Peningkatan jualan durian dan permintaan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai pada ketika ini telah menyebabkan penjualan buah tersebut dikenakan permit. Namun begitu, perkara tersebut bukan berlaku di seluruh negara, hanya akan dikenakan di Pulau Pinang sahaja.

Sumber: Denai Hati

Berkuatkuasa Serta-Merta

Berdasarkan maklumat The Star, ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Wong Yuee Harng berkata, peniaga perlu membuat permohonan dengan pihak MBPP dengan kadar segera. Ini kerana permit jualan durian akan akan berkuatkuasa bermula dari hari ini sehingga bulan Ogos.

Bayaran untuk lesen perniagaan durian secara sementara ialah sebanyak RM1 setiap hari untuk setiap 40 kaki persegi, manakala RM 6 dikenakan setiap hari sebagai bayaran pembersihan sisa sampah durian.

Selain itu, peniaga perlu membuat bayaran kanopi sebanyak RM100 (400 kaki persegi dan ke bawah), RM200 (400 – 800 kaki persegi) dan RM300 (800 – 1200 kaki persegi).

Arahan Bukan Perkara Baru

Perkara ini bukan baru, memandangkan arahan sama pernah dilaksanakan oleh MBPP pada tahun 2015. Pada ketika itu, semua penjual dan pemilik durian dikenakan permit jualan sempena berlangsungnya Pesta Durian Pulau Pinang.

Pengenalan permit jualan durian tersebut merupakan langkah awal bagi memastikan tahap kebersihan di kawasan jualan dapat dikawal, di samping mengatasi masalah penjualan durian secara haram dan penjualan durian secara berleluasa oleh peniaga asing.

Sumber: Jabatan Perhilitan

Sempena Pesta Durian

Ini kerana, jualan durian sememangnya mendapat sambutan di negeri ini khususnya menjelang pesta durian. Pesta Durian Pulau Pinang 2019 bakal dilangsungkan pada 1 Jun sehingga 31 Julai 2019.

Sekiranya penguatkuasaan tidak di lakukan, maka masalah pencemaran sampah sarap durian akan berlaku seperti di Raub, Pahang misalnya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Majlis Daerah Raub berdepan masalah untuk mengatasi longgokan sisa sampah durian. Ia berikutan ribuan tan kulit raja buah tersebut berselerakan berdekatan jalan raya utama serta pinggir bandar yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: The Star

Antara langkah kebersihan yang dititikberatkan oleh pihak MBPP ialah tidak membenarkan penggunaan polistrin untuk memaparkan dan membungkus buah-buahan, pengendali gerai perlu memastikan pengurusan sisa sampah secara betul di tapak premis perniagaan.

Jika diteliti, langkah yang dilakukan adalah wajar, kerana masalah kebersihan merupakan masalah utama yang sering terjadi di pulau tersebut khususnya ketika berlangsungnya Pesta Durian Pulau Pinang. Malah, harga yang dikenakan adalah berpatutan serta tidak membebankan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah permit jualan durian diperluaskan ke negeri lain?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN