Baru-baru ini, industri hiburan dikecohkan dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi pelakon, Datin Elvina Mohamad dan suaminya, Datuk Haniff Borhan apabila dikatakan ada pihak ketiga cuba menganggu rumah tangganya mereka.
Malah, kekecohan rumah tangga yang dihadapi Elvina juga mendapat perhatian netizen serta pengamal media memandangkan beliau menjadikan laman Instagramnya sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.
Melihat kepada apa yang dikongsi Elvina itu, jelas sekali beliau tidak puas hati terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Fify Razak yang didakwa menganggu Haniff menerusi ‘direct message’ di Instagram.
Elvina Dan Fify Berbalas Tuduhan Di Insta Story
Dalam hal ini, wujud salah faham di antara Elvina yang mengatakan Fify sengaja menggangu suaminya menggunakan taktik menjual insurans.
Walhal, apa sebenarnya yang berlaku adalah suami Elvina itu yang menghubungi Fify terlebih dahulu menerusi ‘direct message’ untuk mendapatkan perkhidmatan insurans untuk anak sulung mereka.
Salah faham mulai tercetus apabila Fify menghantar tanda ‘love’ ‘kepada gambar anak yang dikirim Haniff menerusi ‘direct message’ di Instagram.
Mungkin ada di antara kita menganggap tanda ‘love’ itu hanya sekadar tanda ‘like’ sahaja tetapi ia berkemungkinan besar boleh disalah anggap sebagai tanda cinta bagi sesetengah individu terutamanya yang sudah
mempunyai pasangan.
Akibat tidak berpuas hati dengan tanda ‘love’ yang dihantar Fify, Elvina bagaimanapun bertindak mendedahkan masalah rumah tangganya menerusi Insta Story dengan menggelar Fify sebagai perampas, hipokrit, dan penipu.
Tindakan Elvina itu yang membuat tuduhan tanpa usul periksa telah membuatkan maruah Fify tercemar dan dikecam hebat oleh netizen di media sosial.
Akibat tindakan Elvina yang dilihat semakin melampau, Fify juga tampil mempertahankan dirinya menerusi Insta Story miliknya dan menjelaskan perkara sebenar namun tidak diendahkan Elvina.
Malah, Fify turut dicabar untuk menunjukkan segala bukti perbualannya bersama Haniff yang didakwa mempunyai unsur ‘gatal’.
Akibat itu, Fify membuat laporan polis dan mengupah peguam untuk membawa kes tersebut ke mahkamah atas tuduhan fitnah tanpa asal usul walaupun sudah dijelaskan sebelum ini.
Datuk Haniff Tampil Beri Penjelasan Dan Mengaku Salah
Rentetan masalah yang berlaku di antara mereka berdua, Haniff akhirnya tampil memberikan penjelasan dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, baru-baru ini.
Katanya, Elvina dan Fify tidak bersalah dan ia sebenarnya hanya salah faham.
Malah, salah faham yang berlaku di antara mereka itu juga tercetus disebabkan kesalahan dirinya sendiri yang pada mulanya menghubungi Fify menerusi Instagram untuk berbincang mengenai skim insurans untuk anak sulungnya itu.
Dalam hal ini, melihat kepada keadaan Elvina yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung pada 1 Disember mungkin membuatkan emosinya tidak stabil memandangkan beliau kini sedang dalam proses berpantang.
Antara Simpton Wanita Berpantang Akan Alami:
Terlebih sensitif
Banyak menangis tanpa sebab
Selalu marah dan risau
Terlampau letih
Tidak tidur/terlebih tidur
Tidak ingin mendukung atau berada dekat dengan bayi
KATA ORANG
Sangatlah tak matang memasing🙊
— 🦋 (@adilahazira) December 19, 2018
Pening molek aku bace kes elvina dgn fify ni aih
— ordinary (@echmhn) December 19, 2018
kes elvina dgan fify no masing2 duk bukak aib masing2.. nak settle., settle lah korang2 je.. duk post kat socmed... meluat doh baca.. eheheheh
— _nGhah🌹 (@njiho_) December 19, 2018
Lepas kes elvina dengan fify ni instagram better upgrade button lain lah kat dm instead of love tu . Thumbs up ke. Senang nak salah faham do sebab love tu
— هدى (@HudaTasha) December 19, 2018