Jijik dan memualkan! Itu yang dapat disimpulkan netizen selepas gambar jari penguli roti capati di sebuah restoran mamak didapati luka dan berkudis tular di media sosial.

Jika dilihat sekali imbas gambar tersebut, ia pasti membuatkan anda hilang selera makan dan mungkin selepas ini ramai yang tidak akan berkunjung lagi ke kedai mamak disebabkan banyak isu berkaitan kualiti kebersihan yang tidak dapat disangkal lagi.

Sumber: Siakap Keli

Oleh sebab itulah, kedai mamak sering dilawati beberapa agensi penguatkuasa untuk tujuan pemantauan ekoran beberapa isu yang sering dibangkitkan.

Baik dari segi harga sehinggalah ke isu kebersihan, sekiranya ada aduan diterima, kedai mamak pasti akan dijadikan sebagai sasaran utama penguatkuasa untuk menjalankan serbuan.

 

Salah Pekerja Atau Pemilik Restoran?

Sumber: KL Viral

Dalam hal ini, mungkin ramai yang akan menyalahkan pemilik restoran kerana tidak peka akan kebersihan pekerjanya.

Melihat kepada gambar yang tular itu, bagaimana mungkin pekerja asing dibenarkan menguli roti capati tanpa memakai apron dan sarung tangan sebegitu saja?

Sudah lah tidak memakai apron, jari pula luka dan berkudis sehingga menimbulkan keraguan pelanggan untuk memakan hidangan tersebut.

Sumber: Portal MyHEALTH

Sebagai pemilik restoran, sekiranya ada pelanggan yang perasan tentang etika kebersihan, cara penyediaan makanan dan keadaan fizikal pekerja restoran yang tidak terjaga, pemilik restoran pasti akan dicari dan dipersalahkan terlebih dahulu.

Mana tidaknya, sebagai pemilik restoran, apabila anda menggajikan pekerja tidak kira pekerja itu merupakan pekerja asing sekalipun, anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mereka dengan menjalani prosedur kesihatan yang ditetapkan, termasuk mengambil suntikan bagi menghindar bawaan penyakit berjangkit dari negara asal mereka.

Selain itu, keadaan fizikal pekerja itu juga perlu sentiasa diperiksa terutama sekali kuku dan tangan pekerja yang mengendalikan makanan dengan menyediakan apron.

Jangan sampai restoran anda diarah tutup gara-gara ada pelanggan yang terkena keracunan makanan, barulah anda akan sedar!

 

Restoran Boleh Diarah Tutup Sekiranya Mendatangkan Wabak

Sumber: mStar

Sebagai pengguna, sekiranya kita mahu menjamu selera di mana-mana restoran sekalipun, seeloknya kita meninjau terlebih dahulu kedai makan terbabit sebelum menjamu selera.

Bayangkan sekiranya kawasan persekitaran restoran tersebut dipenuhi dengan sampah bertaburan, longkang dipenuhi air berkeladak kerana sisa minyak dibuang ke dalamnya ditambah pula dengan kehadiran tikus yang berkeliaran di kawasan sekitar, pasti kembang tekak dibuatnya!

Pemilik restoran perlu sentiasa beringat bahawa apabila membuka restoran, perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah kebersihan.

Sumber: mStar

Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak melarang mana-mana pemilik restoran untuk mengambil pekerja asing selagi mereka mematuhi syarat-syarat yang melibatkan ujian kesihatan serta suntikan tifoid.

Namun sekiranya, restoran terbabit dikesan kotor sehingga menyebabkan penularan wabak penyakit berbahaya seperti wabak kepialu, maka tindakan penutupan, pembatalan lesen serta kompaun antara minimum RM50 hingga maksimum RM2,000 akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang kompromi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah kerajaan memperketat undang-undang sedia ada membabitkan restoran dan gerai yang didapati tidak mematuhi garisan panduan kebersihan yang ditetapkan pihak berkuasa?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN