Baru-baru ini, sebuah kajian yang dilakukan oleh Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data yang amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menonton pornografi secara sengaja.

Sumber: Astro Awani

Manakala 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun antara yang menjadi mangsa antun dalam talian.

Fakta ini pastinya mengejutkan kita sebagai orang dewasa bukan?

Di mana silapnya sehingga perkara ini terjadi?

 

Adakah Ibu Bapa Wajar Dipersalahkan?

Peribahasa ada menyatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ yang menunjukkan bahawa anak-anak perlu dididik dari awal mengenai gejala tidak bermoral seperti ini.

Sumber: The Malaysian Times

Biarpun awal tahun lalu hingga Oktober lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah menyekat sebanyak 1,347 laman pornografi namun masih banyak laman web lucah yang boleh lolos menerusi iklan atau ‘pop-up’.

Memang tidak dinafikan, ibu bapa masa kini gemar memberi gajet kepada anak-anak pada usia kecil untuk perkembangan minda anak mereka.

Sumber: Kosmo

Namun, apa yang lebih menggusarkan adalah apabila ibu bapa itu sendiri tidak mengawal selia penggunaannya secara menyeluruh.

Sekiranya setiap masa anak-anak kecil ini berdamping bersama gajet tanpa dikawal selia oleh ibu bapa, sudah pasti perkara yang tidak diigini seperti ini boleh terjadi.

 

Kesan Menonton Pornografi

Walaupun kita tidak membuka laman sesawang lucah, iklan lucah yang sering muncul ketika kita sedang melayari Internet juga boleh mempengaruhi seseorang untuk melayarinya.

Sumber: Parasolx

Inikan pula bagi kanak-kanak dan remaja yang cenderung dengan sikap ingin tahu dan mencuba sesuatu ketika usia sebegini.

Namun, apa yang dirisaukan, apabila ibu bapa tidak memantau penggunaan gajet serta Internet anak mereka, anak-anak ini akan cenderung untuk melayari perkara bukan-bukan tanpa disedari.

Malah, melayari laman web pornografi juga boleh mendatangkan kesan negatif kepada semua peringkat usia tidak kira orang dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Sumber: Sinar Viral

Apabila sudah terbiasa melayari laman sesawang lucah, ia turut membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia, antaranya kerosakan saraf otak jangka panjang dan menjejaskan ingatan seseorang itu.

Apa yang lebih membimbangkan, apabila sudah ketagih, ianya akan mengundang ke arah perlakuan seksual itu sendiri.

Maka tidak hairanlah banyak terjadinya kes sumbang mahram di kalangan adik beradik tanpa disedari oleh ibu bapa mereka.

 

Bertindak Bijak, Pantau Aktiviti Anak

Sumber: Your Teen Magazine

Ibu bapa perlu memantau gerak geri anak-anak mereka supaya perkara seperti ini dapat dielakkan. Ini antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengetahui aktiviti anak mereka:

  1. Letak komputer di kawasan awam seperti ruangan keluarga, bukan di bilik anak-anak.
  2. Hadkan penggunaan mereka selama 2 atau 3 jam bergantung kepada umur mereka.
  3. Gunakan ‘software’ penapisan laman web seperti Net Nannyyang yang boleh digunakan untuk menghalang anak daripada mengakses laman web lucah dan sebarang laman web hiburan yang lain.
  4. Lakukan pengawasan dengan meneliti sejarah atau ‘browsing history’ di gajet dan komputer anak-anak.
  5. Letak kata laluan pada telefon pintar dan Ipad
  6. Awasi penggunaan Youtube yang digemari anak-anak

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah kerajaan juga perlu menyekat semua bahan yang mengandungi unsur lucah meskipun ianya hanya iklan ‘pop-up’ di Internet?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN