Ibadah umrah merupakan satu ibadah yang sangat digalakkan dalam islam. Mengerjakan ibadah umrah atau haji tidak boleh disamakan seperti pergi melancong atau makan angin.

Ini kerana pelbagai persediaan perlu dilakukan sebelum bertolak ke tanah suci. Namun begitu, terdapat kisah yang sangat menyedihkan berkaitan dengan ibadah umrah.

 

Lakukah Ibadah Dari Sumber Yang Haram?

Percayakah anda sekiranya terdapat sesetengah pihak yang menggunakan pendapatan dari sumber yang haram untuk melakukan ibadah umrah! Mustahil bukan? Bagaimana mungkin ada individu yang menggunakan sumber haram untuk melaksanakan ibadah suci. Tetapi itulah yang terjadi baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro

Berdasarkan laporan Sinar Harian, seorang ketua sindiket pengedaran dadah terbesar di Kelantan berusia 37 tahun telah ditahan sebelum berangkat ke tanah suci Mekah. Penahanan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber: Berita Harian

Menerusi Ops Taucan, selain ketua sindiket, polis turut berjaya menahan beberapa orang susupek dalam sebuah kereta Perodua Myvi. Hasilnya, mereka menjumpai sebanyak 700,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM10.5 juta.  Kejayaan ini merupakan hasil risikan yang dilakukan oleh pihak polis sejak April lalu. Difahamkan kesemua suspek yang ditahan baru sahaja menerima bekalan dadah dari Siam.

 

Niat Tidak Menghalalkan Cara

Tindakan yang dilakukan oleh ketua sindiket terbabit seperti mempermainkan ibadah suci agama Islam. Apa yang dilakukan oleh tertuduh seolah-olah ingin menyucikan harta yang dikumpul menerusi sumber yang haram. Mustahil tertuduh tidak dapat membezakan antara sumber yang haram dan sumber yang halal sebelum melakukan ibadah.

Ternyata, kerosakan yang dialami oleh masyarakat pada hari ini sangat membimbangkan. Sebagai umat Islam, apa pun cara yang dilakukan, perkara yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal. Melakukan ibadah dengan sumber yang haram hanya menambahkan lagi dosa.

Sumber: Times Of Islamabad

Isu ini sudah pasti mengundang kemarahan dalam kalangan warga maya. Ada dalam kalangan warga maya mempersoalkan kesucian ibadah yang ingin dilakukan oleh individu terbabit menerusi sumber yang haram. Ada juga yang berasa sedih dengan kejahilan yang melanda umat islam masa kini. Seolah-olah menunaikan ibadah umrah itu seperti satu trend yang perlu diikuti.

 

Pentingnya Rezeki Dari Sumber Yang Halal

Dalam agama Islam sendiri telah menegaskan bahawa rezeki yang dicari hasil titik peluh perlulah dari sumber yang halal lagi barakah. Mencari sumber rezeki dari sumber yang haram bukan sahaja dilarang bahkan mendapat kemurkaan Allah, apatah lagi sekiranya berniat untuk melakukan amal ibadah.

Justeru setiap perkara yang dilakukan ada hikmahnya. Ternyata tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis telah memberi petunjuk bahawa tuhan tidak mengizinkan seseorang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci dengan sumber yang haram.

Sebagai manusia biasa, apa yang dapat kita lakukan ialah berdoa agar perkara-perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Sedih sekali mendengar ibadah-ibadah agama dijadikan sandiwara untuk mengaburi kegiatan haram yang dilakukan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN