Sumber:Nizarazu.com

Perbuatan curang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lelaki curang? Itu adalah perkara biasa kerana tabiat lelaki yang memang suka menggoda gadis atau wanita lain sedangkan dia sendiri telah mempunyai sesuatu yang halal bagi dirinya.

Wanita curang? Ini juga tidak dinafikan, kes-kes seperti ini juga banyak berlaku dalam kalangan masyarakat. Namun antara lelaki dan wanita, siapakah yang lebih bersikap curang kepada pasangan mereka?

Kajian: Lelaki Mudah Kantoi Bila Curang

Para saintis mendedahkan bahawa wanita boleh membuat penilaian sama ada seorang lelaki itu curang atau tidak dengan hanya melihat wajahnya.

Ini berbeza dengan lelaki yang gagal mengesan perkara itu dengan cara yang sama.

Sumber:SirapLimau

Menurut, para penyelidik di University of Western Australia menggunakan responden sekumpulan 1,500 individu dengan menunjukkan gambar 189 orang dewasa Kaukasia (101 lelaki dan 88 wanita), dengan soalan pertama adalah jika mereka boleh mengesan kecurangan hanya dengan melihat pada gambar-gambar itu.

Sumber:Maskulin

Responden kemudian diminta memberikan ranking wajah-wajah tersebut pada skala 1 hingga 10, di mana 1 bermaksud “tidak mungkin curang” dan 10 adalah “sangat berkemungkinan untuk curang”.

 

Wanita Ada Deria ‘Rasa’ Kesan Lelaki Curang

Sumber:kupikupigo.com

Ini bermakna dengan riak muka lelaki tersebut, wanita boleh kesan sama ada mereka ini curang ataupun tidak. Tetapi, betullah orang cakap bahawa wanita ini ada satu ‘rasa’ yang dapat kesan jika teman lelaki atau suaminya itu curang.

 

Kepada kaum lelaki, jaga-jaga dengan wanita. Mereka boleh jadi detektif menyiasat anda tanpa pengetahuan anda.

Rupa Paras Tidak Tampan Ramai Curang

Sumber:maskulin.com.my

Dalam kajian jurnal Royal Society Open Science itu juga, secara umumnya berkait rapat dengan pameran maskuliniti, walaupun penyelidik turut membuat satu kesimpulan lain yang menunjukkan lelaki dengan rupa paras kurang menarik lebih kerap dinilai sebagai setia.

bagaimnapun, agak mengejutkan juga apabila lelaki tampan ini biasanya dinilai akan atau berkemungkinan curang, tetapi kajian itu menyatakan sebaliknya. Rupa paras yang tidak tampan pula lebih ramai yang curang.

Lelaki Curang ‘Direstui’ Masyarakat Berbanding Wanita

Menurut Pensyarah Psikologi di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin, berdasarkan peratusan, perlakuan curang 70 peratus lebih banyak dilakukan lelaki berbanding wanita.

Sumber:Utusan Online

Namun apa yang membezakan antara lelaki dan wanita, kelakuan curang lelaki seolah-olah ‘direstui’ dalam masyarakat berbanding wanita yang melihat kecurangan yang dilakukan itu satu yang keji.

Ini berdasarkan kepada kelebihan lelaki itu yang dibenarkan untuk berkahwin lebih seorang bagi lelaki beragama Islam.

Ini juga salah satu punca mengapa lelaki lebih banyak berlaku curang kepada isterinya. Dengan alasan dapat kahwin lebih daripada seorang isteri.
 
Sumber: SirapLimau
Wanita pula jarang ditemui curang kerana sukar untuk merealisasikan perlakuan curang itu sendiri kerana pergerakan mereka lebih mudah dikenali dan disyaki masyarakat sekeliling, sahabat dan keluarga. 
 
 
Itu mungkin sekadar kajian dan bukan penanda aras bahawa lelaki ini ramai curang. Wanita hari ini pun lebih ramai ditemui curang. Pokok pangkalnya hati masang-masing dan pengaruh dalam kehidupan seharian mereka.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kajian ini tepat?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN