Tindakan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan penyertaan atlet paralimpik Israel untuk menyertai kejohanan renang para dunia di Sarawak telah mendapat tentangan yang hebat di peringkat antarabangsa. Kejohahan Renang Para Dunia 2019 sepatutnya dijadualkan berlangsung di Sarawak pada bulan Julai tahun ini.
Tiada Hubungan Diplomatik
Tun Dr, Mahathir Mohamed selaku Perdana Menteri mengambil pendirian yang tegas dalam isu ini memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Mahathir juga menafikan bahawa beliau anti-semitisme. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana pada tahun 2015, seramai dua orang pelayar Israel tidak dapat menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) di Langkawi ekoran gagal mendapatkan visa.
Kelayakan Malaysia Di Tarik Balik
Hasil dari mesyuarat jawatankuasa tersebut di London telah menarik kelayakan Malaysia menganjurkan Kejohanan Renang Dunia Para 2019 susulan Malaysia melarang atlet Israel daripada bertanding.
Presiden IPC, Andrew Parsons dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kesemua kejohanan dunia mesti terbuka untuk semua atlet dan negara yang layak bersaing dengan selamat dan bebas daripda diskriminasi.
Disebabkan Malaysia tidak membenarkan penyertaan atlet Israel, maka IPC terpaksa membuat keputusan untuk mencari tuan rumah baru bagi kejohanan tersebut.
Respond Austria dan UK
Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz menimbulkan isu menyemai kebencian kepada bangsa Yahudi semasa pertemuan Perdana Menteri Malaysia ke Vienna. Kurz turut menyampaikan kepada Mahathir bahawa Austria adalah dan tetap tanpa sebarang keraguan sahabat dan rakan kepada Israel serta komited untuk melawan sebarang bentuk anti-semitisme.
Tentangan sama turut berlaku di United Kingdom (UK) apabila Parti Buruh melobi kerajaan UK menentang keputusan menyekat atlet Israel.
Berdasarkan laporan Huffington Post, The Time of Israel melaporkan timbalan ketua parti itu Tom Watson menulis kepada setiausaha luar Jeremy Hunt dengan menyifatkan tindakan Malaysia tidak adil dan tidak boleh diterima.
Tindakan tersebut juga bersifat diskriminasi dan bertentangan dengan misi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Respond Syed Saddiq
Syed Saddiq turut mempersoalkan kenapa Afrika Selatan boleh dihalang menyertai temasya Sukan Olimpik 1964 Tokyo kerana keengganan kerajaan mereka menamatkan dasar aparteid namun perkara sama tidak berlaku kepada Israel.
Palestin antara negara yang paling teruk terjejas dalam bidang sukan kerana dikawal ketat oleh pihak keselamatan Israel.
Israel Menghalang Atlet Palestin
Israel pernah menghalang atlet Palestin untuk keluar mewakili negara. Selain itu, mana-mana atlet luar yang ingin berlatih dengan atlet Palestin di Palestin perlu mendapatkan kebenaran rejim tersebut.
Malah berdasarkan berita dari Associated Press terbitan espen.co.uk pada 7 Jun 2012, Israel melarang atlet lumpuh Palestin dari Gaza yang ditaja UK menyertai sambutan Olimpik di Baitulmaqdis.
Berdasarkan laporan tersebut, Khamis Zakout dari Gaza dan lima lagi rakan Palestinnya dijemput konsulat British untuk menghadiri sambutan pra-Olimpik yang berlangsung di Baitulmaqdis dan Ramallah.
Namun Zakout satu-satunya atlet yang diharamkan menghadiri upcara tersebut atas alasan keselamatan oleh pihak Israel.
Pendiskriminasian Israel terhadap atlet Palestin dalam bidang sukan seperti dipandang sepi dan tidak di endah oleh dunia meskipun IPC mengatakan bahawa semua atlet dan negara yang layak bersaing dengan selamat dan bebas daripda diskriminasi .
KATA ORANG
Ramai juga tertanya mengapa Malaysia larang atlet Israel tapi tak buat apa-apa terhadap Saudi, China.
— Mushroom Ali (@mushroomali) January 29, 2019
Angkat aku jadi PM, akan tunaikan hasrat itu. Lol
Cumanya, sanggup berdepan Israel, Saudi dan China serentak?
Oh kau cuma mahu iktiraf dan berkawan dgn Israel.
Hmm.
This what Tun maksudkan dlm bual bicara "Hard Talk" dulu yg Israel akan gunakan proxy dia utk memperjuangkan hak mereka sedangkan mereka hanya arahkan saja dan lihat dari tepi, in his life time Tun M prove what he said was true.
— Mohd Nizam (@panah_mohd) January 22, 2019
Don't give in. We don't want any israeli in our country. That's our firm stand. Protest all you want, israel. As long as you stay being evil, there's no way we'll accept you and your people. 😪
— yuyu (@anhesya) January 22, 2019
Bila masa wujudnya negara Israel?? Israel hya satu nama yg cuba menjajah tanah Palestin.
— AzizeeHs (@azizeegolfzz) January 22, 2019
Selepas larang atlet Israel, bendera Malaysia berkibar di Gaza@fmtoday @chedetofficial@saifuddinabd@syedhamidalbar@SyedSaddiqhttps://t.co/VrJfS7gqhE
— Muslim Imran (@muslim4islam) January 22, 2019