Sumber:kaskus.co.id

Jam tangan sememangnya digunakan sebagai penunjuk waktu yang boleh dibawa kemana-mana. Pengguna mengenakan jam tangan dalam kehidupan seharian mereka.

Berikutan kecanggihan teknologi, jam tangan juga digunakan bagi tujuan mengira kecergasan pengguna ketika melakukan sebarang aktiviti.

Selain penunjuk waktu, ia juga dijadikan sebagai fesyen untuk penampilan diri bagi pengguna itu sendiri.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pengguna mengenakan jam tangan dalam tempoh masa yang lama.

Jam Tangan Lapan Kali Lebih Kotor Dari Tandas

Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahawa jam tangan yang kita pakai seharian ini adalah kotor dan lebih jijik daripada kekotoran sebuah mangkuk tandas.

Sumber: Youtube

Ini berikutan satu kajian yang dibuat oleh Tic Watches dan mendapati bahawa jam tangan adalah lapan kali lebih kotor berbanding tandas.

Kajian tersebut telah melibatkan 10 jenis jam berbeza untuk mengesan bakteria dan kuman yang terdapat dalam setiap jenis jam.

Hasil kajian tersebut, didapati bahawa setiap jam mempunyai purata tiga kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas.

Jam Tangan Kecergasan Paling Kotor

Menurut kajian tersebut, jam tangan paling kotor adalah jam kecergasan yang digunakan bagi mengesan kadar kecergasan ketika melakukan sebarang aktiviti.

Sumber:Berita Harian

Jam ini kebiasaannya dipakai ketika bersukan bagi mengira kadar langkah, jarak yang dilalui dan juga kadar nadi bagi setiap pengguna.

Dalam keadaan seperti itu pastinya peluh yang dikeluarkan akan meresap ke tali jam tersebut menyebabkan jam tersebut tercemar dengan bakteria.

Jam jenis ini telah direkodkan mempunyai 8.3 kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas.

Jam Tangan Bertali Kulit Paling Kurang Kotor

Sementara itu, kajian yang sama juga menunjukkan jam tangan lelaki jenis bertali kulit adalah paling kurang kotor kerana pengesan tersebut hanya merekodkan 3.3 kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas.

Sumber:Kaskus FJB

Rekod ini juga menyamai rekod ‘Smartwatch’ dengan tali plastik yang hanya merekodkan 3.3 kali lebih kotor berbanding mangkuk tandas.

Siapa sangka jam tangan yang dipakai setiap hari mempunyai bakteria yang sama kotor dengan mangkuk tandas.

Jam Tangan Perlu Dibasuh

Ramai yang memakai jam tangan tetapi tidak membasuhnya kerana tidak mahu berlaku apa-apa kerosakan pada jam berkenaan. Sedangkan bakteria sedang berkumpul di jam tangan.

Kita basuh tangan apabila kotor tetapi tidak jam. Sebab itulah kajian ini mengesahkan faktor jam tangan direkodkan menjadi lebih kotor berbanding mangkuk tandas.

Tidak semua pengguna yang menyedari mengenai bakteria yang terdapat pada jam tangan mereka.

Perkara ini kerana kebanyakan orang cuba mengelakkan jam mereka daripada terkena air sehingga menyebabkan pembentukan bakteria.

Maka, diharap selepas ini anda lebih peka kepada kebersihan jam tangan yang anda pakai seharian.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa kajian ini boleh dipercayai?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN