Jika sebelum ini kita lihat Ahli Parlimen dari Barisan Nasional dengan mudah boleh memasuki kawasan sekolah sekiranya mendapat mana-mana jemputan program namun selepas ini, semua tindakan tersebut perlu mendapatkan kebenaran dari Kementerian Pendidikan terlebih dahulu.

Perkara ini seolah-olah ‘karma’ bagi pembangkang sekarang kerana ketika pemerintahan mereka, tindakan sama mereka lakukan terhadap pembangkang terdahulu.

Sumber: Astro Awani

Larangan tersebut dibuat semalam oleh Menterinya, Dr Maszlee Malik yang sudah mengeluarkan pekeliling kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Katanya, seandainya mereka mahu masuk ke kawasan sekolah, mereka perlu membuat permohonan kepada kementerian melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Perkara tersebut mulai tercetus apabila media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit yang berada di bawah parti PAS, mendakwa tidak dibenarkan masuk ke sekolah milik kerajaan bagi menghadiri program tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Malah, tindakan tersebut sekaligus mengundang rasa diskriminasi kerajaan terhadap pembangkang yang disifatkan sebagai tidak adil.

Sehingga kini, perkara tersebut mengundang pelbagai reaksi masyarakat dan beberapa pemimpin politik dengan ada yang bersetuju terhadap tindakan tersebut dan tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilaksana Maszlee Malik itu.

 

Wajar Atau Tidak Halang Pembangkang Masuk ke Kawasan Sekolah

Sumber: Berita Harian

Sebagaimana yang kita ketahui, ramai guru mahupun pihak sekolah dilihat sering mengundang beberapa tokoh atau ahli politik untuk hadir ke sekolah sama ada untuk melancarkan sesuatu program mahupun datang hanya untuk memberi sokongan.

Kalau dilihat tujuan asal, mereka pastinya dijemput untuk tujuan kebaikan bagi menunjukkan ahli parlimen itu komited untuk turun padang bersama-sama rakyat.

Jika tidak turun, nanti ada pula yang mengatakan ahli parlimen itu sombong dan hanya turun padang secara bermusim sahaja.

Namun dalam perkara sebegini, ramai yang berpendapat bahawa tidak salah sekiranya ahli parlimen dari pembangkang masuk ke kawasan sekolah kerana itu adalah tanggungjawab mereka yang harus ditunaikan.

Dalam hal ini, tidak kira seseorang itu dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, rakyat akan menilai pemimpin tersebut dengan hanya melihat kepada aktiviti kemasyarakatan mereka.

Sekiranya sudah membuat majlis yang perlu dihadiri oleh mereka namun mereka tidak turun, rakyat di kawasan tersebut pastinya akan kecewa dengan tindakan sebegitu.

Dalam hal ini, perkara tersebut tidak akan mencetuskan masalah sekiranya wakil rakyat itu tahu akan tugas mereka dan bukannya mengambil kesempatan terhadap warga sekolah untuk berpolitik semata-mata.

 

Beberapa Ahli Politik Tidak Bersetuju Dengan Cadangan Tersebut

Sumber: The Sun Daily

Walaupun pekeliling sudah dikeluarkan namun beberapa ahli parlimen dilihat tidak bersetuju dengan tindakan Maszlee Malik itu.

Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad beliau menyatakan ketidaksokongan terhadap tindakan itu yang dikatakan sama sahaja seperti kerajaan terdahulu yang mengharamkan pihak pembangkang daripada masuk ke kawasan sekolah mahupun institusi pengajian.

Malah katanya, ahli politik harus dibenarkan masuk ke sekolah, kolej dan universiti apabila dijemput untuk berbuat demikian.

Sekiranya wakil rakyat itu menyalahgunakan platform institusi pendidikan dengan menghasut kebencian kaum atau agama serta menyebarkan dakyah kepartian, maka tindakan boleh dikenakan terhadap wakil rakyat tersebut.

Sumber: The Star

Tidak kurang juga, bagi Menteri Kesihatan yang juga Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut sama menyatakan pendirian beliau sekiranya mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang membawa kebaikan kepada rakyat, mereka tidak sepatutnya dihalang dari memasuki kawasan sekolah.

 

Sumber: The Malaysian Times

Hal tersebut selaras dengan dasar Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan isu tersebut tidak sepatutnya timbul berikutan sekolah bukan tempat untuk berpolitik.

Dalam hal ini, setiap wakil rakyat sama ada kerajaan mahupun pembangkang perlu sedar tujuan asal mereka dipanggil ke sekolah dalam apa jua urusan yang bukan hanya untuk berpolitik semata-mata.

 

Kerajaan Perlu Adil

Selain itu BERSIH 2.0 turut menyatakan kebimbangan mengenai perkara ini. Katanya, sekiranya ada kebimbangan terhadap ahli politik memasuki sekolah maka seharusnya polisi-polisi yang dirangka perlu terpakai kepada semua ahli politik daripada semua parti.

Katanya, Maszlee perlu sedar bahawa mendiskriminasi ahli Parlimen pembangkang yang dipilih secara demokratik adalah perbuatan yang tidak menghormati pilihan pengundi di kawasan mereka

Di dalam demokrasi multi-parti, pengundi mempunyai hak untuk memilih wakil daripada parti-parti yang bertanding dan mereka tidak wajar dinafikan khidmat oleh wakil rakyat yang terpilih walaupun wakil itu dipihak pembangkang selepas pilihan raya berlalu.

Adalah menjadi kebiasaan untuk sekolah menjemput ahli parlimen di kawasan mereka menghadiri acara-acara di sekolah.

Sekiranya kerajaan bimbang mesej yang dibawa oleh ahli politik tidak sesuai untuk suasana persekolahan dan pendidikan maka kerajaan sewajarnya membuat satu panduan atau prosedur operasi piawai yang tidak mengenal parti untuk semua ahli politik yang ingin menziarahi sekolah-sekolah.

 

Maszlee Menafikan Kenyataan Beliau

Selepas mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan ahli politik, Maszlee menyifatkan kenyataannya berhubung ketetapan agar anggota parlimen pembangkang meminta kebenaran daripada kementerian untuk masuk sekolah kerajaan “disalah lapor”.

Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa wakil rakyat bukan kerajaan perlu mengikut prosedur untuk berbuat demikian.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan menyekat wakil rakyat pembangkang masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran dari pihak Kementerian Pendidikan?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN