Sumber: News Malaysian Post

Perkahwinan antara seorang rakyat Malaysia dengan pasangan dari benua Afrika tular di media sosial sejak hari Ahad yang lalu. Perkahwinan tersebut dilihat sesuatu yang agak menarik memandangkan jarang-jarang berlaku perkahwinan antara orang Afrika dan rakyat Malaysia.

Sekiranya berlaku perkahwinan campur sekalipun, ramai yang memilih orang-orang Eropah atau pun Amerika Syarikat yang memiliki paras rupa yang lebih cerah. Namun, bagi pasangan ini, ada sebab di sebalik cinta dan pertemuan mereka.

Cinta Pandang Pertama

Memetik laporan mStar, pengantin perempuan tersebut, Nur Afilah Amir Rusdi, 24 berkata, percintaannya terhadap suami, Adama Mohamed Camara, 26 merupakan percintaan pandang pertama. Ini kerana, Adama merupakan satu-satunya insan yang memujuk beliau ketika sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur selepas berselisih pendapat dengan teman serumah.

Bagi Afilah, suaminya mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya seperti baik hati, penyabar, bijak dan penyayang. Lebih tersentuh hati apabila, bakal suaminya ketika itu yang berasal dari Guinea, Afrika Barat sanggup membawanya mengerjakan umrah. Namun pelawaan itu ditolak kerana masih tiada pertalian yang sah.

Sumber: News Malaysian Post

Reaksi Negatif Orang Ramai

Walau bagaimanapun, percintaan dan perkahwinan antara kedua-dua mempelai ini mendapat reaksi negatif dari segelintir warga maya. Bagi sesetengah warga maya, mereka mempersoalkan, apakah tidak ada orang tempatan sehingga sanggup bercinta dengan orang Afrika?

Malah ada juga yang beranggapan perkahwinan kedua-dua mempelai ini tidak akan bahagia, kerana lelaki Afrika dikatakan hanya mahu berseronok-seronok dan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk meninggalkan pasangannya. Kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar.

Orang Kulit Putih Lebih Dipandang Mulia

Di Malaysia, kebanyakan orang sangat memandang serong kepada golongan berkulit gelap khususnya dari benua Afrika. Manakala orang berkulit putih pula seperti orang dari benua Eropah mahupun Amerika Syarikat, martabat mereka akan dipandang lebih tinggi dan lebih dihormati.

Mentaliti ini bukan perkara baru, memandangkan kebanyakan negara-negara di Afrika tidak maju, lebih terkebelakang berbanding negara kita. Justeru itu, orang Afrika, khususnya yang berkulit gelap martabatnya tetap akan dipandang rendah.

Jenayah Orang Afrika Menjadi Faktor

Malah, kes-kes jenayah yang kerap dilakukan oleh orang Afrika di Malaysia menyebabkan golongan ini terus dicurigai oleh masyarakat tempatan misalnya kes-kes seperti penyeludupan dadah, pergaduhan, perjudian dan sebagainya. Sehinggakan mereka digelar sebagai ‘Awang Hitam’.

Namun begitu, tidak wajar untuk kita membuat penilaian awal dan memukul rata semua orang Afrika yang ada. Ini kerana segelap mana fizikal mereka, siapa sangka, hati mereka kadang kala lebih putih dan lebih baik dari diri kita.

Buktinya, pengantin lelaki berketurunan Afrika ini mempunyai ilmu agama yang tinggi, mementingkan pelajaran al-Quran, pandai menjaga batas pergaulan tidak melakukan perkara-perkara pelik dan yang paling penting tidak merokok.

Sumber: News Malaysian Post

Tidak Peduli Kata Orang Lain

Sungguhpun terdapat komen negatif yang diterima, bagi Afilah beliau tetap menganggap dirinya sangat bertuah kerana menjadi isteri Adama. Hanya beliau sahaja yang tahu hati budi suami yang dicintainya itu berbanding orang lain.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, jika sudah tertulis jodoh antara mereka  sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk perjalanan bahtera rumah tangga mereka berdua. Siapalah kita untuk menilai baik buruk seseorang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa rakyat Malaysia suka memandang serong kepada orang Afrika?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN