Hampir setiap hari pasti ada sahaja kisah penceraian yang berlaku, samada di kalangan artis, selebriti mahupun dikalangan keluarga dan kenalan.

Penceraian bukanlah isu yang boleh dibincangkan secara terbuka sesuka hati, malah bagi sesetengah kaum ianya dianggap taboo ataupun nasib malang jika anda bercerai dengan pasangan.

Yelah, bagi yang berkahwin dan mendirikan rumahtangga, lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai zuriat, pasti tidak mahu penceraian sebagai titik noktah untuk mereka.

Namun, malangnya ianya tetap berlaku. Bukan semua perkahwinan itu gula dan madu, adakalanya pahit dan berduri.

Jika pasangan terlalu cepat melatah dan masing-masing tidak mengalah pasti penceraian yang akan dipilih.

Namun bukan semua penceraian berlaku kerana masalah diantara pasangan, ada juga yang berpunca dari ahli keluarga mahupun mertua.

Seperti penceraian Fizo Omar dan Mawar baru-baru, ramai yang menbuat spekulasi bahawa penceraian mereka berpunca daripada campur tangan ahli keluarga belah lelaki sehingga Mawar terpaksa mengalah kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik walaupun sudah hampir 6 tahun mendirikan rumahtangga.

Sejauh mana kebenarannya, hanya mereka yang tahu.

Dan terbaru, timbul pula isu apabila ramai netizen yang mengecam Mawar kerana dikatakan tidak menjalani tempoh iddahnya dengan baik dan keluar rumah sedangkan dia sepatutnya duduk sahaja di rumah sampai habis iddah.

 

Mawar Bukan Surirumah, Dia Businesswoman

Seperti ramai yang sedia tahu, Mawar adalah anak kerana pemilik jenama tudung popular ‘Fareeda’ yang mempunyai ramai peminat setia.

Jadi sudah tentulah pasti banyak kerja yang perlu diselesaikan Mawar setiap hari, lainlah kalau dia hanya seorang suri rumah sebelum ini.

 

Takan Nak Meratap Meraung, Boleh Depresi Tau

Memang benar, di dalam islam sendiri menuntut wanita yang di dalam fasa Iddah untuk tidak keluar dari rumah jika tidak ada keperluan.

Malah semasa tempoh ini juga, wanita di sarankan untuk bercantik dan berwangi-wangian agar dapat memikat kembali hati si suami untuk rujuk semula.

Namun, ada juga yang mempersoalkan dengan mengurung diri di rumah bukankah akan menjadikan seseorang wanita itu tertekan.

Lebih-lebih jika dia tidak rela dengan penceraian yang berlaku.

Seperti baru-baru ini, tular kisah seorang bayi berusi 7 bulan yang ditinggalkan oleh ibu di hospital kerana berada di dalam keadaan yang tidak waras kerana diceraikan suaminya untuk berkahwin degan wanita lain.

Bayangkan jika anda seorang wanita yang tidak mempunyai keluarga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, ditinggalkan terkontang-kanting sambil menilik masa depan bersama anak-anak.

Takkan mahu duduk berkurung sahaja, boleh depresi terus. Itu yang jadi kes kelar anak dan cubaan bunuh diri.

Kalau ada keluarga yang menyokong dan menghulurkan bantuan itu lain cerita.

 

Apa Itu Iddah?

Dalam meneliti komen-komen berkaitan isu ini, ramai wanita yang masih belum jelas tentang apa itu iddah bagi yang bercerai hidup mahupun kematian suami.

Dan kerana pemahaman yang cetek inilah, ramai yang tanpa sedar telah membelakangkan tuntutan dan ajaran agama.

Antara hikmah Iddah ialah hikmah Iddah adalah untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu.  Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya. 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN