Sudah menjadi resam masyarakat termasuk di Malaysia untuk meraikan Hari Ibu yang disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun.

Setiap kali tibanya Hari Ibu, setiap anak pasti tidak akan ketinggalan dan teruja untuk menunjukkan tanda penghargaannya kepada ibu yang melahirkan dan memberi kebahagian pada mereka.

Namun, di sebalik keterujaan itu, adakah umat Islam dibenarkan untuk meraikan perayaan istimewa ini yang mana ada dakwaan mengatakan ianya haram kerana seakan-akan meniru perayaan masyarakat Kristian yang menyambut hari ‘Mother of Church’?

 

Tak Salah Sambut Hari Ibu, Asalkan Niat Kena Betul

Sumber: SirapLimau

Walaupun sambutan Hari Ibu ini asalnya dari negara Barat, namun Islam tidak pernah melarang umatnya untuk mencontohi kebaikan orang lain selagimana ia tidak menyerupai upacara keagamaan lain yang bertentangan dengan syariat Islam.

Sekiranya mahu menyambut Hari Ibu, umat Islam itu perlu pastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam yang sebenar dengan cara sambutan dilakukan sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim serta tidak bersifat membazir.

Apa yang paling penting, niat seseorang itu dalam menyambutnya. Sekiranya, pada awal lagi sudah memasang niat untuk meniru dan meraikan seperti budaya Barat seperti tidak menghiraukan batas-batas agama di antara lelaki dan perempuan, maka ia adalah haram untuk disambut.

 

Islam Galak Anak Berbuat Baik Pada Kedua Ibu Bapa

Jangan hanya tunggu sambutan Hari Ibu, baru anda mahu menghargai mereka. Yang sebenarnya, setiap hari merupakan hari di mana anda perlu menyayangi ibu anda tanpa mengira waktu.

Walaupun di dalam Al-Quran tidak ada arahan untuk meraikan Hari Ibu seperti ini, tetapi terdapat ayat yang menekankan umat Islam untuk sentiasa berbuat baik pada kedua ibu bapa.

Sumber: Islampos

Ada bagus dan baiknya Hari Ibu ini disambut kerana sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan anak-anak yang terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga lupa akan kedua ibu bapanya di kampung.

Jadi, sekurang-kurangnya apabila ada sambutan sebegini, anak-anak pasti akan lebih mengenang dan menghargai pengorbanan ibu yang telah membesarkan mereka sehingga menjadi insan berjaya.

Bagi anak yang jarang melawat ibu bapa di kampung halaman, inilah masa yang sesuai untuk melawat mereka.

Apa yang penting, ibu bapa ini tidaklah mengharapkan hadiah yang mahal-mahal sebagai tambahan untuk meraikan hari istimewa ini, tetapi dengan memberi kasih sayang dan meluangkan masa bersama-sama, itupun sudah memadai bagi mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah menjadi satu kesalahan sekiranya umat Islam menyambut Hari Ibu?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN