Risiko  keguguran dan kematian bayi ketika didalam kandungan merupakan isu yang paling ditakuti oleh ibu hamil lebih-lebih lagi jika pernah mengalami keguguran ataupun sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran ataupun kematian janin dan ia boleh berpunca dari masalah kesihatan ibu, janin yang tidak sempurna, kehamilan lebih 40 tahun dan kehamilan lebih dari satu janin.

Satu lagi faktor yang boleh menyebabkan keguguran ialan kehamilan luar rahim yang sangat jarang diperkatakan di media umum, malah ramai ibu hamil yang kurang pengetahuan dan kesedaran tentang isu ini.

Terbaru, seorang pelakon tanah air yang dikenali sebagai Tisha Shamsir berkongsi kisah sedihnya tentang keguguran yang dialami berpunca dari masalah kehamilan luar rahim.

Dan yang tambah menyedihkan apabila dia disahkan hamil kembar tiga dan dua dari kandungan adalah luar rahim dan hanya 1 janin yang dapat diselamatkan.

Namun tak lama selepas itu, janin yang ketiga juga disahkan keguguran dan keluar dengan sendiri.

Tisha dan pasangannya dikatakan telah menunggu hampir 3 tahun untuk mendapatkan cahaya mata, namun malangnya tidak ada rezeki mereka untuk menimang cahaya mata kali ini.

 

Apa Itu Kehamilan Luar Rahim?

Kehamilan luar rahim atau turut dikenali sebagai kehamilan ektopik ialah kehamilan dimana persenyawaan tidak berlaku di tempat yang sepatutnya dan sebaliknya melekat di dinding tiub falopian ataupun leher rahim iaitu servik.

Dan malangnya semua kehamilan yang berlaku di luar rahim akan terpaksa dikeluarkan kerana boleh membahayakan nyawa ibu lebih-lebih jika usia kandungan sudah semakin besar.

Lebih besar usia janin,lebih tinggi risiko rahim untuk pecah yang seterusnya boleh menyebabkan ibu hamil tersebut meninggal dunia ataupun terpaksa dibuang ovarinya.

Kerana itu, ada beberapa simptom di awal kehamilan yang ibu-ibu perlu ambil tahu sebagai langkah berjaga-jaga.

Antara simptom-simptom kehamilan luar rahim adalah :

  • Kantung janin tidak berada di tempat sepatutnya
  • Ibu mengalami sakit perut yang melampau
  • Sakit di bahagian bahu
  • Sakit ketika membuang air kecil/besar
  • Keluar darah/cairan coklat melalui vagina

Jadi apakah faktor yang boleh menyebabkan kehamilan luar rahim ini?

  • Ibu merokok
  • Penggunaan ubat kesuburan dan rawatan IVF
  • Terdapat luka dibahagian tiub fallopian
  • Ibu pernah menjalani pembedahan dibahagian pelvis
  • Pernah mengalami kandungan luar rahim sebelum ini

 

Pembedahan Kehamilan Luar Rahim

Bagi ibu-ibu yang disahkan mengandung luar rahim, mereka akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan janin tersebut.

Siapa yang tidak sedih apabila bayi yang dikandung terpaksa dikeluarkan walaupun ada kalanya janin tersebut sudah membesar dan mempunyai degupan jantung.

Namun demi kelangsungan hidup si ibu, ianya terpaksa dilakukan.

Inilah video bagaimana sesebuah pembedahan mengeluarkan janin bagi kandungan luar rahim dilakukan.

 

Jadi, bagi ibu-ibu yang baru disahkan hamil, jika anda merasakan kesakitan yang melampau cepat-cepat rujuk doktor dan pakar untuk pastikan tiada masalah pada kandungan anda. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pernahkah anda dengar tentang kehamilan luar rahim?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN