Sudah banyak kes dilaporkan di media massa mahupun elektronik isu suami isteri berpisah kerana orang ketiga.

Tahukan anda, mereka yang suka melihat tangisan dan rasa gembira atas penderitaan orang lain sebenarnya mengalami masalah jiwa.

Sumber:Fanind.com

Bagi mereka, hanya keinginan mereka sahaja yang harus dipenuhi. Mereka lebih rela bahagia di atas penderitaan wanita lain.

Lebih menyakitkan lagi, mereka rasa satu kepuasan apabila melihat orang lain derita akibat dari perbuatannya itu.

Sanggup Bunuh Diri Dan Gila

Perempuan perampas suami orang ini jenis yang tidak ‘senang duduk’ melihat kebahagiaan orang lain, walaupun dengan adik beradik mahupun dengan sahabat sendiri.

Masalah jiwa seperti ini mampu membunuh jiwanya sendiri jika tidak dapat memuaskan hati dan kehendaknya. Jika tidak dikawal perasaan itu, kemungkinan besar akan berlakunya kes bunuh diri dan gila!

Sumber:Okezone Lifestyle

Sering kali anda mendengar, mereka yang suka menghancurkan rumahtangga orang lain tidak akan sesekali menyesali akan perbuatannya itu, malah akan lebih rasa gembira dan berbangga dengan kejayaan nya.

Lebih sadis apabila sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menghancurkan kebahagian rumahtangga orang lain demi kepentingan dirinya sendiri.

Duri Dalam Daging

Jangan terkejut apabila darah daging anda sendiri juga boleh jadi perampas! Kes ini memang wujud apabila satu posting yang dimuat naik oleh wanita bernama Hanna Ramdzan mendakwa suaminya telah berlaku curang bersama adik kandungnya sendiri, yang bernama Fyla Ramdzan.

 

Sumber:Rancah Post

 

Sumber:beautifulinara

Wanita itu telah memuat naik beberapa keping gambar yang mendakwa itu adalah gambar adiknya bersama suaminya yang sedang bermesraan.

Marah, geram dan sakit hati itulah perasaan yang dirasai wanita berkenaan apabila adik kandung sendiri sanggup merampas suami kakak kandungnya itu.

Bagaimana seorang adik sanggup menghancurkan kebahagian kakaknya sendiri? Sanggup bermesraan dengan abang iparnya sendiri?

Tetapi ada pepatah juga mengatakan kalau tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Lelaki itu pun sama juga melayan adik ipar tanpa memikirkan perasaan isterinya itu.

Ada Undang-Undang Pun Tak Jalan

Rata-rata netizen berpendapat bahawa Akta Kesalahan Jenayah Syariah yang dikuatkuasakan bagi mendakwa orang ketiga dilihat tidak memberi kesan kepada perampas suami atau isteri orang ini.

Buatlah akta apa sekalipun, tak akan jalan punya. Perampas ini sakit mental, mereka pun tidak kisah ditangkap mahupun didakwa aslakan mereka dapat apa yang mereka inginkan.

Sumber:Wanista.com

Untuk mendakwa orang ketiga ini, mangsa perlu kemukakan segala bukti yang ada berkaitan hubungan pasangan yang curang itu sama ada dalam bentuk gambar, bil telefon, e-mel atau lain-lain lagi.

Tetapi adakah perampas ini lurus bendul akan simpan segalan bahan bukti, rasanya sampai bila pun mangsa akan tetap jadi mangsa.

Sebab Isteri Tak Mahu ‘Bermadu’

Dengar sahaja perkataan ‘bermadu’ pasti ramai wanita yang histeria dan tidak mahu perkara itu berlaku dalam hidup mereka.

Sumber:theAsianparent Malaysia

Antara sebab utamanya adalah bimbang suami ‘tak jumpa jalan pulang ke rumah’. Yelah, pengantin baru katakan mesti nak berkepit sahaja dengan isteri muda. Sampai jalan balik rumah pun sudah lupa.

Selain itu, mereka ini juga tidak mahu dilabel sebagai isteri yang tidak pandai jaga suami. Mulalah nanti makcik-makcik bawang cakap “itulah tak pandai jaga laki sampai laki kau lari”.

Ada Yang lamar Wanita lain Untuk Kongsi Suami

Tetapi bukan semua kisah bermadu ini akan berakhir dengan kekecewaan. Contoh terbaik di kalangan selebriti adalah keluarga Ashraf Muslim, Salleh Yaacob dan ramai lagi lah.

Sumber: Mstar

Malah, ada kisah baru-baru ini dimana isteri pergi melamar wanita lain untuk bermadu dan berkongsi suaminya. Indah bagi mereka, tetapi bukan bagi anda kan?

Jadi, sebagai seorang suami yang rasa berkelayakan untuk kahwin lebih daripada satu dan mampu jaga kebajikan isteri-isteri mereka, korang kenalah berlaku adil dan banyakkan bersabar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN