Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan seorang seniman agung yang sangat dihormati dan berbakat dalam menghasilkan karya-karya filem yang masih ditonton sehingga kini. Hasil karyanya yang penuh dengan unsur nasihat dan juga menghiburkan tidak pudar dek zaman.

sumber: fb tgv

Merujuk daripada laman thevocket.com, TGV Cinema akan menyiarkan lima filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan dan juga Hari Malaysia.

Filem yang akan ditayangkan ialah Anakku Sazali, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Ibu Mertuaku, dan Madu Tiga.

 

Tak Jemu Jika Tonton Berulang Kali

Filem yang dihasilkan oleh Allahyarham P. Ramlee sememangnya memberi kesan yang sangat mendalam kepada penonton sehingga tidak ada rasa jemu walaupun ditonton secara berulang kali.

sumber: kelabpramlee

Bukan itu sahaja, filem-filem Allahyarham juga telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia untuk duduk bersama-sama menonton filemnya di panggung wayang. Ada netizen yang mengatakan walaupun sudah menonton filem Allahyarham berulang kali tetapi mungkin kelainannya lebih dirasai jika di panggung wayang.

Sebagai seorang insan seni, Allahyarham telah berjaya membentuk cara yang tersendiri dalam bidang muzik, lakonan serta perfileman dan ini merupakan satu sebab mengapa karya-karya beliau masih tetap segar dalam sanubari anak bangsanya sehingga kini.

 

Tayang Filem Yang Berkenaan Kemerdekaan

Namun senarai filem yang ingin ditayangkan oleh pihak TGV cinema itu dikatakan tidak bersesuaian sempena hari kemerdekaan dan juga Hari Malaysia.

sumber: pinterest

Terdapat beberapa netizen yang mencadangkan dan meminta pihak TGV cinema menukar tajuk filem yang ingin ditayangkan. Antara filem yang bersesuaian ialah Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Embun dan Leftenan Adnan.

Tetapi ada yang berpendapat tidak ada salahnya untuk pihak TGV cinema menayangkan tajuk filem pilihan mereka kerana filem-filem Allahyarham sememangnya mengandungi mesej dan pengajaran yang boleh diterapkan dalam jiwa anak-anak muda hari ini.

 

Berbayar Atau Percuma?

Menjadi satu cabaran kepada pihak TGV cinema apabila ramai yang tertanya-tanya, adakah filem yang ingin ditayangkan itu nanti berbayar ataupun masuk secara percuma.

Mana tidaknya, bagi mereka filem-filem tersebut boleh ditonton secara percuma di atas talian mahupun di televisyen. Jika mereka menontonnya di panggung wayang, kemanakah duit kutipan akan disalurkan? Adakah akan disalurkan kepada pewaris Allahyarham?

sumber: aksiz

Namun, ini merupakan satu usaha daripada pihak TGV cinema untuk menjayakan kempen mereka ‘The Gemilang Vibes Campaign’ dan filem-filem ini akan ditayangkan bermula dari 24 Ogos 2019 hingga 16 september 2019 di TGV terpilih sahaja.

Kepada anda yang sudah menontonnya di panggung wayang, diharap tidak menyebarkan ‘spoiler’ kepada mereka yang belum menontonnya ya…

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perlu jika pihak TGV menyiarkan filem-filem yang bersesuaian dengan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN