Semalam, satu lagi kejadian tragis dilaporkan menimpa seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dibunuh dengan kejam di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Sumber: mStar

Lebih menyayat hati, mayat Siti Masyitah Ibrahim ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan, tangan dan kaki diikat serta beberapa organ dalaman dikeluarkan dari badannya.

Kanak-kanak tersebut yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu dikatakan pergi ke kedai runcit sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Berita mengenai pembunuhan kanak-kanak ini terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial yang rata-ratanya menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak memandangkan sudah banyak berlakunya kejadian culik dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak di negara ini baik yang lelaki mahupun perempuan.

Sumber: http://www.onlinenews.today

Tidak kurang juga, ada yang menuntut supaya kerajaan dan pihak berkuasa mengambil serius kes sebegini yang mana ia dikhuatiri melibatkan kegiatan penjualan organ di pasaran gelap.  

Polis Tahan Seorang Warga Asing

Difahamkan setakat ini, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini.

Penahanan tersebut dibuat selepas suspek dipercayai merupakan individu terakhir yang dilihat bersama dengan mangsa.

Sumber: Kosmo

Kini, suspek tersebut direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen sehingga selesai proses bedah siasat ke atas mayat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Ibu Bapa Perlu Pantau Pergerakan Anak

Melihat kepada kejadian tragis yang menimpa kanak-kanak ini, rata-rata netizen di media sosial tidak putus-putus mendoakan kekuatan buat ahli keluarga mangsa selain menasihati ibu bapa untuk memantau gerak geri anak masing-masing.

Sumber: mStar

Sekarang ini, kes-kes culik bukan hanya membabitkan bayi, kanak-kanak dan remaja tetapi orang dewasa juga tidak terkecuali untuk menjadi mangsa.

Walaupun anak anda berada di kawasan rumah atau mahu pergi keluar ke kedai runcit sekalipun, mereka tetap berpotensi tinggi untuk menjadi mangsa culik mahupun sindiket meminta sedekah, pelacuran dan pelbagai sindiket lain yang membimbangkan sebagai mana yang pernah tular sebelum ini.

Malang memang tidak berbau tetapi apa yang perlu diutamakan adalah keselamatan mereka.

Kadangkala, baik di kawasan sekolah yang mempunyai pengawal keselamatan juga, kanak-kanak ini boleh menjadi mangsa penculikan inikan pula apabila kita membiarkan anak-anak kita keluar berseorangan tanpa ditemani oleh ahli keluarga yang lain.

Statistik Jenayah Libat Kanak-Kanak Dan Remaja

Mengikut statistik yang dikeluarkan Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Polis Diraja Malaysia dari tahun 2014 hingga 2018, seramai 732 orang kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang malah ada yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

Dalam kes sebegini, tidak semua kanak-kanak yang dilaporkan hilang akan ditemui semula malah hanya sedikit sahaja yang bernasib baik untuk ditemui semula dalam keadaan yang selamat.

Sumber: https://lobakmerah.com

Melihat kepada kes ini, rakyat Malaysia pastinya masih terngiang-ngiang akan kejadian dua kanak-kanak perempuan yang pernah menggemparkan negara seperti arwahyarham adik Nurin Jazlin Jazimin dan adik Sharlinie Mohd. Nashar yang mana penjenayah tersebut masih lagi tidak tertanggkap sehingga ke hari ini.

Bagi kes Nurin Jazlin, dia dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk membeli klip rambut pada 20 Ogos 2007 sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian dalam keadaan bogel.

Sumber: https://lobakmerah.com

Namun, bagi kes Sharlinie pula, sudah cukup 10 tahun, masih tiada khabar berita mengenainya yang dilaporkan hilang dan dipercayai diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain dengan kakaknya di padang permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya.

Ngeri bukan?

Sebagai ibu bapa, setiap daripada kita perlu memainkan peranan dengan menasihati anak-anak supaya sentiasa berwaspada dalam keadaan persekitaran yang semakin sibuk, sesak dan padat di sesetengah tempat dan tidak keluar secara berseorangan. 

Penjualan Organ Badan Manusia

Melihat kepada kematian adik Siti Masyitah, suspek yang membunuhnya itu berkemungkinan besar terlibat dengan kegiatan penjualan organ dalaman di pasaran gelap.

Mana tidaknya, sudah la mayat ditemukan dalam keadaan rentung kemudian organ dalamannya pula turut dikeluarkan dari badan.

Sumber: Hipwee

Difahamkan sekarang ini, permintaan terhadap organ dikatakan lebih tinggi berbanding dengan jumlah penderma darah.

Jadi, berkemungkinan besar atas desakan permintaan yang tinggi itu, menyebabkan terdapat pihak yang mengambil kesempatan menjalankan kegiatan penyeludupan organ yang kemudiannya dijual di pasaran gelap.

Maka, kanak-kanak yang sering dijadikan sebagai mangsa mereka memandangkan organ dalaman mereka ini masih lagi ‘baru’.

Turut difahamkan, jantung merupakan antara organ yang paling dicari oleh sindiket ini berbanding dengan organ dalaman yang lain.

Malah, setiap harga organ manusia juga mempunyai nilai harga yang tersendiri yang mana harga jantung boleh mencecah sehingga RM800,000, buah pinggang RM600,000, hati RM200,000, paru-paru RM100,000 dan mata RM10,000.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, perlukah kerajaan memperluas kempen untuk menyedarkan masyarakat supaya prihatin terhadap kes-kes jenayah yang sering melibatkan kanak-kanak ketika ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN