Kegelisahan rakyat terserlah selepas 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara sejak 9 Mei lalu.

Sokongan juga semakin hari semakin menurun kerana rakyat Malaysia merasakan mereka ini seolah-olah ditaburkan janji kosong sama seperti pentadbiran kerajaan sebelumnya.

Sumber:Buletindunia

Media melaporkan suatu kajian yang dijalankan di seluruh negara pada akhir tahun lalu menunjukkan hampir 60 peratus Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH.

 

Kajian Ilham Centre Bersama Penang Institute

Kajian Ilham Centre bersama Penang Institute itu dijalankan ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Okt hingga 24 Dis 2018.

Dapatan daripada kajian itu menyatakan 54.4 peratus responden Melayu tidak percaya kerajaan serius melaksanakan agenda Melayu, termasuk mempertahankan hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.

Sumber:sharonlooyiyiing.blogspot.com

Laporan TMI melaporkan 60 peratus responden pula percaya orang bukan Muslim sedang menguasai kerajaan dan DAP yang membuat keputusan di Putrajaya.

Untuk rekod kaji selidik dijalankan Ilham Centre bersama TMI pada Ogos 2018 menunjukkan PH hanya mendapat sokongan kira-kira 17 peratus pengundi Melayu pada PRU Mei tahun lalu.

Kajian itu juga menunjukkan lebih separuh responden percaya PH boleh bertahan lebih dari satu penggal dan pentadbiran sekarang akan membawa masa depan cerah buat negara.

Sumber:FMT

Pengarah Ilham Centre Mohd Yusri Ibrahim berkata naratif Islam yang dikemukakan PH sukar difahami ramai orang Melayu kerana falsafahnya terlalu dalam.

 

 

Golongan Ekonomi Yang Terkesan Secara Langsung

Golongan yang ekonomi mereka terkesan secara langsung selepas perubahan kerajaan sudah pasti mereka inilah sangat tidak berpuas hati.

Sumber:FMT

Ini kerana mereka telah hilang pekerjaan kerana khidmat kontraknya ditamatkan serta merta, juga mereka yang terlibat dengan projek-projek berkaitan kerajaan yang dibatal dan ditangguh kerana langkah penjimatan.

Memetik blog Buasir Otak, apabila kerajaan mengumumkan untuk menangguh dan membatalkan beberapa projek, ada pekerja yang turut diberhentikan, ada yang dipindahkan kerana ketiadaan projek, ada juga yang menanggung kerugian.

Sumber:Astro Awani

Alasan atas tindakan kerajaan ini adalah kerana kerajaan menanggung hutang yang terlalu banyak, menyebabkan kerajaan terpaksa berjimat cermat dengan membatalkan kenaikan gaji kakitangan awam, membatalkan banyak projek dan menangguhkan pelbagai janji pilihanraya.

Mahu tidak mahu, kerajaan hari ini perlu mencari cara dan jalan untuk meningkatkan pendapatan negara. Kalau tidak lebih pun dari dulu, sekurang-kurangnya sama seperti dahulu, agar bukan sahaja hutang negara dapat dibayar tanpa perlu terlalu berjimat cermat, memotong kos bajet, membatalkan pelbagai program dan projek, malah dapat melunaskan janji-janji pilihanraya serta memulihkan semula ekonomi rakyat.

Sumber:Utusan Online

Sekarang ini rakyat ingin berbelanja pun dah sangat berkira-kira, sebab ada yang sudah hilang pekerjaan, ada yang tiada kenaikan gaji, ada yang tidak mendapat bonus. Apabila kuasa berbelanja kurang, maka kuranglah aliran wang, perlahanlah pergerakan ekonomi rakyat.

 

Majoriti Melayu Sokong Pas Kerana Perjuang Nasib Orang Melayu

Felo dan Ketua Penyelidikan Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata orang Melayu-Islam secara umumnya mendapati naratif Islam oleh Pakatan Harapan terlalu sukar diterima.

Sumber:Sarawakvoice

Menurut kenyataan dalam The Malaysian Insight, hampir 30% orang Melayu-Islam memilih PAS sebagai pelindung utama isu Melayu dan Islam berbanding hanya 27% untuk Umno.

Jadi, tidak mustahil majoriti Meklayu di negara ini memilih parti Islam itu dalam menegakkan perjuangannya mempertahankan orang Melayu dan Islam.

 

Kajian Seolah Kempen Untuk Benci Kerajaan PH

Kajian demi kajian yang dilakukan pelbagai pihak terutama daripada pembangkang seolah-olah satu kempen yang dilancarkan untuk menghasut terutamanya orang Melayu untuk membenci kerajaan PH.

Pastinya kebencian itu disemai kepada parti DAP, yang dianggap sebagai ‘masterplan’ dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini.

Sumber:Berita Harian

Bagaimana itu boleh berlaku? Pentadbiran hari ini berdasarkan kepada kemahuan dan kehendak rakyat bukannya kepada golongan pemimpin.

Untuk tuntut kerajaan laksanakan manifesto, tunaikan janji dalam masa 100 hari seperti dijanjikan, itulah modal yang digunakan pemimpin pembangkang.

Dulu kerajaan Umno BN banyak beri bantuan, projek sana sini, tetapi rakyat menderita juga. Sekarang ini beri peluang kepada kerajaan baharu untuk memulihkan negara.

Masih ingat kata-kata Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu wawancara bersana Sinar harian, ” Beri Pakatan Harapan peluang, kalau tidak boleh laksanakan janji, tukar dalam PRU akan datang”.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kajian ini sebenarnya mengukur sokongan rakyat kepada kerajaan PH?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN