DCIM187GOPRO

Melancong ke luar negara bagi seorang muslim bukan lagi perkara yang sukar lebih-lebih dari aspek mendapatkan sumber makanan halal.

Banyak negara yang sudah menjadi mesra muslim dimana tempat beribadah juga boleh dijumpai hampir di setiap bandar-bandar besar.

Pemahaman tentang agama dan budaya Islam yang semakin melebar luas dalam masa yang sama dapat membuatkan orang asing lebih memahami tentang gaya hidup kita.

Namun, semakin hari semakin golongan-golongan liberal muslim muncul dan menyebarkan fahaman songsang mereka ke serata dunia.

Dan malangnya ramai yang berminat dan mengikuti ajaran mereka sehinggakan ada yang tidak kisah jika status agama mereka jatuh murtad.

Seperti di Jakarta Indonesia, baru-baru ini sebuah kafe didedahkan oleh sebuah saluran di Youtube tentang konsep kafe mereka yang menghidangkan daging babi kepada masyarakat muslim yang berminat untuk mencuba ataupun memang suka memakan daging tersebut.

Tiada paksaan yang dibuat, pelanggan yang datang diberi kebebasan untuk memesan apa sahaja yang mereka inginkan.

Dan jika pelanggan yang datang merupakan seorang muslim dan ingin memesan daging babi, mereka bebas berbuat demikian tanpa sebarang diskriminasi.

Sumber : Coconut TV (Youtube)

Lebih mengejutkan apabila kafe yang dikenali dengan nama ‘Panggangin’ itu dimiliki oleh dua orang individu yang salah seorangnya adalah muslim.

Sebagai muslim, patutkah kita berasa takut? Ataupun ini adalah perkara biasa yang tidak perlu dibesarkan?

Tidak salah niat mereka ingin mempelbagaikan menu makanan orang Islam dan berniat membawa kelainan, namun tindakan mereka menghidangkan makanan yang jelas diharamkan di dalam Al-quran pasti akan memberi imej yang buruk kepada agama Islam sendiri.

 

Dadah Dan Alkohol Diminum, Kenapa Tidak Babi?

Di hari ini, ramai masyarakat muslim yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial sehinggakan ramai yang sanggup mengenepikan tuntutan agama demi memuaskan nafsu mereka.

Semakin hari semakin ramai yang terlibat dengan dadah, dan tanpa kita sedar ianya merosakkan akhlak dan akidah kita sebagai seorang muslim.

Bagi geng-geng muslim liberal ini, jika ramai muslim yang boleh mengambil dadah dan alkohol sedangkan dua benda tersebut juga haram, mengapa tindakan mereka untuk memakan babi dipersoalkan?

Malahan pemimpin-pemimpin yang beragama Islam juga tidak lari dari menggunakan dadah dan meminum arak, inikan pula rakyat biasa.

Jika ingin banteras, banteras sekali yang lain-lain. Jangan sibuk membetulkan orang bawahan sahaja.

 

4 Kali Allah Menyebut Di Dalam Alquran

Sangat jelas daging babi diharamkan setegasnya oleh Allah SWT didalam Al-quran. Bukan sekali malah sampai empat kali Allah menjelaskan tentang haramnya orang Muslim memakan daging babi kerana kemudaratan yang boleh diperoleh melalui daging binatang tersebut.

Firman Allah: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-Baqarah ayat 173).

Apa-apa pun, tidak salah untuk anda ingin menuntut kebebasan dalam menjalani kehidupan peribadi dan mempunyai gaya hidup yang tidak terikat. Namun semuanya perlu ada batasan.

Bagi orang muslim, ada sebab mengapa Allah menetapkan beberapa peraturan dan larangan untuk kita. Dan semuanya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

Berfikirlah sebelum ingin menuntut sesuatu kebebasan, jangan sampai memudaratkan diri anda sendiri.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda tentang isu ini?
36 votes · 36 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN