Seorang wanita yang merupakan seorang pesakit kanser ovari meluahkan rasa sedihnya apabila dia dapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang jauh lebih muda dari mereka.

Ibu kepada 4 orang anak itu berasa sungguh tertekan kerana dalam dia bertarung untuk melawan penyakitnya si suami pula berkelakuan seperti itu tanpa memikirkan perasaan dan keadaan si isteri.

Wajarkah suaminya berhubungan sulit dengan wanita lain? Patutnya di waktu seperti inilah si suami patut memberikan perhatian yang lebih dan membantu isteri mencari penawar untuk penyakit yang dihidapinya.

Bukan dengan berbuat onar dan bercinta dengan wanita lain.

Isteri mana yang tidak sedih diperlakukan seperti ini, sudah diuji dengan dugaan yang berat lalu dibebani pula lagi dengan kecurangan suami.

Yang membuatkan si isteri bertambah sedih apabila membayangkan nasib anak-anak. Apa akan jadi sekiranya kanser tersebut berjaya mengalahkan dia. Dan jika si suami berkahwin lain, mampukah si isteri baru menjaga kebajikan anak-anaknya seperti mana dia menjaga anaknya sendiri.

 

Kanser Ovari Tak Kenal Usia

Terlalu ramai yang kurang pemahaman tentang isu ini bukan sahaja dikalangan wanita dewasa malah dikalangan golongan muda. Sedangkan kanser ini boleh terkena sesiapa saja, dan sebelum ini seorang remaja perempuan yang berusia 12 tahun disahkan menghidapi kanser ovari dan perlu melalui pembedahan untuk membuangkan tumor berkenaan.

Bayangkan, remaja yang masih muda dan mungkin tidak tahu pun apa itu kanser ovari dan penjagaan peribadi wanita diuji dengan penyakit berkenaan.

Terlalu ramai yang kurang pendedahan tentang kanser ini sedangkan ianya boleh meragut nyawa ataupun boleh membuatkan rahim wanita dibuang dan hilang kemampuan untuk melahirkan zuriat sendiri.

 

Pap Smear DIY

Walaupun pemeriksaan pap smear lebih banyak disarankan kepada wanita-wanita yang telah berkahwin namun ianya boleh dilakukan untuk wanita yang belum berkahwin juga.

Ini kerana, melalui pemeriksaan pap smear ini ia boleh mengesan kanser ovari diperingkat awal dan sekaligus meningkatkan peluang untuk sembuh tanpa memerlukan sebarang pembedahan dan prosedur-prosedur yang berat untuk merawat kanser berkenaan.

Ramai yang segan dan tidak mahu membuat pemeriksaan kerana segan untuk melalui prosedur tersebut lebih-lebih lagi jika doktor lelaki yang ditugaskan untuk merawat mereka.

Walaupun ianya hanya mengambil masa yang singkat tapi ramai yang takut untuk membuat pemeriksaan berkenaan. Sedangkan kepentingannya sangat meluas.

Namun kini, tiada lagi alasan untuk setiap wanita tidak melakukan pemeriksaan berkenaan. Ini kerana ujian pap smear sudah boleh dilakukan sendiri di rumah dan langkah nya sangat mudah tidak memerlukan pemantauan doktor mahupun jururawat.

Ciptaan alat ujian pap smear versi ini memudahkan kedua-dua pihak pesakit dan doktor, dan yang penting tidak ada alasan malu lagi.

Kesedaran tentang kanser ovari ini perlu dipertingkatkan lagi supaya setiap wanita mendapat peluang untuk mencegah dan merawat di peringkat awal jika benar mereka menghidapi kanser ovari.

Cegah sebelum terlambat, anda layak menjalani kehidupan yang lebih sihat.

 

 

KATA ANDA

Sudahkah anda melakukan pemeriksaan Pap smear?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN