Sejurus kemenangan Pakatan Harapan sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan – Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ekoran pembubaran itu, ada pihak yang rasa ia tidak adil dan perlu diteliti semula. Namun Tun Mahathir mempunyai alasan yang kukuh mengapa beliau berbuat demikian.

 

Alasan Tun Mahathir bubar

Menurut Tun Mahathir, langkah ini diambil untuk memastikan agensi atau agensi yang kurang relevan tidak akan membebankan kerajaan dan antara langkah untuk penjimatan.

Pada masa yang sama Tun Mahathir berkata, proses penamatan penjawat awam lantikan kontrak yang berkaitan politik akan diteruskan namun kerajaan akan mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah seperti pemandu akan diserapkan.

Inilah alasannya kerana umum tahu negara mempunyai status kewangan yang sangat teruk sejak ditadbir Umno Barisan Nasional (BN) zaman pemerintahan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jadi langkah penjimatan ini dibuat untuk memulihkan semula ekonomi negara dan mereka yang dilantik atas lantikan politik ini dulu hanya berperanan untuk menyokong pemimpin-pemimpin Umno BN sahaja.

Beliau menyifatkan jawatan lantikan politik sebagai ‘pembaziran’ yang harus ditangani kerajaan.

Kerajaan dijangka mampu menjimatkan kira-kira RM500 juta setahun susulan pengumuman pembubaran itu.

Pembubaran membabitkan hampir 3,000 kakitangan itu, dijangka mampu menjimatkan kos pengurusan kerajaan, khususnya membabitkan penggajian dan kos operasi dalam perbelanjaan tahunan negara.

 

Kakitangan JASA Bersuara Rasa Dianiayai

Ekoran pembubaran rasmi jabatan itu pada 15 Oktober 2018, seramai 800 orang kakitangan kontrak akan dibuang, manakala 300 penjawat awam akan diletakkan dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk ditukarkan ke jabatan kerajaan lain.

Sumber: Sinar Harian

Susulan perkara ini, coretan surat terbuka untuk Tun Mahathir tersebar di media sosial dipercayai ditulis wakil kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas yang akan diberhentikan selepas jabatan itu dibubarkan.

Dalam surat itu dinyatakan bahawa kakitangan Jasa ini seolah-olah dianyai oleh Tun Mahathir sedangkan penubuhan agensi itu ketika pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Keempat.

Dan keputusan kerajaan untuk membubarkan JASA memberi kesan kepada kira-kira 1,200 kakitangannya. Keputusan drastik itu sebagai satu bentuk penganiayaan kepada mereka.

Menurut mereka ,ada dari kalangan mereka bukan dari lantikan politik, mereka juga perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta melalui proses temuduga yang ketat untuk kelayakan dan pengalaman bekerja . Bukan semua yang ditamatkan kontrak ini adalah lantikan politik.

Coretan itu juga berbunyi bahawa ada kalangan mereka yang berumur lebih 40-an dan perlu untuk menyara keluarga. Jika diberhentikan tiada siapa yang mahukan pekerja umur 40-an ke atas.

Dalam keadaan ekonomi sekarang juga, mereka berpendapat susah untuk mendapat pekerjaan.

 

1,200 Kakitangan JASA Tagih Janji Gobind

Sumber: Projek MM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo didesak menunaikan janjinya kepada 1,200 kakitangan JASA yang menanti untuk diserapkan ke agensi lain selepas 15 Oktober ini.

Menurut ‘Warkah Terbuka Warga JASA buat Tun’ yang tular di laman sosial sehingga kini janji itu masih belum ditunaikan dan mereka hanya mangsa mainan politik Pakatan Harapan.

“Dimanakah keadilan dan janji Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bahawa kami akan diserap masuk ke agensi lain di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia?

 

Pihak yang Prihatin

Pastinya kerajaan baharu dibawah Pakatan Harapan hari ini mendapat pelbagai kecaman dan kritikan dari mereka yang merasakan tindakan kerajaan ini tidak wajar dan pemimpin pembangkang juga mula bersuara mengenai hal ini.

Ini termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bersimpati dengan nasib 1,200 Jasa yang ditamatkan perkhidmatan.

Sumber: Malaysia Gazatte

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Jasa yang telah memberikan sumbangan besar kepada kestabilan politik negara dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zuhdi meminta kakitangan Jasa bertabah dengan keputusan yang dibuat pihak kerajaan itu.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada mereka turut membuat kakitangan di Kemas dan BTN juga tidak keruan.

 

Kakitangan Tetap JASA Diserap ke Kementerian

Seramai 300 penjawat awam tetap JASA diserap ke pelbagai jabatan dan kementerian susulan pembubaran jabatan itu.

Di Pahang, kerajaan negeri bersedia menyerap 47 kakitangan JASA termasuk lima pegawai di negeri itu yang ditamatkan khidmat.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata mereka akan diserapkan ke agensi atau jabatan yang bersesuaian, yang buat masa ini ia masih belum dimuktamadkan.

Katanya, kerajaan negeri akan adakan sesi temuduga kerana apa yang boleh ditawarkan mengikut keadaan semasa kewangan negeri dan ia mungkin kurang daripada apa diterima di JASA.

Perlis yang diperintah BN mengesahkan tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyerap kakitangan Jasa negeri ke dalam agensi-agensi negeri.

Ia disahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang berkata dengan sumber kewangan terhad, kerajaan negeri perlu utamakan perkara lebih penting untuk rakyat.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Perlukah khidmat kakitangan JASA diteruskan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN