Agenda pendidikan sepanjang hayat merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kemajuan diri seseorang individu secara berterusan tanpa mengira batasan umur.

Menerusi artikel yang dipetik daripada Says.com, seorang pengguna Twitter iaitu Eika Zulaikha telah berkongsi gambar milik datuknya ketika menghadiri majlis konvokesyen.

Lebih menarik lagi, datuknya itu memperolehi ijazah sarjana muda pada usia 87 tahun.

 

Usia Bukan Penghalang Kejayaan

Seringkali mendengar kisah kejayaan anak muda yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, anugerah khas ketika majlis konvokesyen serta memperolehi ijazah dan PhD pada usia muda. Namun, menyambung pengajian pada usia yang lewat bukanlah suatu yang mudah.

sumber: twitter

Datuknya itu telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam program Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Bukan itu sahaja, tujuan datuknya menyambung pengajian bukanlah untuk mendapatkan ijazah semata-mata tetapi sememangnya merupakan individu yang cintakan ilmu pengetahuan.

sumber: thevocket.com

Antara kisah lain yang menarik untuk dikongsi, menerusi daripada laman thevocket.com, A. Majid Isa yang merupakan seorang pesara yang sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Perikanan Malaysia.

Beliau berjaya menamatkan pengajian Diploma Eksekutif Kaunseling di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya ketika usianya 75 tahun pada Oktober 2017. Jika mereka boleh, mengapa tidak anda yang masih muda? Jelaslah bahawa usia bukan penghalang untuk melanjutkan pelajaran.

 

Cabaran Lewat Menyambung Pengajian

Menjadi siswa pada usia yang agak lewat sedikit sebanyak memberi cabaran kepada mereka untuk terus menamatkan pengajian. Antara cabaran yang perlu dihadapi ialah, dari aspek pengurusan masa, mereka perlu membahagikan masa antara keluarga dan juga menyiapkan tugasan pengajian.

sumber: utusan

Bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan ketika menyambung pengajian terutamanya dalam Pengajian Jarak Jauh (PJJ), sudah pasti akan mengalami bebanan kerja rasmi dan juga tugasan pengajian yang perlu disiapkan.

Dari segi kesihatan pula, turut menjadi cabaran utama yang perlu mereka hadapi. Hal ini kerana mereka sedikit berbeza dengan pelajar yang lebih muda serta sering mengalami keletihan disebabkan waktu rehat yang tidak mencukupi.

Walaubagaimana pun, cabaran dalam melanjutkan pelajaran di usia lewat secara tidak langsung menjadikan diri mereka lebih berdisiplin terutamanya dalam menguruskan masa mereka serta menguruskan kesihatan mereka ketika dalam pengajian.

 

Semua Orang Berpeluang Menyambung Pengajian

Kebiasaannya, setelah menerima keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak-anak muda selalunya akan terus berlumba-lumba untuk menyambung pengajian mereka ke universiti pilihan sama ada di dalam mahupun luar negara.

sumber: says

Namun, tidak semua yang bernasib baik untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Ada yang akan terus mencari pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta tidak mahu bergantung harap kepada keluarga.

Kini, untuk menyambung pengajian pada usia yang lewat tidak menjadi masalah kerana kebanyakkan universiti sudah menyediakan waktu pengajian yang fleksibel, kelas hujung minggu atau selepas kerja.

Bukan itu sahaja, kecanggihan teknologi pada masa kini membolehkan pelajar mengikuti pengajian secara maya dan peluang ini membolehkan sesiapa sahaja berpeluang untuk terus belajar sepanjang hayat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah kisah kejayaan ini benar-benar memberi inspiasi kepada anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN