Negara dikejutkan lagi dengan penderaan bayi dan kanak-kanak di rumah asuhan mereka. Kali ini dengan kes tindakan kejam seorang pengasuh yang memasukkan cili ke dalam mulut seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan sehingga menyebabkan kematiannya Jun 2018.

Kejadian itu sangat tragis dan ramai pihak tidak percaya tindakan pengasuh tersebut yang sanggup mencilikan mulut kanak-kanak itu. Ya, ada lagi yang lebih kejam membunuh anak-anak asuhan dan meletakkan dalam peti beku seperti kes arwah adik Adam Rayqal sebelum ini.

Sumber: The Reporter

Dicili Mulut Kerana Tidak Berhenti Menangis

Siapa sangka kanak-kanak dua tahun enam bulan dicili mulut. Bagaimana rasanya dicili mulut? Kita yang dewasa ini pun tak tahan kepedasan cili, inikan pula kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Pengasuh Asmarani Ghazali, 39 tahun itu meng­a­niaya Muhammad Afif Ka­marol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Jalan TTJ 3/1B, Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut,Negeri Sembilan antara pukul 9.30 pagi dan pukul 10 pagi, 13 Jun lalu.

Difahamkan si kecil yang dijaga tersebut tak berhenti menangis walaupun setelah dipujuk.

 

Hukuman Penjara 18 Bulan Dianggap Tidak Setimpal

Tindakan kejam pengasuh itu telah membawanya ke hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Seremban.

Sumber: Kehakiman

Hakim Datuk Abu Bakar Jais menjatuhkan hukuman tersebut selepas pengasuh yang merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-kanak 2001.

Namun, rata-rata pihak tidak bersetuju dengan hukuman penjara selama 18 bulan itu dan hukuman yang sepatutnya dikenakan perlu lebih berat lagi kerana menyebabkan kematian seorang kanak-kanak dan perkara itu dimohon untuk perhatian khusus.

Menurut laporan, ibu kepada mangsa, Puan Rahmawati, keluarganya menjadi trauma atas kejadian yang menimpa mereka. Siapa yang tidak trauma kan? anak yang dikandung 9 bulan 10 hari, dilahirkan dengan penuh kudrat meninggal atas kesalahan orang lain?

Yang lebih terkilan, ini bukan kes pertama kanak-kanak di rumah asuhan meninggal, sudah banyak dipaparkan di dada media massa dan juga elektronik. Tetapi kenapa ada pihak masih mahu meringankan hukuman mereka ini?

Sumber: Danya News

Peguam, Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang ringan atas alasan anak guamnya telah menjaga mangsa sejak berusia lima bulan dan sepanjang tempoh penjagaan sebelumnya, tiada masalah berlaku antara tertuduh, mangsa dan keluarga mangsa.

Bagaimanapun, pihak pendakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 15 tahun terhadap pengasuh itu kerana menyifatkan kesalahan dilakukannya amat serius selain hukuman tersebut sebagai pengajaran kepada masyarakat yang ingin melakukan perbuatan sama.

Sumber: Malay Mail

Media sebelum ni pernah melaporkan, pusat jagaan tak berdaftar ni banyak juga yang wujud sebenarnya, iaitu sebanyak 1,685 daripada pusat jagaan kanak-kanak dan taska diseluruh negara sejak tahun 2014.

Menurut laporan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada tahun 2015 hingga Jun tahun 2017, ada 581 kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan pengasuh! Banyak rupanya kes ni, cuma tak dilaporkan dalam akhbar je.

Dan dilaporkan juga sebanyak 146 kes berkenaan bermula awal tahun ini sehingga Jun 2018.

Semoga Menjadi Pengaran Buat Semua Pihak

Sumber: Mama Comel Arissa

Sebagai ibu bapa, tentunya mereka bimbang dan gusar dengan kejadian yang menimpa anak-anak mereka di rumah asuhan. Kepercayaan diberikan sepenuhnya kepada pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka. Namun, tiada siapa yang dapat menduga kejadian yang berlaku.

Semoga kes ini mendapat perhatian segenap pihak dalam menguatkuasakan lagi undang-undang terhadap pengasuh kanak-kanak yang sanggup memperlakukan anak kecil yang tidak bersalah.

Jadi, kepada ibu bapa terutamanya, anda jangan lupa selidik latar belakang dan ambil masa untuk membuat pilihan tempat asuhan anak yang sesuai. Jangan menangis di kemudian hari. Ambil iktibar kes-kes yang pernah berlaku di rumah asuhan, jangan ambil mudah!

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Adakah anda setuju hukuman lebih berat dikenakan kepada pengasuh yang menyebabkan kematian terhadap anak asuhannya?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN