Masih tiada jodoh? Usah risau, kemungkinan jodoh anda ada di perkampungan ini. Perkampungan yang dipenuhi dengan gadis-gadis cantik, sopan dan berbudi bahasa sudah pasti akan membuatkan anda tidak tidur lena pada malam hari.

Sumber: Aneka Wisatabogor

Memetik laporan hipwee.com, sebuah perkampungan di Cigombong, Bogor, Indonesia sangat terkenal dalam kalangan masyarakat di Pulau Jawa kerana menjadi tempat tinggal para janda. Disebabkan majoriti masyarakat di perkampungan ini merupakan janda maka Kampung Panyarang lebih dikenali sebagai kampung janda dalam kalangan warga setempat.

Rata-rata janda di sana sangat muda. Ada yang bermula dari usia belasan tahun sehinggalah berusia 60 tahun. Boleh dikatakan hampir 80 peratus penduduk di sini merupakan janda. Disebabkan itu, kebanyakan daripada mereka akan bekerja sebagai petani untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sumber: Hipwee.com

Faktor Utama Menjadi Janda?

Difahamkan, terdapat banyak kes kematian sang suami yang dicatatkan di sana. Mungkin ramai yang menganggap kematian yang berlaku disebabkan sumpahan atau keganasan rumah tangga. Tetapi sebenarnya tidak. Kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh pekerjaan-pekerjaan tradisional masyarakat setempat yang berisiko tinggi sehingga meragut nyawa.

Hal ini disebabkan kawasan kampung terletak di sekitar kaki gunung. Maka pekerjaan golongan lelaki di sana lebih kepada kerja-kerja memecahkan bata dan menambang pasir. Sekiranya keadaan waktu tidak mengizinkan maka akan berlaku kejadian gelongsoran tanah dan pasir yang akan menimpa pekerja.

 Perkara ini pernah terjadi beberapa tahun yang lalu sehingga menyebabkan ratusan orang meninggal dunia. Bayangkan sahaja satu kejiranan kampung kehilangan suami dalam sekelip mata.

Sumber: Times Indonesia

Perkahwinan Di Usia Muda

Dalam masa yang sama, anda mungkin tidak akan percaya gadis cantik yang berusia 17 tahun sudah menjadi janda buat kali kedua. Hal ini disebabkan faktor perkahwinan terlalu muda menjadi punca kekurangan kematangan dalam hubungan rumah tangga. Bayangkan pada usia 12 tahun sudah ada yang menikah.

Dengan emosi yang masih kurang stabil ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang belum begitu kukuh sudah tentu menjadi cabaran yang besar buat keluarga muda yang baru mendirikan rumah tangga. Pertengkaran dan perselisihan pendapat menjadi punca berlakunya kes-kes penceraian.

Hidup Serba Kekurangan

Menurut bogor.tribunnews.com, kehidupan yang serba-serbi kekurangan menjadi sebab ramai dalam kalangan mereka tidak mampu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Sekiranya ada, mereka terpaksa melakukan kerja sambilan bagi menampung kos pengajian. Kesudahannya, ramai yang terpaksa kerja pada usia remaja.

Sumber: Terus Unik.blogspot

Hal ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka diberi kebenaran untuk berkahwin pada usia yang remaja. Langkah ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan tanggungan keluarga. Dengan rupa paras wanita yang cantik ia menjadi sebab perkampungan janda berjaya menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sekiranya diberikan peluang adakah anda akan ke sana?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN