Dalam era moden ini, jika kita perasan ramai ibu bapa gemar memberi nama bayi mereka melebihi 3 perkataan hingga menyukarkan pelbagai pihak untuk menyebutnya.

Tanya sahaja pada cikgu-cikgu di sekolah mahupun tadika, pasti mereka mempunyai anak murid yang diberi nama unik mahupun nama yang agak panjang hingga tidak cukup ruang.

Kalau dahulu, trend ibu bapa memberi nama anak dengan dua perkataan dan rata-ratanya memberi nama klasik mahupun memberi nama yang mengikut sunnah Nabi seperti Siti Khadijah, Zubaidah, Siti Mariam, Mohamad Adam, Al-Siddiq dan sebagainya.

Ada juga jenis ibu bapa yang suka memberi nama anak mereka dengan gelaran-gelaran besar seperti Tun, Megat, Syed, Syarifah dan Tengku.

Tetapi kini, evolusi tersebut berubah dengan persepsi ibu bapa yang semakin moden hingga terdetik mahu memberi nama anak melebihi tiga perkataan.

 

Patut ke JPN Halang Nama Anak yang Lebih 80 Huruf Dari Didaftarkan?

Sumber: Mr and Mrs Aidil

Disebabkan trend pemberian nama anak lebih dari tiga perkataan atau melebihi 80 huruf yang semakin menjadi-jadi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini membuat keputusan mengehadkan pemberian nama bayi sehingga 80 huruf sahaja.

Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim yang tidak menggalakkan ibu bapa untuk memberi nama anak yang terlalu panjang dan membawa maksud yang tidak baik.

Sumber: Amazing Nara

Keputusan mengehadkan nama sehingga 80 huruf itu juga termasuk nama bapa, bin, binti, koma dan sebagainya.

Tambah beliau, jarak yang terdapat di setiap perkataan juga diambil kira dalam hitungan 80 abjad tersebut dan penggunaan nama-nama singkatan seperti Abd dan Mohd juga tidak dibenarkan.

Malah, ibu bapa perlu mengeja penuh nama kepada Abdul dan Mohamad ketika mahu mendaftarkan anak ke JPN.

Menurut JPN juga, rekod nama terpanjang pada masa ini adalah 78 aksara sebanyak empat patah perkataan.

 

Netizen Setuju Keputusan JPN Had Nama Anak

Sumber: MyKad-Malaysiaid

Keputusan JPN menetapkan panjang maksimum 80 aksara ini juga turut disambut baik ramai netizen di media sosial.

Rata-ratanya, ramai netizen berpendapat tindakan ibu bapa yang meletakkan nama panjang untuk anak, bakal menyusahkan mereka sendiri pada masa depan terutama sekali ketika di sekolah.

Mungkin ramai yang mahu nama anak mereka kelihatan lebih moden dan bergaya tetapi apabila difikirkan kesan jangka panjangnya, ianya memang tidak sesuai.

Ramai juga netizen yang memberi pandangan tentang nasib anak itu apabila sudah dewasa dan menempuh alam pekerjaan, pasti sukar untuk dirinya menyebut nama di khalayak ramai.

Sudahlah sukar menyebutnya, orang yang mendengarnya juga berkemungkinan besar akan keliru untuk memanggil nama individu tersebut.

Cuba anda bayangkan sekiranya JPN tidak mengehadkan nama anak, pasti selepas ini ramai ibu bapa memberi nama anak yang pelik-pelik dan lagi panjang dari biasa.

Jika anak itu mahu berkahwin suatu hari nanti, agak sukar untuk Imam mahupun si pasangan untuk menyebut serta menghafal nama dengan jelas ketika mahu menikahi anak itu?

 

Nama Unik dan Panjang Sukar Untuk Menyebutnya Apatah Lagi Mahu Menghafalnya

Jadi, ibu bapa di luar sana, fikir-fikirkan kesan jangka panjang ketika mahu memberi nama anak kerana ianya bukan sekadar suka-suka untuk beri nama anak yang unik dan panjang.

Malah, turut sama memberi kesan kepada mereka pada masa hadapan.

KATA ORANG

No result could be fetched.

KATA ANDA

Wajarkah tindakan JPN mengehadkan 80 aksara sebagai had maksimum bagi ibu bapa untuk mendaftarkan nama anak mereka?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN