Jika dilihat pada pentadbiran lama di bawah Barisan Nasional, kita dapat melihat kekayaan ahli parlimen atau menteri mereka. Jika difikir secara logik dengan gaji yang diterima sebagai penjawat awam, masakan boleh mempunyai aset sehingga berjuta-juta ringgit.

Dari mana mereka perolehi wang sebanyak itu? Jika mereka melakukan perniagaan atau sebagainya ada bukti ke? Selepas kekalahan parti itu dalam Pilihanraya Umum ke-14, kita dapat melihat ramai dari pemimpin mereka terpalit dengan dakwaan dah salah laku rasuah.

Oleh sebab itu, pada sidang parlimen Dewan Rakyat Penggal ke-2 hari ini telah dibentangkan satu usul untuk mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Usul itu dibentangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

 

Komitment Elak Guna Pengaruh

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan ini berikutan untuk mengelakkan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan dimana menghalang mereka menggunakan pengaruh sebagai ahli politik dan pemimpin untuk mendapat bayaran.

Sumber : FMT

Dr Mahathir berkata sepatutnya kesemua anggota Parlimen perlu mengisytihar harta kerana masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri termasuk juga pembangkang.

Pengistiharan harta ini juga akan menunjukkan komitmen ahli politik untuk memusuhi rasuah dan salahguna kedudukan selain kesediaan untuk dinilai secara telus oleh rakyat.

Jika dilihat penyakit rasuah sudah menjadi budaya dan seolah-olah tiada sesiapa yang benar-benar boleh melindung dirinya daripada rasuah tidak kira orang biasa, penjawat awam, orang warak apatah lagi ahli politik dan pemimpin besar.

Sekadar Gambar Hiasan

Rakyat sudah luntur kepercayaan terhadap ahli politik yang dianggap buruk kerana kerap menggali kekayaan kerana menyalahgunakan kedudukan dan kuasa

 

 

PAS Bangkang, Tiada Keperluan

Walaubagaimanapun, PAS berpendapat tiada keperluan bagi ahli parlimen pembangkang untuk mengisytiharkan harta, memandangkan mereka tiada akses kepada projek-projek melibatkan kerajaan.

Sumber: Amanah Daily

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan kewajipan untuk pengistiharan harta ini kerana katanya negara ini mempunyai undang-undang dan akta-akta sedia ada. Malah hasil-hasil pendapatan masih dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.

Beliau turut menegaskan partinya tidak akan menyokong usul tersebut kerana merasakan ia perlu diteliti terdahulu.

Tuan Ibrahim menambah pengisytiharan harta itu akan menjejaskan keselamatan harta dan individu tersebut, di samping akan menimbulkan rasa dengki terhadap pihak lain.

 

 

INVOKE Yang Perkenalkan

Pada 19 November 2017, sebelum pru-14 buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, Invoke Malaysia yang dinaungi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah mengadakan satu majlis pengistiharan harta dan menandatangani satu perjanjian Akujanji.

Sumber: Google

Seramai103 orang yang membuat akujanji bersama Invoke dan mengisytiharkan harta mereka melalui Akuan Berkanun.

Antara pemimpin PH yang telah mengistiharkan harta termasuk  Dato’ Saifuddin Nasution Ismail, Dato’ Johari Abdul, Fuziah Salleh,

Presiden Amanah Mohamad Sabu, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin,dan ramai lagi pemimpin dari PKR dan Amanah

Boleh Dipenjara Jika Beri Maklumat Palsu

Ahli Parlimen yang ingin mengistiharkan harta, mereka perlu lakukakannya dengan jujur dan amanah kerana jika mereka memberikan maklumat palsu ketika mengisytiharkan aset, masing-masing boleh menghadapi hukuman mengikut usul yang dibentangkan oleh kerajaan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata Ahli Parlimen yang didapati memberikan perisytiharan tidak benar akan tertakluk kepada Seksyen 199 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Sekadar Gambar Hiasan

Seksyen 199 adalah mengenai individu, termasuk kakitangan awam, yang dengan sengaja memberi kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang boleh diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan.

Perisytiharan itu akan dikenakan kepada semua ahli parlimen, pasangan mereka, anak-anak yang berumur 21 tahun ke bawah, serta semua pemegang amanah berkaitan

Pada masa ini, hanya Ahli Parlimen PH dikehendaki mengisytiharkan aset dan pendapatan mereka kepada SPRM walaupun ia bukan daripada dasar kerajaan dan tidak termaktub dalam undang-undang.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Ada keperluan semua Ahli Parlimen menisytiharkan harta mereka?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN