Baru-baru ini, sebuah video jururawat yang sedang merawat pesakitnya di sebuah hospital swasta di Utara Thailad menjadi tular di media sosial apabila jururawat tersebut dikatakan menarik rambut serta membaling bantal ke muka pesakit tua di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sumber: Lobak Merah

Video tular yang mendapat 4 juta tontotan itu telah berjaya mendapat perhatian masyarakat dunia apabila ramai yang mengecam tindakan jururawat itu yang didapati mengasari pesakitnya sendiri.

Lebih teruk lagi, pesakitnya itu juga adalah warga tua yang sepatutnya dilayan dengan baik.

Di dalam video tersebut, pesakitnya itu dipercayai menghidap penyakit emfisema dan hanya terbaring di atas katil dan kelihatan sangat lemah.

Jururawat itu kemudiaanya dipercayai melemparkan bantal kepada pesakitnya sebelum bertindak kasar menarik katil dan rambut pesakit itu untuk meletakkan bantal di belakang kepalanya.

Seorang wanita lain yang sedang menyaksikan perbuatan jururawat itu segera merakam kejadian tersebut dan menyiarkannya di halaman sosial Facebook dan menggesa orang ramai melihatnya.

Akibat daripada mendapat kecaman hebat dari masyarakat dan mempersoalkan etika seorang jururawat yang sepatutnya tidak bertindak sedemikian ke atas pesakitnya.

Sumber: Lobak Merah

Namun, dipercayai pihak hospital swasta berkenaan belum lagi menentukan tindakan yang paling sesuai untuk dikenakan terhadap jururawat itu.

Walaupun jururawat berkenaan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pesakit lelaki yang berusia 90 tahun itu, namun sesetengah netizen menuntut supaya jururawat itu dipecat segera.

 

Tanggungjawab Jururawat Adalah Berat

Sumber: PPTV

Kerjaya sebagai jururawat ini bukanlah satu kerjaya yang glamour jika dibandingkan dengan kerjaya seperti peguam, akauntan, pramugari dan sebagainya.

Jururawat merupakan antara mereka yang penting dalam industri penjagaan kesihatan dan perubatan dan mereka sebenarnya perlu dihormati.

Apabila kita terbayangkan kerjaya ini, pasti ramai yang beranggapan bahawa kerjaya ini sesuatu yang mudah dan mereka hanya perlu duduk dan menjaga pesakitnya sahaja.

Namun, jika dilihat jumlah pesakit yang setiap hari datang ke hospital mahupun klinik setiap hari, mampukah setiap jururawat itu melayan setiap pesakitnya dengan cepat dan cekap.

Apabila layanan yang diberikan oleh jururawat itu lambat mahupun tidak cepat, kita pastinya cepat memberi komen negatif hingga ada yang bergaduh bersama jururawat di hospital hanya disebakan cara layanan yang diberikan.

Pernahkah anda terfikir, berapa ramai pesakit yang jururawat itu perlu layan setiap hari dan belum lagi diambil kira dengan pelbagai jenis ragam serta karenah pesakitnya itu.

Tugas sebagai jururawat ini pastinya bukan mudah di mana seseorang itu memerlukan kekuatan emosi serta fizikal.

Jururawat ini juga perlu mahir apabila berhadapan dengan situasi kecemasan dan perlu bijak mengawal emosinya apabila diherdik oleh ahli keluarga pesakit mahupun pesakit itu sendiri.

Bayangkan jika setiap hari jururawat dimaki dan diherdik, ia pastinya boleh memberi kesan emosi terhadap jururawat itu.

Itu belum lagi diambil kira soal perlu bekerja setiap hari dan berjaga sepanjang malam untuk menjaga pesakit, berjauhan bersama keluarga demi tanggungjawabnya terhadap pesakit, dan paling teruk apabila perlu berhadapan dengan kematian pesakit setiap hari.

 

Jumlah Jururawat di Thailand dan Kes Serupa

Menurut Majlis Perubatan Thailand, terdapat 130,000 jururawat berdaftar direkodkan di Thailand pada tahun 2006 dibandingkan jumlah doktor perubatan sebanyak 33,166.

Kes jururawat kasari pesakit bukan kali pertama berlaku di Thailand malah ada juga kes sama berlaku seperti itu.

Sumber: Google

Pada 23 Februari 2018, seorang jururawat wanita cuba menyelamatkan pesakit lelakinya dengan memberi Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dengan berpakaian seksi dan dikritik hebat.

Cara jururawat itu memberi bantuan pernafasan kepada pesakitnya dengan duduk di atas pesakitnya itu mengundang kritikan serta kontroversi hebat disebabkan jururawat itu hanya memakai t-shirt dan berseluar pendek.

Video wanita itu menjadi tular di media sosial apabila netizen mempertikaikan cara jururawat seolah-olah mahu mencabul pesakit lelakinya.

Selepas insiden itu, jururawat itu juga membuat permohonan maaf kepada orang ramai dan dia tidak menganggap soal pakaian dan posisinya itu suatu kesalahan malah apa yang penting, beliau dapat menyelamatkan nyawa pesakitnya itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah seseorang jururawat itu dikenakan tindakan buang kerja kerana mengasari pesakit?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN