3 September lalu, media melaporkan sebanyak 47 peratus belia Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi. Ini merupakan satu masalah yang membelengu masyarakat di negara ini yang perlu diatasi.

Saban hari bilangan pengguna kad kredit didapati semakin bertambah. Penggunaan kad kredit semakin mengubah kehidupan manusia ke tahap yang lebih bergaya dan unggul.

Adakah kad kredit itu benar memberi kebaikan seperti tertera dalam iklan atau hanya mendatangkan masalah besar seperti bankrap atau muflis?

Kad kredit merupakan perkhidmatan dari institut kewangan yang memudahkan pengguna meminjam wang. Tetapi, wang yang dipinjam itu perlu dibayar dalam tempoh tertentu yang telah dipersetujui. Jika tidak, anda akan dikenakan kadar faedah yang tinggi.

Sumber: Fit Small Business

Di Malaysia, tempoh bayaran balik tersebut ialah 20 hari, dan ini merupakan konsep yang masih tidak difahami ramai.

Kad kredit adalah “jalan mudah” yang menjanjikan kemewahan segera kepada pengguna. Tapi jangan alpa dengan segala kesenangan sehingga dihujungnya akan menjadi beban kepada kita.

Pembelian bukan secara tunai ini ada baik dan buruknya. Ia memudahkan proses pembelian, tetapi penggunaan yang tidak terkawal akan menjadikananda tergolong di dalam golongan muflis.

Keperluan atau Kehendak?

Keperluan secara amnya boleh didefinasikan sebagai sesuatu perkara yang asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan. Manakala kehendak pula adalah keinginan terhadap barang perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal serta meningkatkan taraf hidup.

Mengikut istilah atau teori perdagangan, kad kredit tergolong dalam kehendak tetapi dalam keadaan dunia moden sekarang, kad kredit boleh menjadi satu keperluan.

Kad kredit merupakan satu perkara yang penting terutama bagi mereka yang kerap ke luar negara. Dengan kad kredit, mereka tidak perlu membawa wang yang banyak dan ini juga menjadi salah satu faktor keselamatan yang boleh diamalkan.

Sumber: Shepherd Press

Malah, kad kredit juga boleh menjadi peyelamat ketika di dalam waktu kecemasan. Sebagai contoh, kita sakit di tengah malam dan perlu membayar rawatan di hospital swasta dengan kadar yang segera.

Namun, keperluan ini boleh menjadi kehendak apabila menggunakan kad kredit tanpa hala tujuan. Ia juga suatu kehendak bagi mereka yang baru hendak memulakan kehidupan seperti mereka yang baru bekerja.

Kebaikan dan Keburukan

Selain dari digunakan untuk kecemasan dan ke luar negara, kad kredit juga lebih mudah digunakan dengan hanya membawa sekeping kad. Jika ada kes kecurian, pengguna boleh membuat laporan ke syarikat kad kredit tersebut dan serta merta segala transaksi akan dibatalkan. Kad kredit juga bukanlah sesuatu yang boleh dipindah milik sesuka hati berbanding wang tunai.

Sebaliknya, terdapat kesan negatif terhadap penggunaan kad kredit ini terutama mereka yang tidak dapat mengawal keiinginan dan nafsu dalam berbelanja. Kemudahan kad kredit menggalakkan seseorang untuk berbelanja banyak. Pengguna akan berbelanja lebih daripada kemampuan mereka.

Sumber: Celik Minda

Penggunaan kad kredit juga mendorong pengguna kad kredit memupuk sikap materialistik. Ada yang memohon beberapa kad kredit untuk memenuhi kepuasan hati mereka. Mereka akan mementingkan kemewahan, sebagai contoh, mereka membeli barangan berjenama seperti beg LV, Prada, Gucci dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk dihadapan rakan.

Fakta

Frank MacNamara memperkenalkan konsep kad kredit ini pada tahun 1950 dengan tujuan untuk memudahkan pembayaran. Pada ketika itu, hanya golongan kelas atasan sahaja yang mampu menggunakan kad kredit.

Sumber: When Was It Invented

Menurut laporan Finance Matters: Understanding Gen Y yang dikeluarkan oleh Asian Institute of Finance, seramai 47% Gen Y terikat dengan hutang kad kredit yang tinggi, 70% dari Gen Y yang memiliki kad kredit hanya membayar bayaran minima bulanan, dan 45% tidak membuat bayaran tepat pada masanya.

Dari laporan tersebut, terdapat trend berbahaya dalam penggunaan kad kredit yang salah.

Kad kredit boleh menjadi rakan ataupun musuh bergantung kepada tahap kemampuan mengawal diri. Ia boleh menjadi rakan jika digunakan secara berhemah mengikut keperluan diri dan keluarga tetapi ia boleh bertukar sekelip mata menjadi musuh andai gaya hidup mengalahkan kemampuan.

Untuk mengelakkan kesan negatif daripada penggunaan kad kredit, kita juga boleh mencadangkan kepada kerajaan untuk mengadakan undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal penggunaan kad kredit.

Bank Negara dan bank-bank perdagangan juga harus menghadkan jumlah pemilik kad kredit disamping mengawasi had perbelanjaan, agar mereka tidak berhutang berlebihan

KATA ORANG

Fuhh!!! Muntah hijoooo....🤮🤮 SEKARANG SEMAKIN MUDAH MEMILIKI CUCKOO - Tanpa Perlu IC - Tanpa Perlu Kad Debit/Kredit - Tanpa No Akaun - Pasang dalam 24 jam Whatsapp anis untuk sebarang pertanyaan.. wasap.my/60182823999/cu…

NETFLIX serendah RM15/month❗️ VIU PREMIUM serendah RM30/year😱 Murah ke murah?! 👉🏻Tak perlu contract❗️ 👉🏻Tak perlu kredit/debit kad❗️ JOM SUBSCRIBE Account Premium sekarang 🙆🏻‍♀️ #netflixmurah #netflixmurahmalaysia #netflixmovies #netflixoriginal #viuoriginal #viumurah #viupremium

test Twitter Media - NETFLIX serendah RM15/month❗️
VIU PREMIUM serendah RM30/year😱
Murah ke murah?!
👉🏻Tak perlu contract❗️
👉🏻Tak perlu kredit/debit kad❗️
JOM SUBSCRIBE Account Premium sekarang 🙆🏻‍♀️

#netflixmurah #netflixmurahmalaysia #netflixmovies #netflixoriginal #viuoriginal #viumurah #viupremium https://t.co/Y2ekWJfKTg
test Twitter Media - NETFLIX serendah RM15/month❗️
VIU PREMIUM serendah RM30/year😱
Murah ke murah?!
👉🏻Tak perlu contract❗️
👉🏻Tak perlu kredit/debit kad❗️
JOM SUBSCRIBE Account Premium sekarang 🙆🏻‍♀️

#netflixmurah #netflixmurahmalaysia #netflixmovies #netflixoriginal #viuoriginal #viumurah #viupremium https://t.co/Y2ekWJfKTg

Perlu ke ada kad kredit masa baru2 kerja ni? Jawapan saya, harus.

@kewangangraduan Owhh i see.. rasanya tak perlu lagi lah kot.. tunai pun terurus ni kn pulak kredit kad 🤣🤣

@fifie13_ @NooNooi Hai, @fifie13_. Saya Ejay. Maaf, anda boleh guna kad kredit orang lain tetapi perlu bawa si pemegang kad ke Celcom Blue Cube untuk daftar pakej easyphone. Atau anda boleh mohon pakej device bundle jika tiada kad kredit. Terima kasih.

KATA ANDA

Kad kredit memberi kemudahan jika bijak menggunakannya
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN