Jentera bomba merupakan antara kenderaan terpenting di setiap negara. Ia digunakan pada setiap kali kecemasan tidak kira semasa kebakaran ataupun kemalangan.

Sumber : Google

Walaubagaimanapun dalam satu laporan baru-baru ini melaporkan hampir 40 peratus atau 97 jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bernilai RM165 juta mengalami kerosakan teruk menyebabkan jentera tersebut gagal berfungsi.

Bagaimana boleh jadi begini? Apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Adakah disebabkan salah tadbir atau memang sudah tiba masanya kenderaan ini rosak?

 

Pembekal Gagal Ikut Spesifikasi Punca Rosak

Punca utama jentera pemadam kebakaran JBPM yang dibeli pada 2007, 2010 dan 2014 ‘tersadai’ dipercayai disebabkan kegagalan pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi sepatutnya.

Sumber : Press Reader

Kerosakan pada putaran rotor di bahagian batang pemanduan (drive shaft) dan sistem sadap kuasa atau power take off (PTO) dikatakan menyebabkan jentera gagal berfungsi.

Masalah ini dikatakan berlaku sejak tiga tahun lalu. 

 

Kontrak Beri Pada Kroni?

Menurut sumber, sejak 2007, sebuah syarikat pembekal tempatan diberi kontrak rundingan terus untuk membekalkan jentera berkenaan kepada JBPM.

 Syarikat pembekal itu juga dikaitkan langsung dengan seorang tokoh politik negara yang kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum 2007, semua proses pembelian jentera JBPM diuruskan melalui tender terbuka. Jadi, jentera yang dibeli sememangnya pada kondisi terbaik.

Namun bermula 2007, disebabkan campur tangan ahli politik terbabit yang dibantu kepemimpinan di kementerian menganugerahkan (kontrak pembekalan) kepada syarikat terbabit.

Untuk rekod, perolehan 242 jentera JBPM atau Fire Rescue Tender (FRT) bagi ketiga-tiga tahun itu membabitkan nilai RM420 juta. 

 

Jentera Dibeli Pada Harga yang Tinggi

Pada 2007, 42 jentera setiap satu bernilai RM1.86 juta atau keseluruhannya lebih RM78 juta dibekalkan syarikat terbabit yang berpangkalan di Selangor.

Syarikat sama turut diberi hak membekalkan 100 jentera yang setiap satunya bernilai RM1.71 juta pada 2010 dan 100 lagi jentera pada harga sama bagi 2014.

Sumber: Papariot News

Sepatutnya dengan harga jentera yang semahal itu (perolehan) bagi ketiga-tiga tahun sepatutnya kondisi jentera dalam keadaan baik bersama peralatan yang berkualiti tinggi.

Apa yang menjadi persoalan, adakah pembekal berkenaan meletakkan peralatan tidak sepatutnya pada jentera itu? Kini banyak jentera tersadai disebabkan masalah sama dan bakinya pasti akan rosak

Sumber turut mendedahkan, harga jentera asas dalam kondisi terbaik adalah kira-kira RM1.5 juta.

Tetapi ada juga netizen yang menyatakan sudah tiba masanya untuk kenderaan tersebut rosak kerana telah pakai dalam tempoh yang lama.

Malah kata mereka, lori tersebut bukan digunakan untuk berjalan sebaliknya ‘dilenjan’ untuk ke lokasi kecemasan. Sudah tentu kenderaan tersebut cepat menghadapi masalah.  

 

Dulu Baju Bomba Cap Ayam

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes penyelewengan pembelian baju kalis api bernilai RM13.5 juta terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) 

Dikatakan, baju kalis api yang disalurkan ke seluruh negara itu dibuat daripada bahan plastik mudah terbakar.

Sumber: google

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia melibatkan nyawa manusia dan pihak yang bertanggungjawab perlu menjalankan amanah dengan baik.

Berhubung kenderaan bomba ini juga, pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas segera supaya tiada salah guna kuasa kerana ia membabitkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN