Sotong kurita adalah sejenis makanan laut yang sangat popular dalam kalangan orang asia. Rasanya yang kenyal sedap apabila dimasak tetapi lain pula bagi masyarakat di China dan Korea yang memakan sotong ini secara hidup-hidup.
Ramai vloger dari kedua negara ityu mencuba memakan sotong kurita ini dan ia menjadi trend. Apa rasanya dimakan mentah-mentah?
Nasib semua orang tidak selalu baik kan? Seorang vloger dari China ini menerima padah apabila seekor sotong kurita hidup menyedut wajah wanita itu ketika beliau ingin memakannya. Kejadian itu telah dirakam secara langsung di media sosial.
Disengat Di Muka Sehingga Berdarah
Menerusi satu klip video yang tular di Twitter itu, vloger yang dikenali dengan nama ‘seaside girl Little Seven’ pada mulanya cuba memakan sotong, namun haiwan itu menyedut bibirnya dan melingkari wajah wanita berkenaan dengan sesungutnya.
she has an octopus kink or what? 😤👊🏼 pic.twitter.com/rUNOOkOC59
— 𝙯𝙖𝙩𝙖𝙣𝙣𝙖 (@wtfmirul) May 6, 2019
Wanita itu kemudian menjerit kesakitan dan cuba bergelut menarik sotong tersebut daripada wajahnya kerana haiwan laut itu enggan melepaskannya, malah beralih ‘menyedut’ pipi wanita itu sehingga meninggalkan luka kecil.
Selepas berjaya melepaskan sotong berkenaan dari wajahnya, beliau menyatakan akan makan sotong itu menerusi video akan datang.
Wargamaya Sokong Tindakan Sotong
Rata-rata wargamaya yang melihat video yang tular itu menyokong tindakan sotong itu dan menyifatkannya sebagai ‘karma’.
Berdasarkan fakta daripada National Geographic, sotong kurita adalah haiwan yang sangat pintar, mahir menyembunyikan diri daripada musuh.
Sesunggutnya yang terdiri daripada ratusan penyedut dapat digerakkan secara berasingan bagi membolehkannya memegang, menghidu dan memanipulasi sesuatu objek.
Ada Yang Makan Ayam Hidup-Hidup
Untuk pengetahuan bukan sahaja sotong kurita yang dimakan tanpa dimasak, ada juga kes orang makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Ada seorang wanita pernah menggemparkan Indonesia kerana gemar memakan ayam hidup. Difahamkan ketagihannya memakan ayam hidup bermula ketika dia masih kecil lagi.
Selain ayam hidup, dia juga mencari ikan dan siput di sawah sebelum memakan haiwan itu hidup-hidup.
Harapnya di Malaysia tiada orang yang mencuba makanan sebegini dan haram bagi umat Islam memakan haiwan yang tidak dimasak.
KATA ORANG
Good, well done to Octopus for fighting back!
— Martin Vallis (@sillavnitram) May 9, 2019
weyh sakit doo aku tgk😭😭memang octopus tu kena masak hidup2 lepas video tu
— 🥂Hafeez (@hafeez_0430) May 6, 2019
entahla ;-; btw tadi aku masak sotong goreng tepung kawan abang aku datang habis semua aku x dapat makan ;-; rip sotong
— maiera (@hmrsfa_) May 6, 2019
Maybe he’ll rip your eye out next time??? 🧐
— Dolf Wayne Bundy Durden IV (@dolfer) May 9, 2019