Bagi perokok tegar Marlboro, anda pasti akan terkejut apabila syarikat pengeluar rokok terbesar dunia, Marlboro dikatakan mahu menghentikan jualan rokok mereka buat selama-lamanya.
Malah, syarikat tersebut juga telah berikrar untuk menghentikan pengeluaran rokoknya secara berperingkat sejak tahun lepas.
Bagi yang bukan perokok, berita ini pastinya satu berita baik buat mereka yang mana selepas ini mungkin negara kita dapat mengurangkan jumlah perokok tegar disebabkan tiada lagi rokok Marlboro di pasaran.
Lebih-lebih lagi apabila kerajaan kini menguatkuasakan perintah larangan merokok di semua restoran dan premis makanan sejak 1 Januari lalu.
Namun, tindakan yang dilakukan oleh Marlboro itu bukanlah jalan penamat untuk segalanya di mana mereka berbuat demikian adalah untuk memberi keutamaan kepada produk baru mereka, iaitu IQOS yang mengeluarkan produk bebas asap rokok.
Mahu Fokus Kepada Produk Peranti Elektronik IQOS
Mana mungkin sebuah syarikat pengeluar rokok terbesar dunia mahu menamatkan sahaja perniagaan yang membawa banyak keuntungan kepadanya.
Difahamkan, dalam tempoh setahun sahaja, syarikat Marlboro berjaya mencatat keuntungan sebanyak USD78 billion (RM320 bilion).
Mustahil sekiranya syarikat pengeluar rokok mahu menamatkan sahaja perniagaan yang telah diusahakannya selama berpuluh tahun begitu sahaja.
Melihat kepada senario perubahan penjenamaan rokok pada masa kini, masyarakat dilihat sudah beralih arah menggunakan rokok jenis elektronik atau vape yang dikatakan lebih selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Jadi, disebabkan itu, Marlboro komited untuk membelanjakan USD 4.5 bilion (RM18.4 billion) untuk tujuan penyelidikan dan teknologi dalam menghasilkan produk peranti elektronik IQOS yang bebas asap nikotin.
Peranti terbaru mereka itu juga kini sudah dipasarkan ke Jepun, Switzerland dan Itali malah telah mendapat sambutan yang luar biasa di sana.
Apa yang menariknya, peranti tersebut dihasilkan sama seperti rokok tetapi tidak mempunyai asap dan bau terbakar.
Malah, kajian ke atas sampel darah juga menunjukkan bahawa peranti elektronik ini memberi kesan yang kurang membahayakan kepada tubuh badan memandangkan penggunaan suhu yang rendah itu mampu mengurangkan penghasilan bahan kimia berbahaya dalam asap rokok sehingga 95%.
Tetap Mendatangkan Bahaya Terhadap Kesihatan
Walaupun peranti eletronik itu dikatakan bebas dari asap nikotin, namun sebenarnya apa sahaja yang melibatkan dengan rokok, ia pastinya akan memudaratkan kesihatan meskipun penghasilan bahan kimia dikurangkan dan bebas dari asap nikotin.
Bagi rokok konvensional, asap rokok yang dihasilkan itu dikatakan boleh menjadi penyebab utama merangsang seseorang individu menghidap 40 jenis penyakit serius.
Ia termasuklah penyakit seperti serangan jantung, kanser, darah tinggi, angin ahmar, penyakit gigi dan gusi, penyakit mata, ulser perut, penyempitan saluran darah dan mati pucuk.
Bagi vape pula, bahan yang digunakan di dalamnya dipercayai mengandungi jenis nikotin bervariasi iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine berupa wap.
Mengikut penyelidik, wap tersebut juga boleh merosakkan DNA dan molekul dalam sel sehingga berupaya menyebabkan kematian sel tubuh dan boleh menjadi pencetus kepada penyakit kanser.
KATA ORANG
Nekad untuk berhenti #azam2019
— Irszuan Z 🙂 (@IrszuanZabani) January 17, 2019
Aku selalu dgr org kata marlboro x sedap. Rasa lipas. 🤣
— N A F (@lynn_ibrahim76) January 18, 2019
Rokok pertama aku hisap time form 5. Thank you marlboro red, you’ll be missed. #13days already and still counting 🚭🚭 https://t.co/GqY25XzXlk
— Afif (@afhamrdzn) January 17, 2019
marlboro dah taknak buat rokok so they want smokeless & harmless ‘cigarettes’ pic.twitter.com/i7dsIKMNPK
— segor bugor ☻ (@kobismenghijo) January 17, 2019