Baru-baru ini, Taufan Hagibis telah membadai Jepun sekaligus memperlihatkan pelbagai kemusnahan yang terjadi di beberapa kawasan negara Jepun.
Pelbagai inisiatif juga telah dilakukan oleh pihak berkuasa Jepun dalam memberi amaran awal kepada penduduk mereka akan kehadiran ribut taufan yang paling kuat pernah direkodkan setakat ini.
Sungguhpun segala persediaan serta langkah keselamatan telah dilakukan bagi menghadapi taufan Hagibis ini, jumlah mangsa yang terkorban dan hilang masih ada, namun tidaklah begitu ramai.
Pelbagai bencana alam dilaporkan berlaku berikutan taufan Hagibis ini antaranya ialah gempa bumi, hujan lebat, angin kencang, tanah runtuh dan banjir.
Dalam kesedihan serta kerisauan kita akan bencana yang terjadi di negara matahari terbit itu, terdapat sesuatu yang unik dapat dilihat menerusi satu gambar yang tular di media sosial.
Foolding in a japan and very clean 🙏#PrayForJapan pic.twitter.com/9PUOBxYuoB
— Vikash singh (@Vikashk03197792) October 12, 2019
Dapat Perhatian Masyarakat Dunia
Gambar tersebut telah memperlihatkan air banjir yang melimpahi sebuah kawasan di Jepun.
Menerusi gambar itu, tidak ada satu pun sampah yang kelihatan meskipun taufan Hagibis itu telah melanda negara tersebut yang mana rata-rata netizen di media sosial menzahirkan rasa kagum akan gambar yang diambil itu.
Malah, ada juga yang mengatakan betapa berdisiplinnya masyarakat Jepun dalam urusan kebersihan termasuk membuang sampah sehingga menjadikan warna air banjir itu kelihatan bersih serta tiada sampah terapung.
Wajar Dijadikan Contoh
japan really lives in the future. stay safe 😭😭😭 #PrayForJapan pic.twitter.com/1mpqJFwOoV
— ℓyn✨ (@porkdo_bi) October 12, 2019
Bukan setakat air banjir yang jernih dan tiada sampah kelihatan, negara itu juga cekap dalam penggunaan teknologi untuk mengawal banjir dengan membina sekatan atau ‘flood barriers’ yang boleh dibuka secara automatik ketika menghadapi ribut atau banjir yang sangat hebat kerana dapat mengelakkan stesen dan laluan keretapi bawah tanah dan pusat membeli belah dimasuki air.
Inovatif yang dilakukan Jepun itu secara tidak langsung mengundang rasa kagum masyarakat dunia terhadap inovasi yang telah mereka lakukan.
Malah, ada juga yang berharap inovasi itu dapat diaplikasikan di negara ini terutamanya di kawasan pusat bandar.
Ubah Persepsi, Semuanya Pasti Boleh
Kita sedia maklum di mana masyarakat Jepun amat disiplin dalam aspek menjaga kebersihan. Mereka telah di didik semenjak dari kecil supaya mengutamakan kebersihan walau di mana mereka berada.
Bagi mereka yang pernah melawat negara Jepun, sudah pasti akan perasan bilangan tong sampah di sana sangat sedikit. Rakyat negara itu akan membawa pulang sampah ke rumah dan tidak hairanlah longkang di kawasan perumahan mereka juga kelihatan bersih.
Namun, semuanya bergantung kepada sikap dan mentaliti masyarakat kita sendiri. Sebenarnya negara kita juga mampu ke arah negara bersih jika rakyatnya mampu mengubah kepada mentaliti kelas pertama.
Kita sebagai rakyat Malaysia juga perlulah mengambil iktibar serta menjadikan perkara ini sebagai contoh agar negara kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan boleh dijadikan ikutan buat generasi yang akan datang.
Walaupun Jepun sememangnya jauh ke depan, kita juga boleh mengambil contoh ini untuk menambah baik kemudahan sedia ada. Malah, mungkin dengan inovatif ini dapat membantu jika berlaku bencana banjir di negara kita.
KATA ORANG
malaysian really really really need to learn a lot from japan
— shahril aiman (@sAiman96) October 13, 2019
I don't mind having a flood if it's this clean
— afiqhaqimi (@afiqhaqimi3) October 13, 2019
Dah Kalau longkang pun Boleh bela ikan. Huhuhuh
— m.izwan (@Izwankhan2) October 13, 2019
I'm afraid if I go to japan I'm just gonna roam around the city using their public transportation and stare for a sec to see how the system works and not visiting any tourist attraction
— brina 🤪 (@jonqinnie) October 13, 2019
I adore this country so much ❤ @putra_zee3719
— dan (@zee_putra3719) October 13, 2019