Betapa peritnya Hidup tanpa ibu bapa. Hanya mereka yang merasainya sahaja tahu akan seksa menanggung rindu yang tiada penghujungnya apabila kedua ibu bapa sudah meninggal dunia.

Itulah yang telah dirasai oleh dua beradik Liza dan Hanim yang kehilangan bapa mereka lebih 20 tahun lepas dan ibu mereka lima bulan lalu kerana penyakit jantung.

Tidak pernah terbayang oleh si adik terpaksa mengharungi hidup yang penuh liku dan perlu mengambil tanggungjawab ibunya menjaga kakak yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

 

Berniaga Tampung Hidup

Sejak ibu mereka meninggal dunia, mereka berdua perlu berusaha gigih mencari jalan untuk menampung kos hidup seharian di bandar Kuala Lumpur ini. Liza dan Hanim bertekad untuk berniaga di pasar malam dengan menjual mee rebus dan bubur gandum.

Mereka berniaga di Pasar Malam Pinggiran Batu Caves sehari seminggu (Jumaat) dengan pendapatan tidak lebih RM200. Bagi mencari wang lebih, di bulan Ramadan ini mereka turut mengambil peluang berniaga di bazar ramadan Pinggiran Batu Caves.

Mari kita ikuti luahan mereka tentang kepayahan hidup berdua tanpa ibu bapa disisi dan pertama kali menjalani ibadah puasa sebagai yatim piatu.

 

Kasih Adik terhadap Kakak

Berat mata memandang , berat lagi baru memikul. Itu yang boleh digambarkan mengenai kehidupan mereka.

Walaupun tanpa ibu bapa disisi, mereka berdua cekal dan tabah untuk meneruskan hari-hari mendatang. Kasih Ibu membawa Ke Syurga, kasih ayah kekal sehingga mati.

Malah kita juga boleh mencontohi sikap Hanim yang teguh setia di samping kakakknya walau apa juga terjadi. Diharap masyarakat diluar sana menghargai ibu bapa selagi ada dan berkasih sayang sesama adik beradik sehingga mati.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Sekiranya anda ditempat Hanim, adakah anda sanggup menjaga kakak yang merupakan seorang OKU?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN