Gerun sungguh melihat gelagat manusia hari ini yang sudah tidak meletakkan sempadan dalam hidup.

Tiadanya rasa malu menyebabkan ramai individu melakukan pelbagai perkara yang memalukan dan menjijikkan.

Apa yang menyedihkan ialah mereka sendiri sudah tidak tahu lagi erti malu kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang tidak serik memasukkan objek pada kemaluannya.

Gigi Daun Gear Tersangkut

Seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami detik cemas apabila “gigi gear” yang dipercayai gear basikal, terlekat pada kemaluannya.

Sumber:NotaKaki

Tindakan lelaki yang berasal dari Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan memaksa sehingga Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri itu membawanya ke hospital, supaya besi itu dapat dipotong tanpa mencederakannya dengan bantuan doktor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat kemanusiaan pada jam 3.15 petang pada 30 Julai 2019.

Objek yang melekat itu dikatakan sukar dibuang sehingga anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian terpaksa membawa ke hospital bersama alat-alat untuk memotong objek berkenaan.

Tiga Kali Kes Sama

Ini bukan pertama kali lelaki berkenaan mengalami masalah ini. Dia pernah ada kes yang sama dan pernah meletakkan objek berbentuk bulat ke kemaluannya yang sukar untuk dibuang seterusnya memaksa dia mendapatkan khidmat bomba.

Sumber:Astro Awani

Lelaki ini nampaknya tidak serik melakukan perbuatan jijik  ini sehingga sanggup melukakan dirinya sendiri dan tidak ada rasa malu berbuat demikian.

Kejadian pelik sebegini memang banyak dilaporkan di negara kita. Apabila bertuankan nafsu beginilah jadinya. Tidak malu dan tidak serik untuk melakukan perbuatan yang sama.

“Potong Terus Jer..Menyusahkan Bomba Dengan Kes Bodoh”

Nampaknya warganet tidak berdiam disitu sahaja mereka memulakan sesi ‘membawang’ dengan komen-komen yang tidak berapa membina kepada mangsa berkenaan.

Sumber: FB Astro Awani

Ada komen-komen yang mengatakan tindakan lelaki berkenaan hanya menyusahkan pihak bomba yang terpaksa menjalankan tugas kemanusiaan yang tidak berfaedah dan menghabiskan duit rakyat sahaja.

Mereka mencadangkan pihak bomba mengenakan caj terhadap kes-kes pelik seperti ini supaya tidak ada lagi kes yang sama berulang.

Mereka terpaksa berhempas pulas dan membazir masa untuk menyelesaikan kes yang sengaja dibuat oleh masyarakat yang tak ada akal seperti lelaki itu.

“Memang Tugas Bomba”

Namun, ada yang mengatakan tidak kira apa kes sekalipun pihak bomba harus membantu mangsa dalam apa keadaan sekalipun termasuk memasukkan objek pada kemaluan.

Kata mereka sudah menjadi kewajipan pihak bomba untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan. Tidak kira mangsa tersepit kepala dipintu ke, tersepit kaki di tong gas ataupun kejadian sekecil apa sekalipun, bomba harus menolong masyarakat.

Itu antara pandangan mereka terhadap kes-kes pelik yang melanda masyarakat kita hari ini.

Antara Kes Dilaporkan:

1) Lubang Paip Besi

Sumber:newmalaysianpost.com

Ada satu kes di Tangkak, Johor, remaja lelaki usai 16 tahunmemasukkan alat sulit ke dalam lubang paip besi di rumahnya dan lebih parah ia gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Namun, apa yang lebih memeritkan alat sulitnya masih tidak dapat dikeluarkan walaupun pihak bomba sudah memotong batang paip berkenaan sehingga dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kali melibatkan pihak hospital pula untuk melakukan tindakan susulan bagi mengeluarkan alat sulitnya dengan selamat.

2) Batang Paip PVC

Ini pula melibatkan lelaki warga emas berusia 60 tahun menanggung azab selama dua hari selepas batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) sepanjang kira-kira lima sentimeter tersangkut pada kemaluannya dan gagal ditanggalkan.

Sumber:Roda Pena

Mangsa yang berasal dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kuala Selangor kemudian terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum pihak HSB meminta bantuan pasukan bomba memotong paip PVC berkenaan.

Malangnya, keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari sehingga menyukarkannya membuang air kecil kerana alat sulitnya sudah bengkak.

3) Botol Air Mineral

Kes melibatkan warga emas lagi apabila seorang lelaki berusia 73 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih tiga jam selepas kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral.

Sumber:Kamek Miak Sarawak

Warga emas itu dikatakan memasang botol mineral berkenaan pada kemaluannya waktu malam, namun sebaik bangun tidur , kemaluannya membengkak dan tidak dapat menanggalkan botol berkenaan.

Pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi memotong ‘cincin’ berkenaan dan operasi itu mengambil masa beberapa minit sahaja kerana kepala botol berkenaan diperbuat dari plastik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah pihak bomba perlu kenakan caj terhadap kes-kes begini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN