Pasti ada dalam seminggu mahupun sebulan di mana anda mahu berehat untuk masak di rumah dan membawa keluarga anda makan di luar sahaja.

Keadaan kedai makan yang dipenuhi oleh pelanggan lain selalunya berlaku ketika hujung minggu ataupun kedai tersebut ada membuat potongan harga pada hari tersebut. 

sumber: mstar

Situasi di mana anda perlu beratur panjang, terpaksa untuk menunggu orang yang ada di dalam selesai makan dan menunggu untuk dilayan oleh pekerja mengambil pesanan makanan amat memerlukan kesabaran yang tinggi.

 

Kenapa Orang Lain Boleh Sabar?

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang wanita (dipercayai seorang yang bergelar datin) telah memarahi seorang pekerja di sebuah kedai makan kerana mendakwa sudah menunggu lama dan tiada pekerja yang datang kepadanya untuk mengambil pesanan makanan.

Menerusi rakaman video yang diambil, menunjukkan yang beratur menunggu giliran untuk masuk ke kedai tidaklah begitu ramai malah ada andaian yang dibuat oleh netizen bahawa  ‘datin’ tersebut tidak beratur dan terus duduk sahaja.

 

 

Terdahulu, pernah tular seorang lelaki yang terlalu lapar mengamuk di sebuah restoran KFC kerana menunggu terlalu lama untuk dapatkan makanannya. Namun mujur ada pelanggan lain yang tampil menegur tindakan lelaki tersebut kerana tidak tahan mendengar jeritan sehingga mengganggu pelanggan lain untuk makan.

 

 

Jika anda jenis yang tidak boleh bersabar, mengapa tidak memilih untuk makan di hotel ataupun di restoran mewah yang sudah pasti mendapat layanan istimewa?

 

‘Customer Is Not Always Right’ Lebih Sesuai Digunakan

Terma ‘customer is always right’ perlu dilihat juga kepada situasi yang berlaku dan tidak sepatutnya menyalahkan pekerja sahaja.

‘Datin’ tersebut memberitahu bahawa ramai yang tidak tahu perkara sebenar dan ada pihak tertentu yang telah memanipulasikan video tersebut sehingga mencetuskan kemarahan netizen kepadanya.

 

Namun, netizen tidak semudah itu untuk mempercayai apa yang dikatakan oleh ‘datin’ tersebut dan rata-rata ramai yang membela pekerja yang dimarahnya itu.

 

 

Kadanglaka kita lupa yang kita sebagai pelanggan tidak sentiasa betul kerana bukan kita sahaja yang makan di situ dan sepatutnya bawa berbincang terlebih dahulu jika berlaku kesilapan dan rasa tidak puas hati.

 

Contohi Sifat Rendah Diri YdPA

Sifat rendah diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Mainumah Iskandariah sememangnya disenangi dan menjadi contoh kepada rakyat.

sumber: nona

Baginda baru-baru ini telah menikmati santapan di sebuah restoran KFC dan telah menarik perhatian rakyat Malaysia di mana baginda sendiri beratur membeli makanan dan makan di sana.

 

 

Jika Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permasuri Agong boleh ‘terbang’ sama tinggi dengan rakyat, mengapa kita sebagai rakyat biasa yang mempunyai pangkat datuk atau datin ini tidak boleh melayan orang lain dengan baik serta mempunyai sifat rendah diri.

Bukan soal servis di KFC dan Chicken Rice Shop yang berbeza, tetapi sifat rendah diri dan adab sopan yang tinggi perlu ditekankan.

Jika difikirkan secara logiknya, Yang di-Pertuan Agong boleh sahaja mengarahkan semua pelanggan untuk beri laluan kepadanya, tetapi mengapa baginda tidak bebuat demikian?

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Berikutan dengan perkara ini, adakah terma 'customer is not always right' sesuai digunakan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN