan kasut mereka.

Lain pula pendapat Ahli Majlis Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Datuk Ameer Ali Mydin, yang menyatakan tiada sebab untuk mengubah (dasar) yang tidak mempunyai masalah.

Katanya, sesuatu akan diubah sekiranya ianya tidak betul atau tidak logik tetapi selama ini pemakaian kasut putih tidak pernah menimbulkan masalah.

Beberapa netizen di media sosial Facebook pula berpendapat tujuan utama kasut sekolah putih dilaksanakan sejak dahulu adalah kerana untuk menunjukkan kebersihan dan mendidik murid-murid menjaga kebersihan.

 

Kasut Hitam Datangkan Kebimbangan

Perlaksanaan kasut hitam yang diumumkan menteri ini juga mendatangkan kebimbangan kepada sesetengah pihak.

Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) James Loke berkata, antaranya pihak industri yang membuat tempahan awal dalam tempoh satu tahun untuk kasut sekolah berwarna putih bagi menjamin bekalan mencukupi pada tahun depan.

Katanya sekiranya cadangan penggunaan kasut hitam itu diteruskan, terdapat lambakan stok kasut sekolah berwarna putih yang tidak dijual di pasaran.

Oleh sebab itu, Maszlee Malik menyatakan perlaksanaan pemakaian kasut hitam kepada pelajar sekolah yang bermula tahun depan akan dibuat secara berperingkat selain mengurangkan bebanan kepada ibu bapa yang telah membeli kasut kepada anak mereka awal.

Jelas Maszlee, tiada tindakan disiplin bagi murid dan pelajar yang masih menggunakan kasut putih tahun depan dan akan beri masa secukupnya.

 

Kasut Putih Atau Hitam Lebih Jimat?

Dengan menggunakan kasut sekolah berwarna hitam juga akan lebih menjimatkan wang.

Ini kerana tidak perlu lagi berbelanja membeli kapur untuk membersihkannya atau terpaksa membeli kasut sekolah berwarna putih setiap tahun jika sudah kotor atau lusuh.

Di sebalik kasut sekolah ini pernahkah anda terfikir kos yang terpaksa ibu bapa tanggung untuk membeli kasut putih dan kapur kasut untuk anak mereka?

Kasut berwarna putih sudah tentu akan dibasuh tiga hari sekali kerana kotor dan sudah tentu itu akan menjadikan kasut tersebut cepat lusuh serta koyak.

Purata sepasang kasut sekolah adalah RM30 dan seorang anak sekurangnya memerlukan dua pasang kasut setiap tahun.

Bayangkan jika sebuah keluarga mempunyai empat atau lima orang anak bersekolah? Berapa yang perlu dibelanjakan? Itu tidak termasuk dengan kapur kasut.

KATA ANDA

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

 

KATA ANDA

.
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN