Kalau tanya pada anak-anak muda zaman sekarang permainan tradisional yang mereka tahu, rasanya 90 peratus dari mereka tidak tahu. Kerana mereka dilahirkan pada zaman moden yang sudah ada PS4, gadjet elektronik dan sebagainya.

Tambahan pula mereka ini tidak didedahkan lagi dengan permainan tradisional oleh ibu bapa mereka terutama yang tinggal di ibu kota. Segalanya sudah canggih dan hanya dihujung jari sahaja kalau hendakkan sesuatu.

Sumber: Pamamedia

Permainan tardisional seperti lompat tali, congkak, gasing, baling selipar, batu seremban, tepuk terup, guli, baling selipar, carom, baling selipar, cop tiang dan banyak lagi seolah-olah sudah ditelan zaman. Anak-anak yang lahir tahun 80-an dan 90-an sahaja tahu permainan tersebut kerana itulah permainan yang paling ‘in’ zaman itu.

Yang paling menariknya, permainan tradisional dikenali sebagai permainan rakyat. Dan ia boleh dimainkan secara individu dan berpasangan. Malah, anak-anak zaman dulu tidak perlu fikir nak bermain dimana kerana permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.

Relevankah permainan tradisional masa kini?

Sumber: Bernama

Relevan atau tidak bukan isu yang perlu dikupas. Seharusnya permainan tradisional ini perlu dipelihara de­ngan baik supaya dapat terus menjadi salah satu identiti negara selain demi kepentingan generasi pada masa hadapan.
Ramai yang beranggapan kalau nak lihat tradisional itu haruslah ke Muzium atau tempat-tempat bersejarah.

Sumber: Shutterstock

Jangan terkejut, sebab ada pemain wau bulan iaitu Shafie Jusoh pernah menerbangkan sayap wau bulannya ke luar negara. Shafie yang kini berusia lebih 70 tahun pernah diiktiraf sebagai pakar dalam dunia seni kraf pembuatan wau dan permainan rakyat itu pernah menerbangkan wanunya di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Maldives, Australian, China dan Turki.

Beliau dinobat sebagai Adiguru Kraf oleh Kraftangan Malaysia pada 2006. Dengan penganugerahan itu, Shafie menerima wang saguhati sebanyak RM5000 dan RM500 setiap bulan untuk tiga tahun.

Sumber: Media Permata

Hebat bukan? Wau Bulan ini boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa malah mereka pula mahu belajar dari orang orang kita. Bagaimana pula dengan rakyat Maysia sendiri? Fikir-fikirkanlah.

Selain itu, Congkak juga permainan yang kini telah berkembang di peringkat antarabangsa, Malah ia dijadikan sebagai pertandingan bukan sahaja untuk masyarakat Melayu tetapi masyarakat India dan Cina.

Sumber: Jantung Melayu

Malah diperingkat kebangsaan, antara permainan yang selalu dipertandingkan adalah batu seremban dan juga carom. Banyak lagi permainan tradisional yang dipertandingkan dan ia sekarang telah menarik minat ramai anak-anak muda kini.

https://www.youtube.com/watch?v=9knv3yYNohQ

Selain permainan ini, alat muzik tradisional juga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, Sebagai contoh kumpulan Sada Borneo yang mempersembahkan alunan muzik tradisional dalam pertandingan Asia’s Got Talent.

https://www.youtube.com/watch?v=tih1MHKvHNY

KATA ORANG

Serunya Berwisata Alam dan Main Permainan Tradisional di Trenggalek 20.detik.com/e-flash/201911…

@rdi971 Yg bikin kangen masa kecil sy ya itu main sama temen2 trus juga permainan tradisional ny yg bikin kangn bngt.beda sama skrng yg hanya ada di dunia maya.

test Twitter Media - @rdi971 Yg bikin kangen masa kecil sy ya itu main sama temen2 trus juga permainan tradisional ny yg bikin kangn bngt.beda sama skrng yg hanya ada di dunia maya. https://t.co/7OzALAzXy8

#SobatBKN, waktu kecil permainan tradisional favorit kalian apa? Kalau mimin hobi main karetan alias lompat tali, tapi paling sering jadi anak bawang🤭 Selamat #HariAnakSedunia Yuk lestarikan permainan tradisional yang mengasah kemampuan anak

test Twitter Media - #SobatBKN, waktu kecil permainan tradisional favorit kalian apa? Kalau mimin hobi main karetan alias lompat tali, tapi paling sering jadi anak bawang🤭

Selamat #HariAnakSedunia
Yuk lestarikan permainan tradisional yang mengasah kemampuan anak https://t.co/RGD9AcX4EJ

KATA ANDA

.
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN