Nampaknya usaha sebuah keluarga yang pulang beraya ke kampung pada minggu lepas mendapat kecaman daripada warganet yang merasakan tindakan keluarga itu hanya untuk meraih publisiti semata-mata.

Hali ini kerana sebuah keluarga petani itu menjadi tular di media sosial apabila mereka pulang beraya dengan mengayuh basikal sejauh lebih 100 kilometer (km) dari Kapar, Klang sehingga ke Sabak Bernam, Selangor.

Terap Budaya Sihat Dengan Berbasikal

Abdul Rahim berkata, idea itu tercetus selepas melihat budaya rakyat Indonesia dikenali sebagai mudik lebaran iaitu berbasikal pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman mereka.

Sumber:www.hmetro.com.my

Dia kemudian berbincang dengan isterinya, Norazridza Ahmad Zahri, dan dia bersetuju balik kampung dengan mengayuh basikal.

Katanya, selain menerapkan budaya hidup sihat dengan berbasikal, niat mereka sekeluarga bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan ukhuwah bersama pengguna jalan raya lain.

Perjalanan mereka mengambil masa selama 12 jam bermula jam 8 pagi bersama dua anak perempuan berusia 14 dan 12 tahun serta seorang rakan pada hari raya kedua.

Pernah Ada Pengalaman Kayuh Lebih Jauh

Sumber:www.hmetro.com.my

Selain itu, menurut Abdul rahim, dia dan isterinya telah melakukan persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan terutama pemeriksaan tayar dan alat ganti basikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya lagi, dia dan isteri sememangnya mempunyai pengalaman berbasikal dalam pengembaraan di sekitar Indonesia sebelum ini.

Semestinya mereka mengutamakan faktor keselamatan sepanjang perjalanan dan hanya mengayuh di jalan biasa, bukannya di lebuh raya.

Apa yang penting adalah disiplin dan jati diri pengayuh basikal itu supaya mematuhi peraturan jalan raya serta keselamatan mereka.

Pengembara berbasikal itu juga turut menganjurkan program kembara berbasikal di dalam dan luar negara.

” Jenuh Nak Kayuh Basikal Kalau Kampung Jauh”

Usaha murni keluarga pengembara berbasikal itu juga wujud segelintir warganet yang menyelar tindakan itu yang antaranya menyebabkan kesesakan jalan raya.

Selain itu, mereka juga turut mempertikaikan bagi mereka yang kampungnya jauh seperti di Kelantan, Perlis, Terengganu dan seumpanaya yang memakan masa berhari-hari kalau mengayuh basikal.

Sememangnya usaha itu bagus untuk mereka yang gemar berbasikal, ikut kemudahan masing-masinglah. Tidak perlu untuk pertikaikan usaha keluarga orang lain.

Kalau rasa tidak mampu hanya mendoakan yang terbaik, setiap orang ada keunikannya tersendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa anda rasa warganet mempertikai usaha keluarga ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN