Sumber : Lobak Merah

Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ merupakan anak kelahiran Terengganu berusia 14 tahun tular baru-baru ini. Semuanya bermula apabila seorang jurugambar amatur yang berjaya menzahirkan momen-momen indah antara adik Syukor dan binatang-binatang peliharaan keluarganya dan gambar-gambar tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Adik Syukor yang dikatakan mempunyai keakraban luar biasa dengan binatang-bintang peliharaan keluarganya mengambarkan ikatan semulajadi yang jarang dapat dilihat selain dari di layar perak.

 

Jurugambar Menang Anugerah Tumpang Populariti ‘Mowgli Malaysia’

Jurugambar yang terlibat mengatakan bahawa beliau tertarik untuk melihat sendiri hubungan antara adik Syukor dan rakan-rakanya melalui salah satu gambar mereka yang tular sekitar tahun 2014.

Kebetulan jurugambar tersebut berada di kawasan yang sama, dia sekaligus mengambil peluang keemasan ini untuk menzahirkan imej-imej yang unik dan momen yang sukar didapati ini melalui lensa kameranya.

Tambahan pula, baru-baru ini jurugamabr tersebut berjaya memenangi anugerah berprestij iaitu Siena International Photo Awards 2018 dan Image of Asia Photography Award 2018 kategori ‘Street/People’.

Disebaliknya penerimaan anugerah tersebut, jurugambar ini turut menerima kecaman dimana dia dikatakan menguna populariti adik Syukor untuk memenangi pertandingan tersebut.

 

Jurugambar atau Syukur perlu diberi perhatian dunia?

 Peluang untuk adik Syukor dan jurugambar yang terlibat untuk dikenali dunia pastinya bukan peluang yang mudah untuk datang.

Dan pastinya, kedua-dua individu saling bergantung untuk mendapatkan perhatian dunia.

Tanpa jurugambar tersebut pastinya gambar adik Syukor tidak dapat disebarkan dan tanpa adik Syukor dan ‘rakan-rakannya’ juga pasti jurugambar tidak dapat menzahirkan momen-momen istimewa tersebut.

 

Dulu dihina, sekarang di sanjung

Adik Syukor dulu dikatakan menjadi bahan bualan dan ejekan rakan-rakan sebayanya kerana bapanya merupakan penternak binatang.

Namun kini, kisahnya yang menular di hampir setiap media malah dikenali dunia menjadikan Syukor popular dikalangan rakan-rakan sekolah dan guru-gurunya.

Baru-baru ini, adik Syukor turut menerima anugerah menerima Anugerah Pelajar Unggul Peringkat Daerah Kuala Terengganu kerana memenuhi kriteria yang dikatakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik iaitu kasih sayang, hormat, kebahagiaan dan kemanusiaan.

Pencapaiannya itu wajar dijadikan contoh untuk rakan-rakan sebayanya dalam mengamalkan sikap-sikap positif dan murni ini dalam kehidupan seharian.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Jurugambar atau Syukur perlu diberi perhatian dunia?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN